Saturday, June 07, 2008

Minyak naik: Paksa tol turun

Keluhan dan rintihan rakyat ekoran kenaikan 40% harga minyak tempoh hari pasti akan terus kedengaran. Dan rakyat disamping terpaksa menerimanya suka atau tidak, tanpa pilihan, diajak pula untuk berjimat cermat.

Dalam pada merintih dan meronta kita perlu cari jalan keluar, meringankan beban yang menyesakkan nafas ini. Saya terfikir isu tol dan kebetulan saya dapati seorang ahli Parlimen yang kebetulan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa agar pihak kerajaan samada memansuh atau merunkan kadarnya demi meringankan beban rakyat. Menurut laporannya:

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menurunkan kadar tol lebuh raya atau memansuhkannya dalam usaha mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula semalam. Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mempercepatkan proses rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya supaya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan segera. "Proses rundingan itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin dan kita juga berharap syarikat konsesi lebuh raya yang sudah mendapat semula modal dan menikmati keuntungan dapat bekerjasama membantu mengurangkan beban rakyat," katanya.

(Kita mungkin banyak berbeza pandangan dengan hamba Allah ini namun atas kepentingan bersama, saya terpaksa akui ideanya perlu dipertimbangkan).

Dalam banyak-banyak subsidi yang sukar kita gagau dan faham itu, kerajaan tidak terfikir pula satu jerat yang sentiasa memeras duit rakyat, iaitu tol. Kalau harga minyak sudah disandarkan pada harga pasaran dunia mengapa kita tidak boleh memaksa agar kadar tol juga begitu. Tiap kali harga minyak dunia naik, harga tol turun, tak mengapalah tempuh konsesionnya dilanjutkan, asal kadarnya turun dan tidak mencekik rakyat.

Saya fikir kerajaan perlu teroka bidang ini dengan serius dan segera mendapatkan kerjasama para pemegang konsesi. Jika mereka enggan, maka kita balik kepada cadangan Shahrir Samad, sebelum beliau menjadi menteri, agar kerajaan mengambil-alih sahaja lebuh-lebuhraya ini.

Saya harap semua ahli-ahli Parlimen Malaysia tidak kira dari kerajaan atau pembangkang akan bangkit membuat desakkan yang sama.

15 comments:

dauz said...

Hapuskan juga AP kenderaan di malaysia. Sepatutnya kereta pun kena ikut harga pasaran jangan hanya minyak subsidi sahaja!

Anonymous said...

adakah ini satu drama teater paklah & menantu dia???

semua org tahu, tindakan paklah menaikkan harga minyak seolah-olah paklah cuba membunuh diri. dlm keadaan nyawa politik paklah di hujung halkom, paklah masih boleh buat tindakan bodoh menaikkan harga minyak? melainkan ianya hanya satu drama politik.

ada yg mengandaikan paklah akan mengisytiharkan MAGERAN apabila opposition leaders mengetuai rally menentang kenaikkan harga minyak.

tapi, dgn kenyataan menantu paklah nie seolah-olah berlaku satu sandiwara paklah-khairy dgn rakyat malaysia. mereka berdua cuba menjadi hero dlm drama kenaikkan harga minyak.

persoalannya, adakah drama mereka nie akan berjaya? adakah mereka mampu menurunkan harga tol atau memansuhkan terus tol lebuh raya?

it just a matter of time for paklah to step down. or maybe paklah will again get control of seri perdana if he win and become a hero following this issue.

Anonymous said...

yes, aku agree dengan hafiz, dan aku sendiri ada satu teori tentank kenaikan harga minyak kali ini:

1. Inilah natijah/padah yg diterima oleh rakyat(terutama yg tidak pilih BN) setelah tidak memilih BN pada PRU12 yg lalu.

2. Inilah bukti yg kerajaan(BN) banyak dan telah membantu rakyat jelata selama ini dengan memperkenalkan dan 'maintain' pemberian subsidi minyak ini.

3. Paklah akan tunggu sehingga protest dari pihak rakyat berada pada tahap maksimum sebelum menghapuskan kenaikan 0.78 sen itu.

4. Ini mudah sebab kenaikan itu secara mendadak ke 0.78 sen dan bukan kenaikan secara berperingkat seperti sebelumnya, i.e. 20sen...30sen..

5. Maka bila di turunkan semula harga .78sen itu, secara tidak langsung paklah seolah berkata "lihatlah apa yang aku boleh buat kepada kamu semua wahai rakyat Malaysia, maka buatlah pilihan yg tepat di PRU berikutnya.

6. Ini juga bukti yg kerajaan(BN) berkuasa menentukan segala-galanya di dalam pentadbiran negara kita. dan sekali lagi pak dan anak menantu menjadi heronya...

Sekian...Itulah teori aku dan tiada kena mengena dengan mana2 stesyen drama TV atau pawagam di negara kita

Ibnu Ali said...

salam.

Bang Lan, mana satu tarikh ni? 13 JUN atau 12 Julai?

Atau

13 Jun ni PAS

12 Julai ni PROTES

mana satu nih?

Anonymous said...

Eleh Kh..... Ja... berkata kata melalui ISIS, semua itu sandiwara, dia patut sebut suruh paklah berhenti! Itulah yang paling bererti!

Ibn Jabbar said...

Kenaikan harga minyak begitu tinggi adalah manifestasi dasar ekonomi yang menidakkan aspek kemanusiaan dalam pembangunan. Selagi tidak dirombak dasar2 sediaada secara keseluruhan dengan meletakkan keutamaan manusiawi sebagai paksinya, rakyat akan sentiasa dikorbankan untuk memenuhi tekanan2 kapitalis yang bertahta di dalam kerajaan mahupun syarikat2nya.

Anonymous said...

i wont be quick to support him. there must be something behind what KJ is asking - to reduce toll rate or to abolish.

we know for sure that if gov. reduces toll rate then toll operator will be compensated accordingly..either way this will help the co., as they still get the money..

if the gov., abolishes the toll altogether then the highway operator will be compensated without even have to worry about paying for the loan/debt..

my take is that, with the drastic increase in petrol price, there will be less people using the highways - result in less income to pay the loan. KJ's call to reduce toll rate will benefit these companies to be compensated without even 'worry' about the reduced usage...and better still if the gov., abolished..they will get their compensation...

either way, the gov uses tax payer monies to pay...

hmmmmm...

Anonymous said...

Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya. Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat. Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta. Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.

Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

bukan dulu dia yang cadangkan harga minyak kena dinaikkan sebab kera-jaan tak mampu dah nak tangggung subsidi

yang pak mentua dia naik rega minyak ni bukan idea kepala otak dia jugak?

sudah la KJ...aku lebih dulu bukak oxford dictionary dari kau

-rakyat yang marah

Anonymous said...

KJ suh kerajaan turunkan harga tol sbb dia takder ape-ape keuntungan dalam kutipan tol ni.cuba kalau dia ada share,sorry la nak turunkan harga tol

Anonymous said...

mmm... dulu harga minyak dinaikkan sbb utk pembangunan.. tu pasal subsidi dikurangkan... skrg ni myk naik lagi tujuan ape lak?.. nk byr elaun menteri2?.. dulu mase Dr. M memerintah harga myk cume naik x smpi 50 sen pun.. duit hasil tol tu x leh nk tampung subsidi myk ke.. petronas pun satu..mane la nk untung kalo dah letak staf yg x tau buat marketing.. rugi berjuta2 pun x pe..

Anonymous said...

si KJ ni cuba nak raih populariti dari isu petrol naik ni...nak tunjuk kononnya dia la yg amik berat masalah rakyat...dia tahu populariti dia menjunam masa PRU ke-12 tempohari...sudah lah KJ hamlau...org suma dh tahu permainan ko tuh...

Anonymous said...

Jgn jadi beruk² d jalanan berkemungkinan akan kedengaran kembali ...

Anonymous said...

Temberang Pak Lah

Isu kenaikan harga minyak ni jangalah Khairy cuba nak tunjuk baik dengan membela rakyat dan mencadangkan untuk menghapuskan tol dan sebagainya. Apa yang sebenarnya berlaku kalau pula dalam syarikat konsensi lebuhraya tu ada saham dia atau kroni Pak Lah (Kini Pak Rak) gerenti Khairy tak cadangkan macam tu.

Penipu punya Khairy kenapa tak cakap terus terang mengatakan yang sebenarnya kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 nya dah tak ada duit, percaya ke tidak pembaca sekalian, Kementerian Pengajian Tinggi sanggup dipotong peruntukan sehingga RM 800 Juta, Kementerian Pelajaran budget yang tinggal tak sampai RM 100 Juta dan yang paling sedih Kementerian Dalam Negeri pun tak sampai RM 70 Juta.

Bayangkan berapa banyak lagi kementerian yang ada selain dari 3 di atas yang semuanya under budget. Kalau nak disediakan untuk buat perbelanjaan maintenance bagi setiap kementerian pun dah tak cukup, tak usah cakaplah untuk nak buat projek-projek baru sehingga cukup tempoh yang terdapat dalam RMK9.

Tahukah semua setiap kementerian-kementerian yang ada tu semuanya memerlukan budget sehingga RMK9 sekurang-kurangnya RM 1 Billion. Pak Rak dah panik dan antara jalan pintas yang paling-paling cepat ialah menaikkan harga petrol tapi sikit punya pelik dalam keadaan yang kewangan yang tak cukup tu, jambatan kedua P.Pinang nak juga diteruskan sebab kontrak dah award pada Scomi (Kamarudin Pak Rak) - berapa harga jambatan baru? melebihi RM 3 Billion.

Bukankah jambatan sediada sedang dalam pembesaran? adakah logik satu pulau boleh buat sampai 2 jambatan gergasi? Apa rasionalnya pulak BN beria-ia nak buat jambatan sedangkan P.Pinang dah diperintah DAP? Kenapa permintaan Guan Eng untuk bekalkan gas LNG tak nak pulak di luluskan sedangkan kalau betul ianya akan memakmurkan P.Pinang, mengapa memakmurkan P.Pinang hanya pada jambatan Scomi sahaja wahai Khairy Pak Rak?

Pembaca sekalian, Pak Rak dan kuncu serta anak-anaknya tak akan merasai kesan buruk yang akan menimpa kita dalam tempoh enam bulan atau setahun dari sekarang, bila mat-mat rempit dah tak ada duit, remaja lepasan universiti pun akan menjadi peragut dan harap-harap Noni atau Jeanne akan jadi mangsa ragut kerana kita rakyat dah tak mampun nak beli makanan pada harga murah kerana minyak adalah sumber harga segalanya. Waktu tu kita siram kubur dia orang dengan Petrol.

Cuba pembaca semua perhatikan harga minyak di negara-negara Teluk semuanya rendah, kenapa kita nak ikutkan harga pasaran? nak kayakan stesen-stesen minyakExxonMobil si Yahudi tu dan kalau untuk Petronas boleh kaut untuk buat jambatan ke-2? Jahat Pak Rak ni rupanya.

Pokoknya, negara dah tak berduit sebab kalau projek-projek nego (runding terus) pun harga 2 kali ganda dari harga tender terbuka dan semua tu kenalan atau Khairy sendiri atau Michael dapat, atau Scomi dapat - jahanamlah duit tabungan, bagi satu bangunan Bank Negara pun tak cukup.

Untuk semua jangan tertipu, Pak Rak nampak lembik dan macam bodoh tapi Allah saja yang tahu, kita lihat saja kalau projek jambatan ni berbuat - sah Pak Rak ni jahat dan semuga Allah laknat dia anak beranak kerana menyusahkan kita semua - 3 Billion woooooooooooo

Anonymous said...

Saya tak fikir Pas patut ambil pendekatan populis, tapi ambil pendekatan penyelesai. Jika Pas terus menuntut penurunan harga minyak sedangkan harga minyak global terus naik, maka lama-kelamaan Pas dilihat tidak realistik dlm menilai situasi global dan ekonomi negara. Apa yg penting adalah Pas menuntut pelbagai ruang diperluaskan bagi ekonomi rakyat dipertingkat, melihat ruang dl m membantu fakir miskin etc. Dengan mengambil pendekatan penyelesai, pas akan dilihat lebih berkrediliti berbanding UMNO. Saya fikir tidak bijak utk Pas berdemo sedangkan pihak berkecuali seperti pegawai tinggi Petronas terus menjelaskan kedudukan minyak semasa dan yg pasti harga akan naik hingga US200.
Ingat! Sejarah adil pada manusia. Andai kata keputusan kerajaan adalah betul, maka sejarah akan menghukum Pas. Pas harus realistic. Saya mahu melihat Pas tampil dengan idea bernas dan membuat apa yg mampu di Kedah dan kelantan. Ini ptg utk survival dan imej Pas pada masa depan.