Wednesday, June 25, 2008

Lagi-lagi kes pengundi mati

Sebentar tadi kira-kira jam 10.30 pagi saya sempat mengikuti siaran langsung persidangan Dewan Rakyat. Ketika itu wakil Tuaran (BN) mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di JPM, Nazri Aziz. Beliau bertanya apakah usaha pihak kerajaan untuk memberishkan daftar pengundi induk dari nama-nama mereka yang telah meninggal dunia.

Ini saya percaya adalah suatu kebimbangan yang menghantui banyak pihak, kecuali mereka yang memperolehi manfaat darinya entah atas apa sebab sekalipun. Kehadiran nama-nama pengundi yang telah meninggal dunia, sudah pasti meresahkan parti-parti yang bertanding, takut-takut kalau ada pihak yang akan hadir mengundi menggunakan nama mereka.

Jawab Pak Menteri, di Malaysia ini setiap minit ada orang meninggal dunia (seolah orang yang meninggal dunia di Malaysia, mati begitu sahaja dan ditanam tanpa pengetahuan pihak berkuasa). Kata beliau lagi ianya "beyond human capacity" untuk memantau kematian ini, walaubagaimanapun pembersihan berkala ada dilakukan oleh pihak SPR dengan syarat mereka dimaklum darihal kematian berkenaan.

Saya hairan mengapa jauh sekali tersasar jawapan menteri berkenaan, sedangkan soalan yang ditujukan sungguh spesifik dan tidak memerlukan dolak-dalik lagi.

Di Malaysia siapa sahaja yang meninggal dunia tidak dikambus atau dibakar begitu sahaja tanpa pengetahuan orang lain. Paling tidak suatu laporan kematian perlu dibuat di balai polis berdekatan, jika tidak waris atau sesiapa sahaja yang menguruskan jenazah tidak dapat menyempurnakannya. Lantas apa masalahnya?

Jika daftar kematian di bali-bali polis ini boleh di "online" kan dengan JPN dan SPR, selesai masalah. Jika ada kemahuan pasti ada jalan, soalnya tidak siapa yang peduli kerana apa yang ada ini sudah menguntungkan satu pihak.

11 comments:

Anonymous said...

Bukannya kalau dah mati kena serah KPT kat JPN dan buat laporan kat JPN...Link aje SPR dengan JPN..abis cerita...Susah bebenor..pepalih deme nih..

Ajeem said...

salam saudara,jangan hairan jika pendekar nazri berkata demikian.beliau merupakan menteri yang palin meluat saya tengok.berhujah tanpa berfikir.ego terlalu tinggi.mentang2 dia menteri boleh tumbuk meja diparlimen ke?nak cakap MP lain bodoh dan binatang.
beliau la MP yang tidak layak dilantik menteri tetapi oleh kerana mengampu macam pendekar maka beliau berjaya mendapat semua tu.biarlah beliau dengan kebodohannya.

Anonymous said...

Itu sudah menjadi satu alasan Menteri bagi mengelak dari terbongkar penipuan demi penipuan dalam pilihan raya. Banyaklah lagi pengundi datang dari kubur nak mengundi nanti.

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Kasian Malaysia bila pok pok menteri sibok uar-uarkan kemajuan ekonomi, IT dan koridor koridor serta PM Tdo, nak update maklumat JPN dan link dengan SPR pun tak mampu ke tipu?

Mej Halim said...

memang menteri ni tak tau apa yang dia cakap, saya dah hadapi kes sebagini 2kali kematian bapa dan abang ipar hujung tahun 2007 bulan dis. Nyata sekali secara automatik nama dah hilang dalam senarai daftar mengundi. jadi saya nasihat menteri ni jgn jawab bodoh tahu dulu apa yang sedang berlaku. jangan jadi bodoh. jangan jadi bodoh.jangan jadi bodoh.jangan jadi bodoh.jangan jadi bodoh.

CUCU TOK KEDU said...

Sdr yang dihurmati.

Kerajaan BN hanya cakap besar saja mengatakan negara ini sudah berteknologi tinggi. SPR nak padamkan nama orang mati pun makan masa sampai bertahun-tahun.

Sebabnya! SPR ni sebenarnya pada pendapat kon (saya)ialah kompenan BN yang ke 15. Ke 16 polis. Ke 17 BPR sebab semua kerja ketiga-tiga badan ni nak memenangkan BN saja!
Ianya bukan badan bebas untuk kepentingan rakyat di negara yang melaong-laongkan demokrasi.

Bagi BN, guna nama orang mati lebih selamat dari guna prinsip demokrasi!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Ted Torrence said...

Just wanna inform you this blog have been officially nominated as a candidate for …
Cuma nak beritahu saudara telah dipilih sebagai calon untuk …

The Greatest Malaysian Blog – ANONYMOUS (Bahasa)
Blog Malaysia Yang Paling Bagus – SAMARAN (Bahasa)
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-anonymous-bm.html)

YOUR OPINION COUNTS!

Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)

Anonymous said...

alahai..meteri botak tu! Ko punya lumah dulu ilang duit dan reta banyak! mana ko dapat! Alahai bile laih olang cam nie nak dicampakkan kek dalam tanah!

Jawapan yang diberikan menunjukkan dia adalah lanun yang bercakap ntah apa-apa! Sama spt ketua dia yang kaki tido tu!

link saje SPR ngan Pelis...abis cite dah..ko kata ko ada MSC. Apa tak bleh buek ke? Sekarang nie sibuk nak halau PATI kek Sabah! PATI tulah yang tolong dia menang kek Sabah! Poooorah lah lanun, ko nie nazri tergolek dog lah cecepat!

mat_terab said...

Nampaknya puak-puak umno dan BN ni terus pengecut kerana masih bergantung kepada orang mati kerana semata-mata hendak menang pilihan raya....kalau anak jantan bertandinglah secara sihat tidak perlu guna pengundi hantu.....
Alasan tidak dapat membersih daftar pemilih adalah alasan lapuk kerana zamai sudah berubah dan teknologi semakin cangih dan kereta lembu orang tidak lagi gunakan sebagai sistem pengankutan.......

Anonymous said...

Slah sorang dari ahli keluarga saya pernah mengaku menjadi pengundi hantu, kerana dorongan wakil parti UMNO. Walaupun begitu, setiap kali menjadi pengundi hantu, beliau tidak pernah memangkah parti selain daripada PAS.

Saya rasa ramai lagi pengundi hantu yang berbuat demikian. Pada fikiran saya, mereka ini juga banyak menyumbangkan "vote" kepada PAS

Anonymous said...

dalam parlimen malaysia,menterinilah yang paling aku menyampah,cakap seperti orang yang tak berfikir sebelum bercakap,macam ni punya orang pun boleh jadi menterikat malaysia ni.apalah punya bangang orang yang memilih dia ni jadi menteri.