Jangan jadi Bal'am bin Ba'ura
Telah dibawa keperhatian saya darihal seorang blogger yang kebelakangan ini banyak membocorkan rahsia-rahsia berkenaan PAS dan pimpinannya yang disulamkan dengan "half truth" dan fakta yang tidak tepat dan berbaur fitnah.
Saya secara peribadi berpegang teguh kepada prinsip kebebasan bersuara walaubagaimanapun dalam hal-hal membabitkan kerahsiaan terutama yang melibatkan gerakan Islam PAS ini saya berharap agar semua pihak berhati-hati dan jika penulis adalah seorang ahli, maka ia akan akur pada salah satu adab berjemaah iaitu kerhasiaan.
Kita mungkin ghairah dengan sedikit maklumat yang dibocorkan kepada kita oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila kita menulis bagaikan berjalan dalam gelap-gulita, dalam keadaan teraba-raba, saya bimbang kita boleh membahayakan jemaah dan pimpinan yang terlibat tanpa kita sedari. Kecualilah kita memang ada agenda untuk menjatuhkan pimpinan parti dan meranapkan jamaah.
Teguhkan pendirian dan sentiasa mematuhi dan taat pada adab dan disiplin berjamaah, insyallah kita selamat.
Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab] . Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israil, setelah selamat daripada Firaun, sampai hampir dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa a.s. Bal’am yang pada mulanya enggan berbuat demikian tetapi akhirnya bersetuju juga setelah isteri kecintaannya menerima sogokan daripada Raja [Bal'am kalah dengan pujukan isteri]. Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. Menurut cerita, doa dan perbuatan Bal’am dimakbulkan Allah s.w.t dan ia menjadi sebab kaum Nabi Musa terperangkap di Padang Teh beberapa tahun lamanya. Apabila Nabi Musa a.s mendoakan agar kaumnya dilepaskan daripada sekatan tersebut, Allah s.w.t memakbulkan doa tersebut dan pada masa yang sama laknat turun kepada Bal’am. [mati dalam keadaan kafir]
12 comments:
siapa blogger tu?...spy menjadi iktibar kpd kite semua....penarek beca ke?
Assalamualaikum,
Lebih elok rasanya En Roslan dedahkan sahaja nama blogger tu. Tapi, kalau berkaitan dengan Bakaq Haq, saya sendiri pernah mengingatkan YB Salahuddin di dalam satu Mesyuarat Exco DPPP supaya berhati-hati bila bercakap dgn Penarik Beca (PB) ni kerana bila kita baca tulisannya, kita akan terus dapat tahu bahawa apa yang ditulisnya adalah hasil dari maklumat yang diperolehinya dari segelintir pimpinan yang rapat atau kerap bersembang dengannya.
Dan bukan susah sangat kita nak tahu siapa dia pimpinan yang 'terbocorkan' maklumat kepada PB ni. Nama pimpinan yang kerap diulang oleh PB dalam tulisannya, maka pimpinan itulah yang menjadi 'sumber' kepada tulisannya. Saya tidak salahkan sangat pimpinan tersebut, tetapi inilah akibatnya bila terlebih bercakap dengan orang yang tidak amanah seperti PB.
Hasil dari maklumat yang kabur dan tidak dapat dipastikan kesahihannya, PB akan menggoreng dan mengolah sebaik mungkin hingga pembaca akan percaya bulat2.
Saya amat berharap agar Saudara Roslan dapat nasihatkan pimpinan seperti Mohd Sabu, Mahfuz, Dato Husam, Salahuddin, Ust Idris, Hanipa Maiden dan beberapa orang lagi yang saya syak menjadi 'sumber' kepada PB ini supaya jangan lagi bercakap hal dalaman parti kepada orang seperti PB ini yang amat tidak amanah hingga membocorkan benda2 yang tidak seharusnya diketahui umum. Apatah lagi hal2 yang separa benar hingga ianya menjadi fitnah kepad orang2 tertentu.
Jelas kita nampak pimpinan seperti Ust Nasarudin, Dato Mustafa Ali, Ust Harun Taib dan beberapa orang lagi kerapkali menjadi sasaran PB. Lantaklah kalau PB ada personal 'vendetta' dengan org2 ini. Tapi, janganlah 'modal' untuk menghentam mereka datang dari pimpinan PAS juga.
Wassalam.
ABDULLAH ABDUL KARIM
memang kickdefella itu banyak buat hal. dulu dalam blog dia dia serang Ketua Dewan Ulamak tidak hiraukan kawasan demit. ( masa itu husam disebut2 nak bertanding situlah). dia ni kalu dengar husam cakap sikit..terus tulis selalu. macam dia terror buat analisa. duk kutuk orang dengan macam 2 gambar tak masuk akal. lalu umno balas balik dengan buat gambar tg mb kel dengan gambar yang tidak molek juga. kena cek juga budak kickdefella ni..tulis dok puji husam semacam. hok orang lain, semua tak molek.. bini tudung pun tak pakai depan husam pulak tu..tak malu ko tuhanko.
Salam,
Saya tertarik dengan kenyataan saudara yang menyebut "rahsia-rahsia berkenaan PAS dan pimpinannya yang disulamkan dengan "half truth" dan fakta yang tidak tepat dan berbaur fitnah."
Pada saya, sekiranya kenyataan blogger itu tidak tepat/betul maka kepemimpinan tertinggi PAS perlu tampil membuat kenyataan yang bersifat "fully truth" agar keresahan di kalangan pendokong/ahli dapat dileraikan.
Perlu diingat bahawa tidak ramai ahli/pendokong yang bernasib baik seperti saudara yang mendapat "first hand infomation" dari kepemimpinan. Justeru, sikap keterbukaan di kalangan pemimpin perlu ada dan penjelasan wajar dibuat berhubung dengan perkara ini.
Selagi pemimpin "keeping their members in the dark" selagi itulah ahli/pendokong mahupun bloggers yang cintakan perjuangan PAS, akan terus berjalan teraba-raba dalam gelap-gulita.
Wassalam.
Pautan blogger tu lebih kpd syiah...
Adalah dua tiga orang dan salahseorang daripadanya sudah ana tendang daripada link blog ana.
Ya saya juga ingin mengetahuinya.
Blogger yg tidak menghayati perjuangan PAS dan menganggap PAS semata-mata parti politik dan bukannya wadah menjulang keagungan Islam. PAS tempat cari makan kot?
Kalau blogger tu bukan ahli PAS, aku tak geram sangat. Tapi kalau kononnya bersama-sama mendokong wadah PAS, apa jadah punya blogger ni?
Blogger yang memburuk-burukkan peribadi tok guru pun ada....dia tak sedar martabat tok guru nak dibandingkan dengan dirinya...
sdr,
saya pun sependapat bahawa kekuatan dalam perjuangan adalah berpaksi kepada kerahsiaan.inilah yang paling sukar untuk dijaga.kerana :
1 Tidak semua ahli/anggota faham tetang prinsip/rukun berjamaah
2 Dalam mana-mana organisasi MESTI ada opurtunist ( bahasa lama : Munafik )
3.Dalam sejarah empayar Islam dahulu pun , jatuh kerana faktor dalaman menjadi talibarut pihak luar dengan menjual maklumat dan rahsia sendiri.
4.Dalam al-quran pun kes opurtunist
menjadi intipati kisah-kisah al-quran sebagai panduan kepada umat Islam
5.Saya rasa hanya doa sahaja yang boleh menegelak perkara ini berlaku hatta dalam sirah sendiri baginda SAW dilihat amat sukar berhadapan dengan puak ini
semoga Allah menyelamatkan jamaah dan perjuangan ini.Amin
sekian
PAS tu maksum ke?
Buat perkara yg menjejaskan agama, kenapa kena rahsia?
Bukankah Tok Guru kamu pun kata mengumpat tu dibolehkan?
Betullah kata Mantan PM, "PAS itu Islam, Islam itu PAS."
Jangan kritik PAS, nanti jadi munafiq.
salam alaik ya sheikh roslan,
bagaimana pula jikalau seseorang itu mengumpat, memfitnah dan mengadu domba terhadap rakan-rakan kita dalam jemaah? sebagaimana yg dilakukan oleh 'entah siapa entah' dalam antihusam.blogsport itu?
ITU TAK DOSA KE?
Post a Comment