Sunday, June 08, 2008

Bersongkoklah apa masalahnya?

Pada 19 Jun nanti Sultan Johor akan berangkat merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor. Johor pasca PRU ke 12 menyaksikan wakil pembangkang meningkat dari 1 (Dr Ramli Kari) ke 6 iaitu 4 DAP dan 2 PAS.

Sebagaimana biasa kesemua ahli-ahli dewan akan diwajibkan mematuhi kod berpakaian dalam majlis berkenaan, antaranya diwajibkan memakai songkok bagi ADUN-ADUN lelaki. Menurut laporan The Sunday Star hari ini keempat-empat ADUN DAP Johor kini berada dalam ekadaan serba-salah. Pada 20 April lalu DAP Johor telah bermesyuarat memutuskan yang kesemua 4 ADUN mereka akan mengenakan songkok atas dasar menghormati Tuanku Sultan, suatu keputusan yang sangat terbuka dan mengambil kira nilai dan budaya masyarakat Malaysia.



Speaker DUN Selangor dari DAP



Masalahnya Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) berkeras memutuskan yang wakil-wakil DAP itu tidak perlu mematuhi peraturan berkenaan. Saya sempat membaca beberapa reaksi teman-teman blogger berkenaan perkara ini, mereka ini teman yang tidaks elairan dengan saya:

http://melayuangkat.blogspot.com/2008/06/harga-minyak-dunia-melonjak-lagi.html

http://chunwai08.blogspot.com/2008/06/songkok-to-wear-or-not-to-wear.html

http://rockybru.blogspot.com/2008/06/to-wear-or-not-to-wear-songkok.html

Saya tidak nampak apakah rasionalnya larangan CEC DAP itu. Mengapa mereka perlu “phobic” dan gementar sangat terhadap songkok ini, adakah kesemua 4 ADUN DAP Johor itu dibimbangi menjadi Melayu atau Islam semata-mata kerana bersongkok maka kerana itu mereka mengeluarkan larangan demikian? Atau kenapa?

Songkok adalah budaya masyarakat di rantau ini sejak turun-temurun. Ia malah sebahagian dari peralatan pakaian kebangsaan kita bukan sekadar pakaian atau dapat Melayu lagi. Kita melihat ahli-ahli Parlimen dan ADUN bukan Melayu yang lain termasuklah dari MCA, Gerakan, MIC, PKR malah di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat kuasai ADUN-ADUN DAP sendiri dengan selesa dan rela hati boleh mengenakan songkok, lalu apakah masalahnya?

Kecuali kalau di sana ada elemen kebencian, tetapi benci pada apa dan siapa?

Kita mengharapkan keempat-empat ADUN DAP Johor itu akan mematuhi syarat pakaian yang dikenakan, dan hadir juga bersongkok, kerana pengundi-pengundi yang mengundi mereka lebih penting, dan rakyat mahu lihat ADUN-ADUN mereka berperanan di dalam dewan dan bukan sebaliknya.

7 comments:

Anonymous said...

Salam, apa yang saya boleh simpulkan adalah CEC DAP adalah dikalangan golongan yang tidak faham atau buat-buat tidak faham bahawa seolah-olah kita mahu mereka menjadi Islam/Melayu. Setakat ini saya masih sangsi adakah DAP mahu bekerjasama dengan orang Melayu sebab jika dilihat dari komen YB Lim Kit Siang and all the CEC leaders ( supporters included ) bagi saya saya boleh simpulkan bahawa :
1. Malaysia tidak berjaya hari ini tanpa Cina.
2. Orang Melayu masih berfikiran kolot dan kekampungan.
3. Orang Cina adalah bangsa yang hebat tanpa mereka Malaysia are nonsence.
Saudara boleh baca semua komen ini dari Blog Yb LKS. Isu terbaru Dr. Azly Rahman adalah YB LKS sendiri.
Mohon saudara siasat ada saudara kita di Carrefour Wangsa Maju dibuang kerja kerana menumbuk seorang Cina yang memakai baju yang menghina Islam. Dengan terangan Cina itu menghina Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah.
Terima kasih.

benludin said...

DAP semakin sombong dan perasan abih...

Anonymous said...

bro roslan

i agree with you on this issue, saya juga telah blog isu ini di blog saya

http://ruzaimiramza.wordpress.com/2008/06/08/kepala-dogol-dap/

DAP..DAP.. apa nak jadi

Anonymous said...

Raja Nepal pakai songkok. Marin Amerika juga pakai songkok. Adakah mereka muslim? Mangkuk hayun betul DAP ni. Perjuangkan isu-isu perkauman shj. Apa lagi? Ayu hukum mereka dalam PRU berikutnya!

Anonymous said...

Songkok bukan daripada budaya ASAL orang Melayu.
Budaya asal org melayu adalah pemakaian tanjak.
Songkok adalah daripada India (Muslim)

Anonymous said...

Taknak sudahlah, jangan pakai paksa memaksa. Biarlah M'sia beraneka and pelbagai.

wakmeli said...

Salam wbt. Negara kita semakin jauh meninggalkan zaman kemerdekaan dan yang tinggal sekarang kebanyakkannya anak2 pasca merdeka. Setiap kaum di TANAH MELAYU ni kena faham sejarah, jangan mendabik dada dan angkuh. Klau kita imbas kembali zaman perjuangan orang2 melayu abad ke 15 sampai la ke abad 20, tak tercatit pun nama orang2 cina dan india.
Kita jangan berlembut sangat dengan orang bukan islam. Kena tegas. Sekarang ni dorang dah mula tunjuk taring dan belang. Kita kena faham jaringan antarabangsa mereka. ya memang mereka rakyat Tanah Melayu tapi sebagai anak melayu, ini je negara yang kita ada. Jangan biarkan Institusi Kesultanan Melayu diremeh temehkan dan dicemar baik daripada orang melayu mahupun orang bukan melayu.