Lagi kes berebut mayat
Muncul satu lagi kes berhubung tuntutan mayat. Kini di Bagan Serai dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Georgetown.
Kesnya, simati seorang penjual kereta terpakai B. Elangesvaran 33, telah meninggal dunia lima hari lalu. Apabila warisnya menuntut mayat tersebut untuk disempurnakan menurut amalan Hindu dari Hospital Parit Buntar, tiba-tiba mereka dihalang kerana Jabatan Agama Pulau Pinang mendakwa yang simati telah memeluk agama Islam Julai tahun lepas dan diberi nama Harun Benedict Abdullah. Jabatan Agama Pulau Pinang mengarahkan pihak hospital agar menyerahkan mayat tersebut kepada Jabatan Agama Islam Perak untuk disempurnakan.
Sudah seharusnya kita prihatin jika benar simati telah peluk Islam, maka wajarlah mayatnya juga disempunakan mengikut peraturan Islam sebagaimana dalam kes Allahyarham Sarjan Moorthy dahulu. Tetapi dalam kes ini kita perlu berhati-hati dan pihak Jabatan Agama perlu sisat agar tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam.
Menurut laporan mayat simati diserahkan ke hospitla untuk dibedah-siasat dan beliau disahkan mati kerana "membunuh diri"!
Menurut waris beliau, S. Selvam, yang membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi, simati selama hayatnya tidak pernah mengamalkan hidup sebagai seorang Muslim malah hidup dan mati dalam agama Hindu. Dalam hal ini kes Nyonya Tahir, dimana pihak berkuasa agama bersetuju menyerahkan mayat simati ke warisnya yang beragama Buddha perlu diambil kira, tambahan simati dalam kes ini disahkan mati membunuh diri.
Sekali lagi kita terpanggil untuk menuntut agar pihak berkuasa agama khasnya yang terlibat dalam urusan mengislamkan saudara-saudara baru ini agar mengambil berat dalam isu ini dan memiliki sistem yang teratur bagi membuat susulan dan pemantaun agar mereka yang telah memeluk Islam terus dibimbing dan dibela kebajikannya. Sampai bila kita mahu berhadapan dengan kes-kes yang memalukan seumapama ini.
7 comments:
JAKIM masih tak faham faham lagi ke? Kerja dah kurang, dulu kena urus pasal halal tapi sekarang sudah swasta...penasihat penasihat agama pada PM Tdo balun puluhan ribu ringgit sebulan, buat apa? Kenalah nasihat PM Tdo supaya JAKIM cepat faham! Ada arti ka?
Ini yang kita tidak mahu, buat siasatan dulu, sudah membunuh diri.
Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
as-Salaamu 'alaikum, Saudara Roslan, lama tak jumpa.
- Nawawi
http://an-nawawi.blogspot.com
satu yang saya marah ialah kenapa kita hanya menceritakan tentang kebenaran dan keseronokkan sekiranya memeluk islam, tapi tidak menceritakan tentang sekatan dan hukuman yang akan dikenekan sekiranya tak mengikut perintah.bukankah nabi ada bersabda bahawa dunia ini penjara bagi umat islam, jadi kena tak bagi tahu kepada mereka sepenuhnya tentang ini dan jangan melihat contoh umat islam melayu yang diberi subsidi sebagai muslim.
Ini bukanlah kes pertama; malangnya, tidak ada tindakan yang konkrit dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
Pihak pemerintah, agensi-agensi ugama Islam dibawah kerajaan persekutuan, dan pihak bukan kerjaan yang bergerak atas nama Islam, samada parti politik seperti PAS maupun NGO seperti Abim, dan JIM.
Pihak kerajaan hanya bertindak seolah-olah mau menutup isu dengan kain buruk - "sweeping under the carpet. Parti PAS pula hanya menggunakan isu tersebut sebagai modal politik. NGO Islam pula hanya sekadar membuat kenyataan ilmiah.
Saya ingin bertanya, apakah pihak-pihak di atas telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan langkah efektif yang dapat mengatasi masalah di atas? Atau sekadar menegur dan bercakap kosong sahaja?
soalan cepumas
kenapa bila dah mati kita sebok berebut mayat ?
masa hidup kita peduli dia nak jadi apa
termasuk orang yang memang dilahirkan islam - kamu nak jadi apa, tak ada sape yang peduli
tapi bila masuk agama lain sebok dan riuh macam nak runtuh dunia ?
takat ini dua soalan cepumas dulu
well....Itulah sebabnya PM kata masuk Islam kena tunjuk bahawa kaum keluarga dan rakan-rakan di inform.
Tapi orangkat seberang sana....taknak sangat.
Tak Tau lah part mane yang sakit sangat.
Malasah Majlis Fatwa pun tak setuju. Kalay tak setuju tak pe...berila idea alternative untuk selesaikan masalah
Post a Comment