Friday, June 27, 2008

Guan Eng vs Azizan

Isunya mudah. Kedah perlukan hasil untuk menguruskan negerinya. Kedah bukan seperti Pulau Pinang, Perak atau Selangor yang rata-rata berupaya berdiri di atas kaki sendiri serta memiliki "reserve" kewangan. Kerajaan Persekutuan telah berjanji akan membayar kerajaan negeri RM100 juta setahun kerana memelihara kawasan tadahan airnya di sekitar kawasan hutan simpan Ulu Muda. Malangnya sejak dari BN berkuasa dahulu khabarnya hanya sekali bayaran itu dibuat ketika Syed Razak menjadi MB dan sejak itu tiada bayaran lagi yang dibuat.

Lalu kerajaan negeri setelah membuat kajian dan mendengar pandangan dari pakar-pakarnya memutuskan untuk melakukan proses pembalakan di sebahagian kawasan berkenaan dengan impak paling minima ke atas alam sekitar.

Saya percaya rakyat negeri Kedah dibelakang keputusan kerajaan negeri memandangkan kemelut yang ditanggung oleh kerajaan kerana mewarisi kerajaan dari BN. MB ustaz Azizan di dalam akhbar NST hari ini dipetikn sebagai berkata:

Why is everone so kalut (panicky)?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah antara orang pertama mengeluarkan kenyataan membantah keputusan kerajaan negeri Kedah itu. Alasannya sumber air Pulau Pinang datangnya dari kawasan berkenaan dan beliau bimbang ianya akan terjejas. Dalam kenyataannya semalam Guan Eng melemparkan pelbagai tuduhan dan kenyataan keras terhadap Azizan termasuklah bahawa kerajaan BN dahulu pun tidak berani melakukannya kerana bimbang kepada sentimen rakyat, tetapi Ustaz Azizan sanggup. Selain itu Guan Eng turut mendakwa Azizan telah bersetuju menyerahkan konsesi balak di kawasan berkenaan kepada sebuah syrikat yang mempunyai hubungan baik dengan BN.

Menurut laporan beliau berkata:

Tidak sangka kerajaan Kedah sanggup bekerjasama dengan syarikat pembalakan dari Sarawak sedangkan dari segi politik mereka adalah mush.

Berhubung hal itu Azizan berkata:

Tidak salahnya walaupun syarikat pembalakan itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan BN. Malah kebanyakan syarikat di negara ini baik dengan BN.

Berbalik kepada isu utama, semua pihak perlu menyedari keadaan yangs edang dialami kerajaan Kedah, apakah Pulau Pinang atau negeri-negeri lain sanggup membantu dengan menghulurkan RM100 juta setahun sebagaimana dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan kepada Kedah itu bagi meringankan beban mereka?

Saya melihat kritikan secara terbuka oleh pemimpin kerajaan negeri Pakatan terhadap pemimpin Pakatan di negeri lain seumpama ini sesuatu yang tidak sihat, sebagaimana diulas oleh penganalisa politik Khoo Kay Peng dalam runagannya di akhbar The Star:

Pakatan Rakyat must develop a harmonious internal decision making process
(PR perlu membentuk satu proses membuat keputusan dalaman yang harmoni)


Masing-masing negeri memiliki hak untuk menentukan sesuatu yang baik untuk negeri dan rakyat mereka. Mengkritik secara terbuka apalagi mempertikaikan keputusan dan membangkitkan syak wasangka yang negatif hanya akan mengeruhkan hubungan sesama Pakatan. Saya hairan bagaimana Guan Eng boleh memperlekehkan keputusan Azizan itu dengan menyatakan yang keputusan yang diambil itu: "....is the result of lack of advice (keputusan dibuat hasil dari kekurangan nasihat).

Dari BN terus mengeksploitasi isu ini, lebih baik Guan Eng memohon maaf kepada Azizan dan pihak tertinggi Pakatan perlu segera memikirkan garispanduan hubungan dan kerjasama sesama kerajaan negeri agar perkara yang malang seumpama ini jangan berulang lagi.

11 comments:

Anonymous said...

Dari awal lagi saya nampak Pakatan Rakyat ada masalah selepas mencapai kemenangan.

Berbagai cadangan telah dibuat, ada yang kata nak tubuh satu Majlis Mesyuarat Menteri2 besar Pakatan rakyat bagi sama2 membincangkan segala masalah yang dihadapi di negeri masing2. Tapi sehingga sekarang tak ada khabar berita pun.

Lepas tu bila ada masalah, semua buat statement hentam sana dan hentam sini. Rakyat sedang memerhati apa yang kita buat.

Dimana BOS Pakatan Rakyat Sdr. Anwar Ibrahim? Adakah beliau akan terus membiarkan Menteri Besar Pakatan Rakyat berada dalam suasana yang maha kelam kelibut mcam ni???

Cara Menteri Besar Pakatan Rakyat bertelagah sesama sendiri manampakkan kebodohan kita dimata rakyat. Media UMNO/BN akan sentiasa mencari peluang untuk tembak je..

Adakah ada masalah besar atau halangan besar untuk Ketua P.Pinang LGE untuk menghubungi Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan bagi mendapatkan penjelasan tentang isu yang berkaitan dengan Balak ni? This is simple case. Why so like this?

Anonymous said...

Guan Eng sepatutnya berbincang secara rasmi dengan Ustaz Azizan tentang bantahannya, bukanya membuat kenyataan terbuka.

Walaupun begitu, saya bersetuju dengan bantahan Guan Eng yang berasas. Saya melihat Guan Eng berfikir secara jangka panjang. Bagi saya, cadangan Ustaz AZizan menunjukkan beliau hanya berfikir untuk jangka masa pendek, seolah-olah tidak ada langsung kefahaman tentang betapa pentingnya hutan simpanan kepada alam sekitar.

Bagi saya ia adalah tindakan "knee jerk reflex" yang dangkal - untuk berjimat, nak tambah duit dari kayu balak dan marahkan kerana tak dapat duit untuk menyelenggara hutan. Seperti marahkan menantu, anak dipukul.

Sebagaimana sepatutnya, kajian yang sistematik dan saintifik mestilah dibuat terlebih dahulu untuk menentukan kepentingan hutan simpanan yang beratus-ratus tahun umurnya itu kepada alam sekitar.

Anonymous said...

Saya yakin isu² yg kian menular & semakin hangat ini akan memberi impak yg besar kpd rakyat. Rakyat akan lebih cepat matang sekiranya pendedahannya lebih terbuka krn musuh utama kita adalah media milik parti BN krn mrk sentiasa memainkan peranan utk mengeruhkan keadaan. Parti BN sudah tdk boleh lagi d percayai krn kekayaan negara tlh d miliki oleh sebahagian besar pemimpin dari BN. Jika nak tahu brapa duit simpanan setiap pemimpin dari BN, sokonglah Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Anonymous said...

Pertelagahan ini timbul kerana PR tidak cukup kuat malah 'pembangkang' dan tidak punya makna apa apa bagi BNatang kerana mereka masih majoriti! Menyalaklah PR sepuas hati tapi tidak di endahkan oleh BNatang di Parlimen malah di cemuh dan di permainkan oleh AP AP BNatang aka Urangutan2! Jawapan jawapan yang di beri atau tidak di beri tidak mempunyai apa apa kesan pun! PR di lihat seperti badut pula!
Pemimpin pemimpin PR pula dah mula ranggi....
Islam dan kaffir payah nak boleh berunding bila kaffir rasa mereka lebih kuat!

pisang said...

assalamualaikum...
saya melihat LGE sangat tidak matang di dalam hal ini, bahkan saya merasakan dia cuba merendah-rendahkan kerajaan pimpinan PAS di kedah. saya amat bersetuju dengan saranan ustaz azizan di dalam isu balak ini. kenapa kedah perlu berkorban untuk pulau pinang? apa yang dah pulau pinang lakukan untuk kedah? kenapa pulau pinang boleh terus membangun tetapi kedah mesti menyimpan segala khazanahnya untuk menjaga orang lain? hanya orang bodoh sahaja yang akan bertindak demikian. bagi mereka yang cuba menyalahkan ustaz azizan dalam kes ini (including LGE dan suku sakatnya di dalam DAP)... you are barking at the wrong tree! sepatutnya.... amarah ditujukan kepada federal govt yang tak bayar RM 100 juta tu... ini yang kena aniaa pulak yang dimarahi. macm cerita cartoon pulak.

Anonymous said...

So much for nak contohi Umar Abd Aziz.. inilah beza nak contohi dan mencontohi.. satu ayat politik, yang buatkan orang islam semua melompat happy..
satu lagi amalan yang amanah dan bijaksana yang buatkan orang berkepentingn sakit hati..

Jangan puji orang lebih2,sebab pujian membunuh..

Anonymous said...

Saya bosan dengan sikap setengah penyokong PR yang apabila saja ada masalah dalam pengurusan kerajaan dibawah PR, begitu cepat melatah menuduh ia sebagai dakyah media BN bla. bla.. bla.

Saya rasa, kita ini kenalah adil. Apabila kesalahan benar-benar berlaku kerana kelamahan mana-manan kerajaan PR, sepatutnya kita dengan rendah diri mengaku kesilapan dan mengambil tindakan cepat untuk memperbaiki keadaan, bukannya mencari jalan mudah samada dengan melemparkan tuduhan kepada BN atau mengalih cerita kepada isu BN.

Didalam politik, adalah biasa untuk parti lawan untuk menunjukkan kesalahan parti lain. Inilah dinamakan "check and balance". Kalau selama ini parti-parti komponen PR begitu giat dan aktif mengkritik kerajaan BN, maka begitulah sebaliknya.

Anonymous said...

Guan Eng perlu faham akan keadaan ekonomi negeri Kedah, Kerajaan negeri kedah perlu mencari dana dan pelaburan tambahan untuk menaikkan balik ekonomi kerajaan negeri. Guan Eng jangan pentingkan diri sendiri dek kerana terjejasnya air di Pulau Pinang, Sepatutnya Guan Eng perlu bekerjasama dengan Azizan dalam menyelesaikan masalah ini. Kita berjiran dan kita dalam satu pakatan jadi sebab yang kuat ini perlu diambil kita oleh Guan Eng.

Ayuh rakan2 sertai perhiampunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

bongok jugak cina nih..
pi marah sama geng wat pe..
cakap pape pn pikir la, dah tentu media akan manipulasi lagi,
takkan tak paham2.
bengap ke ape...

baik gi belasah cakap pasal marah kerajaan jek senang. tp tak masuk plak media nanti, pastu tak famous plak kan.
sume pikir politik sendiri. tu jadi camtu...PR akan hancur la camni sume dok pikir hal sendiri..(bukan semua, sesetengah pihak) dan sepatutnya buat perbincangan dan tengok sape rase tak puas hati, kluarkan jek dr PR.

Anonymous said...

Roslan, gunakan akal apabila melontarkan ide dalam blog saudara. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kenapa Kedah tak contohi harakah Kelantan?
Sayangilah alam sebelum alam menjahanamkan kita yg sebenarnya amat besar dibandingkan dgn sesiapapun. Salam.

Faizah Roslaini said...

salam

saya setuju dengan garis panduan tuh. memang patut dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli ahli pakatan rakyat.

Semoga berjaya. Insya Allah.