Dengar kami jika anda benar-benar jujur
Semasa menghadiri majlis Konsultasi Bajet 2009 di Putrajaya semalam PM Dollah Badawi telah berkata:
Sama-samalah kita memikirkan bagaimana dapat meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta mereka yang memerlukan bantuan seperti warga emas dan golongan kurang upaya dalam usaha kerajaan merangka Bajet 2009.
Usaha ke arah merapatkan jurang pendapatan dan membangunkan modal insan juga perlu diberi perhatian,
Kalau Dollah jujur mahu memikirkan isu ini berikut saya berikan beberapa cadangan:
PERTAMA: Berikan kelulusan kepada tuntutan “gaji Minima” MTUC agar semua golongan pekerja di Malaysia memperolehi gaji minima RM1,200 iaitu gaji pokok minima RM900 dan COLA RM300. Dengan ini mereka yang dikategori terbawah tidak menjadi mangsa kenaikan harga yang menggila ini.
KEDUA: Semak semula pencen kakitangan awam khasnya yang melibatkan mereka yang menerima pencen di bawah RM1,000 sebulan. Pasti mereka ini meghadapi tekanan besar ekoran kenaikan kos hidup ini sedang mereka tidak berupaya untuk bekerja mencari nafkah atas faktor usia.
KETIGA: Kerajaan perlu berikan rawatan percuma kepada semua warga emas. Kos perubatan kini menjadi semakin mahal sedangkan golongan inilah yang sangat memerlukannya.
KEEMPAT: Jika Selangor mampu memberikan air percuma 20 meter padu kepada semua rakyatnya, maka formula yang sama perlu diperkenalkan ke seluruh negara, agar semua rakyat dapat menikmatinya.
KELIMA: Pertingkatkan kemudahan dan infrastruktur rumah orang-orang tuan dan rumah kebajikan di Malaysia termasuklah pusat-pusat latihan OKU. Rumah-rumah kebajikan ini kebanyakkannya berada dalam keadaan yang sangat dhaif bagaikan kandang binatang. Lihat juga penempatan yang sama di Sabah dan Sarawak.
KEENAM: Pengangkutan awam khasnya bas dan keretapi rata-rata adalah kemudahan pengakutan yang digunakan oleh golongan pendapatan rendah dan sederhana, samada bagi tujuan harian ataupun untuk pulang ke kemapung dan seumpamanya. Kerajaan perlu pastikan yang tambangnya tidak dinaikkan dan kalau boleh diturunkan demi kemudahan mereka.
KETUJUH: Kos menggunakan bahanapi alternatif iaitu NGV perlulah dikurangkan. Rakyat perlu digalakkan menukar dari petrol dan diesel ke NGV. Masalahnya kos pertukaran itu terlalu mahal khasnya untuk mereka dalam lingkungan berpendapatan rendah dan sederhana. Di sinilah kerajaan perlu berperanan dan jika boleh memperkenalkan skim ansuran untuk memilikinya. Ia mungkin boleh dimulakan dikalangan kakitangan awam, dengan memperkenalkan skim ansuran untuk tujuan itu.
KELAPAN: Kos pendidikan rendah dan menengah pelulah benar-benar diberikan percuma. Dan malah kos pendidikan ke IPTA dan IPTS tempatan khasnya bagi mereka yang ibu-bapanya berpendapatan rendah perlulah diberikan percuma. Tambahkankan lagi bilangan biasiswa JPA dan wajibkan badan-bdana korporat tempatan termasuklah milik asing yang beroperasi di sini agar memperuntukkans ebahagian keuntungan mereka untuk membiayai biasiswa bagi anak-anak tempatan.
Saya dan saudara/i pengunjung blog ini saya pasti dapat memanjangkan lagi senarai ini, pokoknya bersediakan Dollah dan kerajaan untuk mendengar dan melayan?
17 comments:
gua setuju..!
Asalamualaikum,
saya ingin menambanh beberapa perkara yang boleh menyelesaikan masalah kita sebenar.
1. Hentikan projek Jambatan Pulau Pinang dan ganti dengan tunnel 4km dari Jetty Georgetown ke Bagan di Butterworth untuk kurangkan sehingga 70% kos keseluruhan dan selamatkan alam sekitar.
BERI POTONGAN CUKAI sepenunhya kepada kereta hibrid.
2. Buka tambak Johor sebelah malaysia supaya laluan kapal dan air laut boleh lalu. Guna tunnel untuk kereta dan keretapi.
3. Siapkan double tracking ke Padang Besar dan Singapura.
Sumber kewangan ini datang dari peruntukan wang yang berbilion sekarang ini habis untuk subsidi petrol.
3. Hentikan kenaikan automatik ke tingkatan 1. Wajibkan lulus darjah6. Yang gagal diberi peluang ke sekolah vokasional dan latihan khdimat negara 2-3 tahun terus.
4. Hentikan pemberian buku teks kepaa pelajar sekoalh rendah sehingga tingaktan 2.
5. Beri buku teks kepada pelaajr untuk PMR dan SPM sahaja.
Jadikan peruntukan untuk buku teks pelajar universiti dan kolej perkara wajib.
Tambah item 4
Kalau boleh beri Singapore air mentah murah, tentu untuk rakyat lagi boleh
Keputusan PRU-12 antara sbb Umno(BN) menjadi spt lembu gila. Maklumlah tak pernah berlaku dlm sejarah M'sia, pun begitu Tok Najib masih lagi yakin bhw BN akan kembali dpt sokongan kuat dr rakyat walaupun hakikatnya BN kini berada dlm keadaan parah yg hanya bergantung kekuatan media & elektronik. Lebih baik bunuh shj lembu gila ini dr terus d siksa & terseksa.
laa... camna ni bro roslan, bagi cadangan byk2 pun xguna... belom sampai point yg ke 7, dollah dah tido... hahahahaha
Saya setuju dengan apa yang saudara cadangkan...bagus benar apa yang diutarakan oleh para pimpinan Pakatan Rakyat.
Tapi benarkah? Apakah janji yang boleh diberikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat?
Sedarkah saudara, dalam kedudukan saudara sebagai Setiausaha akhbar Presiden PAS, berlaku ketidak adilan di kalangan petugas parti.
Maaf...agak perit untuk dinyatakan, tetapi jika benar...maka hadapilah ia.
Untuk makluman, tidak perlu pergi jauh...ambil contoh apa yang sedang berlaku pada organ parti Harakah. Ketika ini, semua petugas Harakah masih lagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan yang wujud sejak 10 tahun yang lalu.
Walaupun baru-baru melalui konvensyen yang dianjurkan harakah telah dipersetujui untuk bentuk satu jawatankuasa agar disemak skim ini, tetapi khabarnya skim yang ingin merombak taraf hidup staf ini telah ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah mentah-mentah tanpa sebarang huraian lanjut.
Malah, janji untuk membentangkan proposal ini ke hadapan semua staf tidak pernah dibawa oleh jawatankuasa pelaksananya...alih-alih yang terdengar proposal telah siap dan dibawa ke jemaah pengarahnya. Mana keadilan?
Untuk makluman saudara Roslan dan semua pimpinan, ramai juga yang masih bergaji di bawah RM1,200...sebagimana yang dilaungkan oleh saudara kepada pemerintah BN untuk tuntut gaji minimum sepatutnya jaga dulu tepi kain sendiri dan betulkan dulu laman rumah sendiri.
Untuk makluman semua,begitu banyak kebajikan petugas Harakah ditindas antaranya tidak menerima tuntutan dan elaun yang sepatutnya serta setiap kali bila diutarakan segala masalah...seringkali pimpinan atas mengatakan,"kami akan melihat." Nampaknya pimpinan sudah terlalu lama melihat. Tapi tidak ada sebarang tindakan.
Selain itu, ramai di kalangan petugas di bilik berita sering menjadi bahan habuan kemarahan dan tuduhan di kalangan pimpinan jika berlaku kesilapan yang lumrah sebagai manusia. Manalah tak buat silap, jika tuntutan kerja lebih masa dibekukan dan hanya diberi elaun malam RM10 walau kerja seharian hatta sehingga melewati subuh keesokkan harinya.
Selain itu,jika bertugas pada hari sabtu dan ahad...para petugas hanya diberi elaun makan juga iaitu RM10 sahaja walau ada yang bertugas sehingga jauh malam. Tahukah pimpinan semua bahawa makan nasi bungkus sekarang campur air dah RM5/6...itu sekali makan kalau lumrah manusia makan 3X sehari mana nak cukup dengan RM10 yang diberi itu? Apatah lagi tiada sebarang claim kerja lebih masa yang boleh dibuat. Tahukah anda, ada di kalangan petugas yang datang dari jauh sejauh Melaka dan Seremban semata-mata untuk bertugas Sabtu dan Ahad. Tak berbaloi nampaknya.datang berpuluh atau ratus kilometer tetapi hanya diberikan RM10 sahaja.
Dan malangnya semua ini tidak pernah sampai atau buat-buat tak tahu oleh pimpinan. Apa yang boleh dibuat oleh pimpinan adalah marah dan kritik tanpa henti.
Tahukah anda semua,bahawa masih banyak komputer di bilik berita sudah mula dimakan zaman...ada yang berusia lebih 5 tahun...ketinggalan. Sehinggakan, bila muncul petugas baru, staf latihan atau trainee unit teknikal terpaksa gelabah mencari serpihan komputer lama dan cantum ceraikannya untuk menjadikannya sebagai unit yang sempurna.
INi belum lagi ditambah dengan komputer riba. Usah mimpilah untuk melihat wartawan harakah membuat liputan di mana-mana dan dapat menghantar berita dengan segera. Hanya beberapa kerat sahaja memilikinya dan janganlah bermimpi untuk mendapatkan sebagai aset menghadapi dakyah2 BN.
Jadi saudara Roslan dan pengunjung semua...bukan niat nak buka pekung di dada...tetapi ibarat bejana yang berisi air jika terus diisi, lambat laun ia akan pecah jua.
Cubalah ketuk pintu bilik berita dan ketahui benar atau tidak segala dakwaan di atas. Kepada pimpinan terutama Presiden dan Pengerusi Harakah serta Pengarah Urusannya, bukan hanya setakat urus keluar masuk duit sahaja menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat tetapi jauh dari itu...jika staf tidak dilayan sebaliknya dianiaya...insya-Allah akan runtuh empayar yang dibina. Janganlah jadi seperti,"Ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan betul",atau "mengata dulang paku serpih."
Semoga Allah beri kekuatan pada semua.
sekian.
Yang benar,
Staf lama dah 10 tahun.
Asm kepada:
Staf lama (Harakah) dah 10 tahun
Saya membenarkan di sini seluruh komen sdr. Untuk makluman pembaca BLOG Roslan SMS ini wujud sejak tahun 2004 lagi dan ketika itu saya belum pun memegang jawatan SU Akhbar Presiden PAS. Dan kini insyallah ianya akan terus kekal kerana di sini saya menulis sebagai Roslan SMS dan bukan atas kapasiti atau jawatan apa-apa.
Untuk makluman staf Harakah, atas jawatan itu saya tidak terlibat samada secara lansgung atau tidak langsung pada Harakah. Kalaupun ada hanyalah ruangan "Menongkah Arus" yang diberikan oleh Sdr Lutfi kepada saya untuk dipenuhi bila-bila ada kelapangan, itupun saya maklumkan akan saya isi berdasarkan kedudukan rasmi saya sebagai SU Akhbar.
Dalam posting ini saya meunutut gaji minima untuk semua pekerja Malaysia, kalau kebetulan ada pekerja Harakah yang dibayar dibawah itu, maka termasuklah mereka sekali, isnyallah.
Sekian terima kasih.
Assalamualikum Sdr Roslan,
Hang percaya lagi ka? Akai flip flop.
Nak tambah senarai sampai esok tak habis tapi yang lapan sdr cadangkan tu dah cukup bagus dah...kalau bagi banyak banyak macam Pak Lah boleh tunaikan. Mengabihkan masa je memikirkanya.
Sekian Wasalam.
Buat saudara roslan, aku setuju seperti apa yang dah dikatakan oleh 'Staf lama dah 10 tahun' tu. Korang PR espicially kononnya memperjuangkan hak rakyat tapi nak pratikkan kpd staff sendiri korang kedekut ya rabbi.
Staff korang sampai nak mampus apply, korang buat x tahu atau x nak tahu langsung? Fikirlah sikit. Diorang keje bagai nak mampus apalah salah dibantu, diberi penghargaan yang patut diorang terima.
Aku jual Harakah pun panas gak telinga bila dengar cite2 mcm ni. Buat malu je. Hormatlah sikit pada staff korang2 yang perlukan tempat untuk mengadu ni. Macam ni ke pilihan pemimpin yang kita ada untu menggantikan BN. Aku rasa lagi gagallah jawabnya.
Jangan ingat si penjual/pengedar mcm kami tak tahu tentang masalah Harakah. Memandangkan kerana amat sayang dan cintakan islamlah kami sokong Harakah.
Selamatkan Harakah Dari Kronisme - Hidup Islam.. Allahuakbar!!!
- Aku penjual Setia
tambahan dari saya.
Kerajaan perlu memansuhkan cukai kenderaan dan perlu selaraskan nilai harga kereta di malaysia seperti harga kereta di langkawi. harga kereta perlu ikut international standard prices.
Membeli sebuah kereta adalah antara big investments dlm hidup seseorang disamping berkahwin & membeli sebuah rumah. maka investment tersebut perlulah benar2 memuaskan hatinya.
Adalah tidak releven memaksa rakyat2 berpendapatan rendah membeli hanya kereta Proton yg kurang berkualiti & tidak padan dgn harga yg ditetapkan.
Dgn nilai wang tersebut sepatutnya rakyat malaysia sudah mampu utk memiliki sebuah honda jazz & honda civic.
Rakyat wajar diberi pilihan memilih untuk membeli proton atau kereta2 asing yg lebih berkualiti, sesuai dgn harganya.
Proton tidak sepatutnya memonopoli penjualan kereta di malaysia. proton sepatutnya perlu berdikari atas kaki sendiri.
Kami menuntut janji pemimpin Harakah
Pelbagai resolusi & janji telah dibuat sejak sekian lama mengenai kebajikan pekerja-pekerja Harakah. Dan terbaru resolusi yang dibuat ketika konvensyen yang diadakan baru-baru yang kononnya untuk meningkatkkan segalanya ke tahap terbaik di Harakah. Tetapi sehingga kini tidak satu pun diantara resolusi atau janji tersebut ditunaikan oleh kepimpinan Harakah terutamanya. Hanya mulut manis yang diberikan. Ntah berapa puluhan ribu duit Harakah yang dijana untuk mengadakan resolusi tersebut. Apakah sumbangannya?
Saban tahun resolusi seperti ini diadakan namun tiada langsung hasilnya. Hanya duit didalam Harakah yang terus melayang. Inikah sikap kepimpinan yang perlu kami hormati.
Saya setuju dengan sdr roslan mengenai apa yang diajak serta cadangan-cadangan yang dinyatakan. Tetapi sepatutnya tajuknya perlu ditambah menjadi 'Dengar kami jika anda benar-benar jujur, wahai pimpinan Harakah'. Fikirlah sendiri jika terkena batang hidung sendiri.
Ketika susah anda mencari kami dengan muka yang manis serta senyuman yang lebar, tika senang anda memandang tanpa pedulikan kami dengan muka bak cuka yang masam. Fikir-fikirkanlah.
Jika benar andalah pembela rakyat maka buktikanlah kepada kami. Jangan jadi munafik. Memberi penuh harapan kepada kami tanpa ikhlas di hati.
Saudara Roslan, Jika anda diberi keupayaan menyelesaikan masalah dalam harakah, laksanakanlah. Kerana bagi saya orang kafir itu jahat tetapi si munafik lagi le jahatnya
salam,
akhi roslan, apa cerita tentang kilang arak, premis judi dan urut di selangor? apa tindakan kerajaan selangor dalam menangani permasalahan ini? apa jenis pendekatan da'wah yang mahu digunakan oleh wakil2 PAS dalam kerajaan campuran di selangor ni?
Beberapa kenyataan Dr Hassan Ali yang merupakan exco hal ehwal Islam telah memeranjatkan ramai ahli2 dan pendokong PAS sendiri mengenai kilang arak dan pusat2 maksiat yang lain. Begitu jugak kenyataan daripada Datuk Paduka Husam Musa berkenaan negara Islam.
PAS sudah jadik macam UMNO, dan mungkin lebih teruk drpd UMNO....
Wassalam
BRO,KLO SUNGGUH DIA JUJUR SEBELUM NAIKKAN MINYAK TU DAH BINCANG DENGAN RAKYAT,BUKAN DENGAN AHLI KABINET YANG SIKIT PUN XKAN RASA KESAN KEPUTUSAN MEREKA TU..PAK LAH DAH WAT KEPUTUSAN DENGAN ORG YANG BUKAN AHLINYE..AHLINYE DI SINI IALAH RAKYAT JELATA SEKALIAN..TAPI PIKIR2 BALIK MMG PUN DIA XKAN TANYE PENDAPAT RAKYAT..MCM TOKEY LEMBU SEMBELIH LEMBU,XKAN DIA BGTAU LEMBU NAK KENA SEMBELIH..HAHA..KESIAN LEMBU2 YANG BERPENAT LELAH BERKORBAN UNTUK TUANNYE..DICUCUK HIDUNG KESANA-KEMARI..
Quote"Kalau Dollah jujur..."
kalau boleh tulis 'pak lah', jgnlah tulis dollah, kasar ...
saya tak nak org lain panggil tg nik aziz sbg nik aziz
jauh bezanya antara Dollah dgn tg nik aziz...tak yah la nak bandingkan...kira dah lembut la tu sr roslan panggil Dollah...kalau aku panggil 'Bodo'lahhhh.....
sdr
saya nak tambah satu lagi iaitu hentikan sebentar program khidmat negara ( plkn ) yang menelan belanja 600juta setahun.
kalau nak buat juga kepada peserta terpilih sahaja.setakat ini nampaknya tidak memberi apa-apa hasil.
sekian.
Post a Comment