Monday, June 09, 2008

Jangan biarkan "Singapura dapat tanah"


Kisah 60 orang delegasi diketuai ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkunjung ke Pulau Pisang yang terletak kira-kira 8km dari pantai Pontian mendapat liputan hampir semua akhbar tempatan hari ini. Ahmad Maslan mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Negeri telah bersetuju membangunkan pulau tersebut bagi tujuan "eco-tourism".


Tidak seperti Pulau Batu Putih, pulau seluas 178.4 hektar ini terletak dalam wilayah Malaysia. Tetapi yang anehnya atas faktor sejarah di puncak pulau ini terbina sebuah rumah api, setinggi 53meter iaitu 1,000m atas paras laut. Rumah api ini sejak tahun 1900, melalui perjanjian antara Almarhum Sultan Ibrahim Johor dan penjajah British, diuruskan oleh Singapura kini melalui Lembaga Pelabuhan dan Maritim Singapura atau Maritime and Port Authority of Singapore dengan beberapa orang kakitangan tetap warga Singapura.


Berikutan peristiwa tergadainya Pulau Batu Putih ketangan Singapura, saya kira sudah sampai masanya Malaysia mengambil-alih sepenuhnya rumah api berkenaan. Singapura sudah punya rumah api di Pulau Batu Putih yang kini milik mereka, apa perlunya mereka berada di atas bumi kita lagi?


Gambar The Star.com



Mungkin perkara ini melibatkan banyak urusan pentadbiran, "paper work" dan seumpamanya, apa pun demi kewibawaan, kedaulatan dan maruah negara, kita perlu segera mengusahakannya. Kalau Tentera Udara Australia (RAF) dahulu yang berpengkalan di Butterworth boleh kita halau pulang, dan begitu juga Carcosa yang diserahkan kepada Britain kita ambil kembali, saya tidak nampak apa masalahnya kalau kita mahu halau Singapura keluar dan ambil alih rumah api berkenaan.


Jangan sampai kata orang, "Belanda dapat tanah", hari ini Pulau Batu Putih esok habis dengan Pulau Pisang dan yang lain yang berdekatan semua dituntutnya. Hubaya-hubaya, "Singapura dapat tanah"!

9 comments:

Anonymous said...

Selagi peguam negara d ketuai oleh Ghani Patail, selagi itulah kedaulatan pulau pisang ini belum tentu dpt d pertahan.

Anonymous said...

Cuma satu je yg saya conpius tntg kes pulau pisang ni. Dgr kate diorg nak bina surau rege 50,000 kat pulau pisang tu. Ade org ke disana nak imarahkan surau tu ? (Slain drpd pengawal@penjaga rumah api warga singapura tu). X de idea lain ke?

Mohd Nadzri Kamsin said...

Pulau Batu Putih sudah tergadai. Harap Pulau Pisang tidak senasib.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik Bercabang dua;
Hancur badan dikandung tanah,
Jangan tergadai semua tanah yang ada.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

Anonymous said...

paklah dengar singapura terus cabut lari bawah katil!!!

mat_terab said...

Yang menjadi persoalannya selama ini malaysia tidak mampu kah hendak menguruskan sendiri rumah api kenapa hendak harapkan singapura uruskan..?

Ibn Jabbar said...

Cara berfikir dan bertindak kita harus ofensif dan bukan setakat defensif apatah lagi 'accomodative'. Fahami instinct 'musuh2' untuk menakluki, samada langsung atau tidak langsung. Undang2 digunakan kemudian untuk mengesahkan tindakan penjajahan musuh.

Anonymous said...

Tenguk gambar Pulau Pisang tu cantik juga ya, dengan hutan dan pokok-pokok kayunya yang rimbun. Minta-mintalah jangan pisang berbuah dua kali. Kita pertahankanlah bumi Malaysia ini biar dengan apa cara sekalipun.

nbn said...

Aku bukan lawyer, tapikan..bukankah perjanjian2 dulu semua itu antara pihak Istana(sultan Johor) dengan pihak British, pihak British bukan Singapore? Sebabnya singapore republic ketika itu belum wujud dan ia adalah sebahagian tanah jajahan 'kerajaan Melayu' dan bukan entiti negara... Sahkah dokumen perjanjian itu sekarang ini?

-bukan loyar, nbn

wakmeli said...

Salam wbt. Bab Pulau Pisang ni, saya cadangkan kerajaan buka kepada orang2 bumiputera(bukan amenoputra) untuk mengusahakannya seperti di Felda. Kurnia tanah kepada mereka.
Batu putih terlepas, dulu diberikan tanah temasik kepada mereka. Kelalaian dan kealpaan bangsa kita menyebabkan kerugian jangkamasa panjang dan menyedihkan. Pemimpin2 mesti amanah dan takut kepada Allah SWT. Salah siapa yang memilih mereka sebagai pemimpin?