Saturday, June 07, 2008

Jimat cermat bermula dari kerajaan

Memang dalam keadaan peningkatan kos hidup sebegini, sedangkan pendapatan tidak meningkat, maka satu-satu usaha yang tinggal kepada kita adalah untuk mengubah gaya hidup. Langkah-langkah berjimat cermat yang drastik perlu diperkenalkan. Walaubagaimanapun pihak kerajaan sepatutunya tidak terkecuali. Sering kita lihat pemborosan dan pembaziran berlaku apabila wang rakyat dibelanjakan banyak pertimbangan yang rasional.

Rakyat tiada pilihan, mereka akan berjimat cermat, tetapi kerajaan bagaimana?

Dalam NST hari ini Menteri Belia dan Sukan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang kementerian beliau mulai bulan hadapan akan membina komplek sukan serbaguna atau “Gelanggang Rakyat” di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri seluruh negara. Setiap komplek ini dijangka menelan belanja RM120 juta sebuah.

Tujuannya memang baik kerana setiap komplek ini nanti akan menyediakan kemudahan sukan futsal, badminton, sepaktakraw, bola jarring dan tennis. Cuma masalahnya dalam suasana kita semua mahu berjimat cermat, adakah penting “Gelanggang Rakyat” ini sekarang? Kalau perlu pun mungkin tidaklah dalam setiap DUN tetapi sekurang-kurangnya setiap kawasan Parlimen. Tetapi lebih praktikal lagi dalam keadaan gawat ini lebih baiklah ia ditangguhkan dan wang tersebut digunakan untuk meringankan beban rakyat.

Sesungguhnya banyak kementerian, yang saya kira tidak berapa kritikal perlu menghentikan projek dan cadangan perbelanjaan mereka buat masa ini. Ini termasuklah kementerian belia dan sukan, kementerian perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan dan lain-lain. Begitu juga jawatan-jawatan penasihat kepada kerajaan yang perbelanjaannya sahaja menelan ratusan ribu ringgit sebulan.

Dalam pada itu Perdana Menteri mungkin dinasihatkan mengurangkan pengiring dan pengawal peribadinya. Saya perhatikan pengiring dan pengawal peribadi Dollah sekarang melebihi PM-PM sebelum ini malah kadangkala kelihatan jumlahnya seakan yang dibekalkan kepada Presiden Amerika Syarikat. Berpada-padalah, kalau sejarahnya memang tidak pernah ada ancaman terhadap nyawa PM dan menteri-menteri, maka ala kadar cukuplah.

Rakyat disuruh berjimat, tetapi jika kerajaan berterusan berbelanja seolah negara tidak bermasalah, maka apa gunanya penjimatan rakyat itu?

11 comments:

Anonymous said...

saya setuju..
PM,TPM,Menteri-Menteri, Ahli Parlimen, ADUN (termasuk dari Pakatan Rakyat) mesti menunjukkan contoh-tauladan dahulu.
Urusan2 rasmi-naik firefly @ AirAsia shj-bukan business class.
nak juga tengok PM @ TPM sesekali naik Kancil ke lawatan kerja di kampung2.
apa kata kerajaan juga galakkan rakyat naik basikal ke tempat kerja.-minyak takpayah pakai, alam sekitar pun lebih bersih

Anonymous said...

walk the talk lah government. jangan nak berlagak serba bagus suruh rakyat tukar cara hidup tapi diri sendiri yang membazir, ke hulu ke hilir dengan kereta gah nya, shopping luar negara seolah nak membeli gedung beli belah.. agak2 la sikit berbelanja. kami rakyat di bawah ni u all tak pernah rasa kesusahan nye

Anonymous said...

Heranlah dengan KERAjaan BNatang nih? Bukankah kesejahteraan, keselesaan, taraf hidup, bla, bla, bla...tanggungjawab sesebuah Kerajaan terutama di pilih oleh rakyat dalam ertikata demokrasi dan salah satu cara untuk rakyat menikmati semua itu adalah SUBSIDI! Rakyat pula membayar cukai! Kenapa pm, tpm dan menteri menteri BNatang kata satu PEMBAZIRAN? BAGAIMANA KAPLA HOTAK MEREKA BERFUNGSI?

sekeh sket...

Anonymous said...

sdr
saya amat setuju dengan pandangan saudara dalam kes ini dan saya yakin inilah pandangan majoriti rakyat Malaysia di luar sana.Pihak kerajaan mestilah bersungguh-sungguh membenteras gejala pembaziran, kemewahan oleh ahli poltik ,perbelanjaan keluar negara,projek mega, ketirisan , rasuah dan macam-macam lagi,
pihak kerajaan mestilah sedar bahawa rakyat boleh menerima kenaikan harga minyak dengan syarat subsidi yang diuar-uarkan benar-banar dapat dilihat dan dinikmati oleh rakyat

amat sedih apa diberitahu oleh kerajaan tidak lagi diyakini oleh Rakya walau isunya amat kritikal contohnya kes harga minyak.

sekain.

Anonymous said...

saya nak tanya la
kenapa minyak di stesyen minyak petronas lebih mahal berbanding harga yg ditetapka kerajaan.
shell 1liter rm2.70,petronas rm2.704.
kenapa boleh jadik begitu?

Anonymous said...

menarik tulisan Dr Mohd Asri dalam Mingguan Malaysia hari ni dalam rencana mingguan beliau bertajuk-Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Org Miskin

saya petik sbhgian artikel..

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

artikel penuh di url:

http://drmaza.com/?p=315#more-315

Anonymous said...

mm...
plzz think n think n again think very2 carefully....
if xde 'gelanggang rakyat' n tempat ko jadi mundur,ko salahkn kerajaan jgk....
mmg nilah prinsip 'owg-owg yang tak sebulu'
..kejenye asyikk bangkang n bangkang dan bangkang lagi...xpenah menyokong...
gvmnt xbg kemudahan bising..dah nak bagi pun bising...
pergi buat negara sendiri lah kat pulau or kt hutan ke......mmg xreti nk bersyukur!!!

Anonymous said...

hidup semakin sempitttt ......
nak pikir ttg keje dah tak concentrate.

Anonymous said...

Dollah ni memang, aku nak muntah dengar suh rakyat berjimat,
Rakyat pn 1 hal gak, sape suh pangkah ,
kan dh padan muka sekarang, klu dok
banding harge minyak dengan negara bkn pengeluar memang smpai kiamat harge minyak kita lebey murah drpd derang
http://Prepaid4U.Net/index.php?id=royancy

Anonymous said...

KAMI RAKYAT JELATA AKAN BERJIMAT,TETAPI SEBAGAI PEMIMPIN KAMULAH YANG SEPATUTNYA MEMULAKAN PENJIMATAN..KITA BERMULA DI PARLIMEN DULU,SEMUA PAK2 MENTERI,WAKIL2 RAKYAT,SILA BUAT POTONGAN ELAUN ANDA KEPADA ZAKAT ATAU LHDN..ADA BERANI?? CAKAP SAJA XDA GUNA "LAH"...

Anonymous said...

Saya sebagai rakyat biasa tapi tidak le bodoh seperti bodohnya pemimpin2 BN. Apakah selama ini rakyat Malaysia tidak berjimat? kalau sudah berjimat, dan dalam keadaan berjimat tersebut pun kehidupan di tahap paling minima nak jimat apa lagi? Lebih baik pemimpin2 BN yang bodoh tersebut sarankan Rakyat terima qada dan qadar. Tu kan lebih baik. PR kena buat langkah jatuhkan BN...rakyat sure sokong. Jangan lama sangat nanti rakyat dah terbiasa ngan kebodohan pemimpin BN dikhuatiri rakyat pun dodoh mcm mereka. Memang susah kerja ngan orang bodoh.kerna manusia yang jahat bukanlah si jahat tetapi si bodoh.