Saturday, June 14, 2008

Konsert Ella dan Mas Idayu di Selangor?

Dalam akhbar The Star hari ini dipaparkan gambar Pengerusi KDEB dan beberapa pegawai termasuklah dari polis turun ke padang di Stadium Shah Alam untuk menyaksikan kerja-kerja persiapan pertandingan Piala Sultan pada 6 Julai nanti antara pilihan Singapura dan Selangor. Pertandingan tersebut menurut penganjur dijangka menerima sambutan hangat kerana aturcara padat yang telah disusun untuk menarik minta para penyokong.


Sebagaimana pernah saya bangkitkan sebelum ini, nampaknya anak syarikat kerajaan Selangor ini terus tidak berganjak mahu menganjurkan juga konsert tersebut sebagai salah satu usaha menarik minta penyokong dan pengunjung. Konsert itu akan membariskan Alleycat disamping ratu rock Ella dan ratu dangdut Mas Idayu.

Saya difahamkan PAS Kawasan-kawasan dan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di Selangor telah masing-masing menghantar memorandum kepada Menteri Besar agar membatalkan konsert berkenaan khasnya yang melibatkan Ella dan Mas Idayu. Isnin nanti difahamkan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor akan berkunjung ke Pejabat MB untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Dalam kita mahu merayakan 100 hari Kerajaan pakatan Rakyat di Selangor, semua pihak perlu sensitif dan akur akan tuntutan PAS ini, kerana PAS merupakan penyumbang besar ke arah kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor (walaupun memiliki bilangan kerusi terkecil di dewan). PAS bukan menuntut kejohanan itu dibatalkan malah saya percaya konsert itu sekalipun kalau mahu ditersukan tidak bermasalah, tetapi isunya adalah artis-artis wanita seperti Ella dan Mas Idayu yang pasti mengundang risiko moral yang tidak ada tempat di dalam Islam.

Isu prinsip dan pokok seperti menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, tidak boleh dikompromi atau di "tutup sebelah mata" oleh PAS sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan Islamnya sejak lebih 50 tahun dalam negara ini. Kerana itu saya mengharapkan MB Selangor akan segera bertindak agar kita tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi dalam kerajaan baru yang didokong rakyat ini.

Yang penting rakyat Selangor mesti dipacu ke arah memiliki akhlak dan moral yang baik disamping maju dan sejahtera dalam suasana bersih, telus dan bebas rasuah.

25 comments:

Anonymous said...

adakah individu yg berkuasa ke atas KDEB ialah presidentnya abdul karim bin munisar??

rasanya adalah wajar bagi kerajaan selangor menggantikan orang lain bagi mengetuai KDEB.

kita tak perlukan orang yg academic saja pandai, ada master ada MBA, ada PhD...tapi tak reti berfikir tentang kebajikan rohani masyarakat.

zaman sekarang adalah zaman di mana individu yg memiliki MBA, master, Phd yg paling banyak melakukan jenayah kolar putih. salahguna kuasa, corruption, pecah amanah & etc.

kita tak perlukan individu seperti ini

Anonymous said...

Karim Munisar ini dilantik zaman Khir Toyo dulu tapi baru-baru ni Tan Sri Khalid lantik beliau semula........kenapa?

Tak ada orang dari PKR, PAS atau DAP yang layak ke???

Anonymous said...

MB macam x layan jer tuntutan orang PAS. Jangan cepat lupa Tan Sri, Tun Dr M sahaja yang begitu

ANAK JATI IJOK

Abu Hafiz said...

saya fikir kerajaan negeri kena menggaris kod-kod yang menyentuh sesuatu hiburan yang boleh disepakati oleh ketiga-tiga pihak..

Anonymous said...

Aiks, dapat pulak premit konsert yang akan membuat para pengunjung lalai. Ceramah susah nak dapat pulak. Pelik2 ....



Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

lan said...

saya pun tak faham kenapa abdul karim tu dilantik semula.

tolonglah buat sesuatu Dato MB dalam issue konsert ni. kami dah cukup mendapat hidangan hiburan di kaca tv dan sebagainya

Anonymous said...

Yang tgk bola tu melayu.Tak habes2 nak hidangkan hiburan melampau kpd Melayu.Mmg dasar korporat.mementingkan keuntungan sahaja.Semoga Allah dapat membantu agar maksiat ini dapat dihentikan.

Anonymous said...

Salam,

Ana ingat kalau setakat nak ramaikan penonton dengan menjemput artis2, itu bukanlah perkara bijak. Penonton tak akan datang kalau setakat jemput artis, lagi2 kalau bukan Grade A seperti Siti, Mawi atau Search. kalau betul kerajaan Selangor nak atau berhajat agar penonton ramai datang, jangan buat game tu lawan Singapura, next year biar Selangor lawan Indonesia.. atau buat tiga penjuru, Selangor, Singapore dan Indonesia, memang sah akan penuh stadium punya..

WallahuA'alam.

RuslyIsLam said...

takkan hasan Ali berdiam diri jer
kuasa dah ada di tangan...mntk hasan Ali desak MB Selangor batalkan konsert

Ibn Jabbar said...

Selamat berhadapan dengan preview cabaran kerajaan campuran. Apalah diharapkan kpd Karim Munisar dan PROnya. Lihat sahaja rekod2 lepas mereka dalam penganjuran aktiviti2 hiburan anjuran KDEB, Hotel Quality, Unisel dan anak2 syarikatnya. Lebih hebat dari Ella dan Mas Idayu telah sanggup mereka bayar! Selamat berhadapan dgn CEO2 kebal anak syarikat negeri yang sanggup menunggang 'kuasa2' atasan untuk terus bertahta di kerusi mewah mereka. Selamat berhadapan dgn isu2 yg boleh menimbulkan pergeseran antara parti dlm PR. Pimpinan PR hanya ada satu pilihan. Tegas dan berani menghadapi tindakan merubah kepimpinan pengurusan anak2 syarikat negeri secara kolektifPR.

Anonymous said...

Adakah Kerajaan PR Selangor bebal? Naper masih bergantung pada 'dead wood' zaman anak Toyo? Dah 100 hari tak mau belaja ke? Kat PBT puak ni bersepah, sekarang pakai modal khalid suruh buat itu dan ini!

Anonymous said...

terima kasih bebanyak bro roslan kerana mengketengahkan isu ini. ianya juga mewakili suara hati pendokong PAS seluruh negara.

Anonymous said...

Terus terang saya katakan bahawa orang PKR sekarang ni macam kadok naik junjung. Mereka jangan lupa diri siapa yang banyak membantu PKR sebelum ini? waktu pilihanraya jentera mana yang buat kerja bagi PKR?

Sekarang bila dah menang, berlagak macam negeri selangor menang atas hasil usaha PKR. Cuba belajar muhasabah diri sendiri...

Saya bukan berniat untuk mewujudkan suasana tegang diantara kedua belah pihak samada PAS & PKR tetapi PKR kena sedar semua ini. Mereka tidak ada jentera pilihanraya, saya ulangi PKR tidak ada jentera PARTI. Cuma sekarang ni banyak yang mengisi untuk menjadi ahli PKR macam kelkatu keluar dari busut.. tapi pada hakikatnya PKR adalah sebuag parti yang lemah. Hidup atas ehsan orang lain...

Banyak penyokong PAS diambil bekerja dengan PKR, sebagai contoh salah seorang wakil khas kepada Rodziah (ADUN BATU TIGA) diambil dari orang PAS.

Harus ingat bahawa kemenangan PRU-12 adalah sebagai ujian kepada persahabatan yang terjalin. Kalau PKR terus menerus bersikap seperti ini, tidak mustahil kami Pejuang PAS akan melawan ARUS.....

Anonymous said...

Drop hadhari
OK ella dan mas idayu

dalam hal ni, baik dengar ceramah mufti perlis, tak bagi langsung hiburan macam ni. Pakai hadhari pun di perlis tu.

Selangor ramai non-malay maka kena tolak ansur, hehe non-malay mana yang minat ella ngan mas idayu ni, cuba beritahu skit.

dr hassan ali... kalau dendam (kat UMNO) cepat aja reaction dia.. drop hadhari..

dr hassan ali.. kalau bab-bab ni, dia rileks2 aja.. mungkin dia minat mas idayu atau ella kot. atau kedua-duanya sekali.

Tan Sri Khalid, betul kah dia MB selangor, mungkin bukan dia.. Orang kata puppet master adalah geng2 DAP.

Tak caya? Apa polisi baru kerajaan yang pro penyokong PAS ngan PKR?

1. Projek Babi
2. Konsert Mas Idayu

Kalau ada pun pro rakyat keseluruhan, isu air.. tu pun delay punya delay..

Harakah poll kata kerajaan selangor gagal.. result poll 50:50.. memang patut pun.

Anonymous said...

sdsr
saya amat setuju dengan pandangan saudara bahawa konsert tidak menyumbang apa-apa kepada modal insan apalagi si ella dan si idayu.rakyat malaysia dan nak muntah dengan program hiburan yang bercambah-cambah.orang melayu nampaknya boleh terlena dengan hiburan .ingatlah disetengah negara ( contohnya India ) hiburan disuap kepada golongan miskin agar terus lena dan dibuai mimpi,inikah budaya orang melayu. saya amat menyokong sekiranya konsert itu ditiadakan cukuplah dengan bola .itu pun dah satu bentuk hiburan.

sekian

mat_terab said...

Kebanyakan orang yang menguasai kerajaan tempatan atau syarikat GLC kerajaan negeri adalah orang yang seteru politik kerajaan negeri...maka ada yang buat polisi tak ikut apa yang di kehendaki oleh kerajaan negeri sekarang....
dengan ini nama kerajaan sekarang lah yang buruk....
sebagai contoh ada beberapa kes saman majlis pembandaran yang di kenakan terhadap rakyat yang berniaga tampa lesen di tepi jalan di puchong....pihak majlis mengenakan saman seratus lebih sewaktu kerajaan dulu dan sekarang saman di naikan sekali ganda saya tidak tahu adakah semua ini atas arahan kerajaan negeri atau sengaja ada pihak tertentu cuba memburukkan kerajaan negeri dengan kenakan saman yang tinggi .....saya harap kerajaan selangor kena teliti masalah ini....

Anonymous said...

Rasanya kurang bijak bagi orang yang mempunyai akses kepada pimpinan mensensasikan keburukan PR dalam keadaan terbuka. Tegur dulu cara adik beradik... kalau tak berjaya, lain cerita. Melainkan kalau ada PHD.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Tuan Roslan,

Sesungguhnya mempertahankan kemenangan lebih susah daripada mencapai kemenangan.

Sesudah mencapai kemenangan, cabaran akan menjadi lebih besar.

Demi meneruskan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS, amat perlu kita mempersiapkan diri untuk kelangsungan perjuangan dan kemenangan jangka panjang.

Saya cadangkan kita sebagai pimpinan, ahli dan penyokong parti perlu memperkasakan parti.

Antara yang penting ialah menggerakkan rakyat ke arah kesedaran moral dan perjuangan. Tentunya Kelab Penyokong Pas perlu ditubuh dengan lebih giat lagi.

Di samping itu Unit Amal perlu diperkasakan lagi demi memberikan sokongan yang kuat kepada pelaksanaan keputusan pimpinan dan parti, di samping memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan bantuan.

Insya Allah, sekiranya kita tidak lalai dengan 'kemenangan awal' ini, saya percaya majoriti rakyat negara ini (termasuk rakyat bukan Islam, bukan Melayu - lihat sahaja selepas PRU 8 Mac lalu, lebih ramai bekas ahli MIC dan MCA memohon untuk menjadi ahli Kelab Penyokong PAS daripada menjadi ahli PKR atau DAP) akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada PAS.

Syarat utama kita mesti mencari keredhaan Allah, bukannya membelakangkan keredhaan Allah demi mencari keredhaan manusia. Allah jua yang memberikan kemenangan yang tidak kita sangka-sangka.

- Ahli PAS Puchong -

Anonymous said...

salam

Inilah kegagalan PAS dalam kerajaan PR, masyarakat akan memandang PAS tidak ubah seperti mempergunakan Islam untuk kepentingan mendapatkan pangkat bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul.

PAS tidak ubah seperti parti sekular dan nasionalis yang lain.

Anonymous said...

Org penting dlm anak sykt S'gor kebanyakannya pro Umno. Masalah ini perlukan masa & kesabaran. Saya yakin MB ada cara tersendiri utk selesaikannya sptmana isu air tempohari.

Anonymous said...

Apa harga kemenangan?

Pas is the most powerful political party in Selangor State..

Tarik diri dari Pakatan Rakyat..

State jatuh.. tapi kerajaan baru belum boleh form.. sebab Pas is the most powerful..

Re-nego term & condition with whoever willing to accept our stands..

Akar Umbi said...

Sdr Anon (komen 1),

Kan polisi kerajaan PR Selangor nak utamakan golongan profesional, khususnya dalam perlantikan Ahli Majlis PBT. Orang tak ada kelulusan sorrylah, kan dia orang nak terapkan elitisme/profesionalisme. Tolong tunjukkan profesional tak ada sijil, selain artis dan ahli sukan!

slyderrose said...

aku rasa dah terlambat nak batalkan. Cuma sarankan pihak penganjur buat peraturan dari segi berpakaian artis dan ketamprilan di pentas. Kena didik mereka ini dulu. Artis2 dan pegawai tinggi KDEB bukan ahli PAS atau memahami Islam dengan dalam. Baru 100 hari PR memerintah jangan haraplah mereka-mereka akan faham. Mufti2 pun ramai yg tak ambik kisah ini pulak artis2 dan orang biasa. So, pendidikan is the best option.

Anonymous said...

Tak faham la apa masalah MB nak settlekan masalah konsert ni,kalau tgk pun takde kaitan bola dengan konsert,Selangor kena tekan isu hiburan ni sbb budaya melayu dek kerana umno dah melekat dgn hiburan,sikit2 nak hiburan dah takde acara lain dan org paling tgk Selangor dalam kerajaan baru ni sbb dia selangor berjaya mengubah rakyat drp lalai dgn hiburan ni kpd rakyat yg ada kekuatan diri tak mustahil satu msia dpt kepada kerajaan baru jd tak sepatutnya MB ambil enteng perkara mcm ni dan takde tindakan jelas yang diambil harap dpt sampaikan hasrat rakyat ni kpd MB

Anonymous said...

Apa peranan EXCO dikalangan pimpinan PAS. Apa yang dibuat oleh Dr. Hassan Ali, Dr. Halimah dan YB Iskandar dalam menangani permasalahan ini. Kalau sekadar jadi EXCO, tapi tidak berani menyatakan kebenaran buat apa. Pinsip perjuangan haruslah tetap dan para EXCO juga perlu prihatin dengan apa yang berlaku....Kalau macam tu tak perlulah Dr. Hassan Ali berhujah tentang kesesatan ISLAM HADHARI.

Kalau EXCO dr PAS dah tak mampu nak menangani masalah yang sekecil inipun, saya mencadangkan agar mereka ini meletak jawatan sahaja sebagai EXCO dan gantikan dengan ADUN-ADUN kita yang lebih berani dan komited untuk melaksanakan ISLAM....