Hadapi krisis minyak ini dengan bijak
Saya percaya ramai yang mengalu-alukan langkah-langkah positif semua pihak dalam menghadapi beban kenaikan harga minyak dunia, khasnya dalam menangani impaknya terhadap rakyat dalam negara kita. Semalam kita saksikan beberapa langkah segera diusahakan oleh pelbagai pihak.
PM Dollah Badawi umpamanya memperkenalkan beberapa langkah segera untuk meringankan beban ini antara lain memotong 10% elaun keraian PM, TPM, Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri, pakej percutian anggota Kabinet setahun sekali dihadkan dalam negeri dan rantau ASEAN manakala tempoh dibenarkan pula hanya seminggu, mengurangkan acara dan majlis kerajaan di hotel-hotel dan berbagai lagi langkah termasuk yang melibatkan perbelanjaan kerajaan dan seumpamanya.
Langkah-langlah ini baik belaka, namun jangan berhenti setakat itu.
Pengerusi MCA Selangor pula yang juga ahli Parlimen Pandan, Ong Tee Keat pula menuntut agar kerajaan menghapuskan cukai jalan dan menghentikan kutipan tol di lebuhraya-lebuhraya di Selangor.
Ini juga sesuatu yang positif dan perlu diberi perhatian.
Manakala ahli-ahli parlimen PAS pula melalui Ketua Whipnya, Salahuddin Ayub, yang juga Ketua Pemuda PAS memohon melalui Speaker Dewan Rakyat agar diadakan sidang khas parlimen bagi membahaskan isu kenaikan harga minyak ini dan kesannya terhadap rakyat jelata.
Kita akui krisis ini tercetus hasil dari kenaikan mendadak harga minyak dunia kebelakangan ini malah disaat dan ketika ini juga ia kelihatan terus bergerak ke atas, sekaligus menjejaskan kehidupan rakyat peringkat dunia. Malaysia menjadi unik kerana tidak seperti negara dunia kebanyakkan, ia dan beberapa negara tertentu (yang dipilih Allah) adalah pengeluar minyak, kerana itu rekasi rakyat dinegara kita berbeza umpamanya dengan rakyat di Singapura atau negara lain yang tidak memiliki khazanah minyak diperut buminya.
Kita hari ini seolah hilang langsung punca, beban kenaikan yang berat ini terus sahaja dipindahkan kepada rakyat, soalnya sampai bila jika ditakdirkan kenaikan ini terus berlaku? Kita seolah tidak memiliki pelan menghadapi krisis seumpama ini, apa sahaja hasil sebelum ini dibelanjakan begitu sahaja tanpa memikirkan masa depan.
Nasi sudah menjadi bubur, dan masalah besar ini sudah bukan lagi berada di depan pintu, malah telah melangkah ke dalam rumah kita. Mudah-mudahan semua pihak menghadapi krisis ini dengan mengemukakan cadangan dan langkah positif bagi menyelamatkan rakyat kita dari terus memikul kesengsaraan. Ini masa untuk menghadapi krisis, marilah kita hadapinya dengan bijak.
9 comments:
Kerajaan memperbodohkan rakyat.
Perbandingan harga kegunaan di negara pengeluar :
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.35
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.25
Arab Saudi RM 0.38
Kuwait RM 0.67
Detail layari http://nurkaseh.blogspot.com/2008/06/memperdaya-di-perdaya.html
Kenaikan mendadak harga minyak dunia d cetuskan oleh AS utk memberi kesan kpd negara² pengimport minyak & mrk terpaksa mengimbangi kenaikan ini dgn menaikkan harga barangan export mrk. M'sia mampu mengimbangi kenaikan harga barang import ini tatkala meraih keuntungan lumayan dgn kenaikan harga minyak dunia. Pelik!! kenapa k'jaan M'sia turut terjebak menaikkan harga minyak??. Adakah wujud perjanjian rahsia yg tdk d ketahui oleh rakyat?? Mana tanggungjawab k'jaan utk membela nasib rakyat terutamanya yg berpendapatan kecil & sederhana??
SADLY ONLY 10% FROM THE "ENTERTAINMENT ALLOWANCE" NOT FROM THE GROSS SALARY TO BE DEDUCTED...CAN WE IMAGINE HOW THE POOR WITH RM600 GROSS SALARY TO LIVE..NOT TO MENTION ANY DOMINO'S EFFECT FROM THE FUEL INCREMENT...
...bro!! apakah benar? utk kenaikan harga minyak kali ini, penstrukturan subsidi akan dibayar melalui wang pos & Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA?
...jika benar maka maknanya ada kroni sdg menangguk di air keruh. rakyat hanya dapat keladak & lumpur.
direktori pertanian & penternakan. http://pertanianmalaysia.blogspot.com
Bro, wa rasa untuk elaun keraian tu potong 50% so boleh jimat berapa bro setahun. Dalam masa sama elaun-elaun yang lain juga 50% baik yang guna resit atau pun tidak. Duit tu duit rakyat, rakyat memilih pemimpin, rakyat mengamanahkan pemimpin untuk mentadbir urus, rakyat adalah tuan, pemimpin bertuankan rakyat, pemimpin kena ikut arahan rakyat bukan sebaliknya. Sebab rakyat yang membayar gaji pemimpin.
Pemimpin terlalu manja sehinggakan apa saja ada elaun, pernah ke menteri-menteri kita bayar parking , kalau tak ada kenapa ada elaun parking. Perjuangan politik sekarang terutama pemerintah sediaada bertunjangkan wang dan kemewahan, lihatlah betapa banyak wang boleh diperolehi jika jadi pemimpin, mana pemimpin yang benar-benar memperjuangkan rakyat, membela rakyat, yang mempercayai rakyat itu lah majikan mereka.
Barang harus diingat, dosa kepada Allah, bisa Allah ampunkan, tapi dosa sesama manusia, kata nabil lu pikir la sendiri, jangan sampai tidak dapat mencium bau syurga.
Alhamdulillah, tajuk yang amat menarik. Tapi bagaimanakah rakyat hendak menjadi bijak jika dipimpin oleh pemimpin yang bodoh. Tapi takpe alternatifnya tetap ada kan? Untuk yang bijak sajale...yang bodoh kekal lah ngan si bodohwi. Persoalan saya bagaimanakah golongan yang bijak ni nak mengalahkan golongan yang bodoh tersebut...Allahuakbar
sdr
saya mohon mencadangkan kepada kerajaan pakatan Rakyat menubuhkan BANK ZAKAT. untuk memberi bantun secara terus kepada golongan daif dalam bentuk pinjaman qard hasan , bantuan , subsidi dan macam-macam lagi.ini adalah langkah yang terbaik kerana setiap negeri mempunyai jawatankuasa/pengurusan zakat masing-masing dan setiap negeri mempuyai dana zakat yang cukup. mengenai modus operandi BANK ZAKAT tidak menjadi masalah asalkan di sana poltical will ada.
kita sebenarnya mempunyai ramai pakar dan bijakpandai tinggal lagi kita gagal manfaat kan mereka sahaja.inilah masa pakatan rakyat buktikan bahwa islam boleh.
sekian
salam wbt. Harga minyak di negara kita naik keparas yang membebankan. Seolah2 kita mengimport minyak keseluruhannya. Kenapa keuntungan minyak petronas tidak disalurkan untuk menjaga subsidi kepentingan rakyat je? Jgn salurkan ke tempat lain cthnya pembangunan, seolah2 kita cuma harapkan petronas je utk membangunkan negara sedangkan negara xde minyak pun membangun juga malah lebih hebat dr Malaysia.
Negara kita banyak sumber untuk pembangunan, sumber minyak adalah subsidi khas untuk kegunaan rakyat. Bila kita campur adukkan maka itu kita tak dpat menampungnya. Banyak sumber lain utk pembangunan sperti pertanian(sawit, getah dll), perindustrian, perladangan dan sebagainya. Bila keuntungan minyak digunakan perkara2 lain selain subsidi minyak maka skrg ni la nmpak hasilnya. Wallahualam.
Post a Comment