Saya bukan bermaksud mahu mengapi-apikan sesiapa tetapi inilah realiti yang sedang berlaku di hadapan kita. Bagi saya jika puak ini berani dan tegas memperjuangkan kepentingan mereka, saya tidak nampak mengapa kita yang berjuang Islam juga tidak boleh turut sama berani dan tegas mempertahankan kepentingan kita.
Ianya berlaku semasa Majlis Perbandaran Seberang Perai sedang bersidang baru-baru ini. Seorang ahli majlis MPSP Teoh Seang Hooi bangkit mencadangkan agar papan tanda jalan-jalan utama dalam kawasan PBT berkenaan menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Alasannya bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini (Pulau Pinang).
Lalu Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Kemudian Teoh mencelah bahawa perlembagaan yang sama juga menyebut bahawa penggunaan bahasa-bahasa lain juga digalakkan sejajar dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Akhirnya Farizan menyatakan yang beliau perlu merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu. Kenyataan Farizan itu mengakibatkan seorang lagi ahli majlis, Oon Neow Soon bangkit meminta secara Farizan secara spesifik menyatakan bila beliau akan mengajukan isu ini ke kerajaan pimpinan KM Lim Guan Eng. Farizan menjawab beliau akan mengemukakannya pada mesyuarat EXCO bulan hadapan.
Mungkin kerana komposisi kaum di Pulau Pinang atau kedudukan politiknya maka Teoh dan Oon mempunyai alasan yang kukuh untuk menuntut penggunaan pelbagai bahasa untuk tanda-tanda jalan di kawasan mereka. Mereka menggunakan kuasa politik untuk membawa perubahan, itulah yang dibenarkan oleh proses demokrasi di negara kita tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan selagi mana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
Tidakkah ini mungkin mendorong orang-orang PAS pula yang duduk dalam kerajaan di negeri-negeri lain untuk turut menuntut perlaksanaan cita-cita perjuangan mereka. Mereka juga ada kuasa politik, kalau di Pulau Pinag boleh mengapa pula di Kedah, Perak dan Selangor tidak boleh, atau bagaimana?
Setakat pengalaman yang ada pada PAS sebelum ini, apabila Pemuda PAS menyebut mahu memperkenalkan siyasah syariah di dalam pentadbiran di negeri-negeri Pakatan, mereka telah diingatkan bahawa Pakatan Rakyat kononnya ditubuhkan atas dasar Malaysia ini sebuah negara sekular sebagaimana yang diberi amaran oleh Penasihat DAP dalam akhbar The Star, Isnin, Jun 16:
PAS Youth's proposal to implement an Islamic administrative system in Pakatan Rakyat states is totally unacceptable, said DAP adviser Lim Kit Siang. Lim said it was not in line with Pakatan Rakyat’s promise to uphold the secular concept.
“There should be no attempt to introduce Islamic state or hudud laws,” he said.
(Tuntutan Pemuda PAS untuk melaksanakan sistem pentadbiran Islam dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak dapat diterima sama-sekali, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang. Kata Lim lagi ianya tidak selaras dengan janji Pakatan Rakyat untuk menjunjung konsep (negara) sekular.
"Tidak harus ada sebarang usaha untuk memperkenalkan Negara Islam atau hukum hudud, tambah beliau)
Mungkin banyak yang perlu dikaji dan diperhalusi oleh semua pihak diperingkat ini, wallahualam.
21 comments:
Dia orang ini tak pernah pergi overseas ke?. Di luar negara kebanyakkannya mengunakan bahasa kebangsaan mereka. Aku rasa bahasa malaysia dan inggeris sudah cukup. Kalau mereka pergi Thailand dan Indonesia, china di sana semua bolih bertutur bahasa Thai atau Indo sebiji macam penduduk pribumi. Nama mereka pun kebanyakkannya Thai atau Indon. Macam cina Kelantan dan Trengganu. Di pantai barat mereka kemain aksyen lagi. Come on lah be reasonable/ Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Kaum cina dan india, buktikan anda semua adalah malaysian dengan berpegang pada satu konsep bahasa sahaja. Bahasa lain hanya sebagai optional sahaja di papan tanda.
Macam mana nak integrasi kalau tak ada titik tolak integrasi itu sendiri? so, dengan bahasa lah.
Saudara Roslan,
DAP bertambah berkuasa. terbaru DAP hanya memikirkan tembolok bangsa Cina jer.. Semua cadangan baik di Selangor, Perak, PP mesti ada sangkut paut dgn CINA. Si Teresa dgn kisah babinya, perkampungan tradisi cinanya dan lain2 lagi.
Hakmilik tanah Kg Baru jadi 999 tahun. kenapa tak letak jer 10,000 tahun. Terbaru, cadangan PP nak letak bahasa Mandarin dlm papan tanda. Konon untuk memudahkan pelancong dan penduduk setempat.
Deiii, aku ingat penduduk setempat tu mungkin pendatang haram dari china kot. Tu pasal tak faham bahasa malaysia.
Tapi bila PAS nak bincang pasal siasah syariah, awal2 dah masuk blog keparat2 DAP dan siap buat statement lagi.
Menyesal aku undi DAP. Sumpah aku takkan undi lagi DAP.
Heran aku.. PAS biarkan aje DAP tikam dari belakang. Dah byk kali dah keluar statement yg melukakan hati penyokong PAS dan umat Islam.
Atas alasan nak dakwah dlm PR.
Jgnlah yg kata aku ni penyokong UMNO lak lepas ni. Sebab kalau tak aku sebagai ahli PAS takde beza nye dgn UMNO yg membisukan ahlinya.
Pada pendapat saya, adalah tidak wajar bagi ahli majlis MPSP tersebut untuk membuat permohona sedemikian. Sememangnya telah jelas bahawa dalam perlembagaan negara kita, bahasa pengantar utama adalah bahasa Melayu atau sekarang ini dipanggil bahasa Malaysia. Itu sudah cukup menjelaskan semuanya dan tidak perlu dipertikaikan. Sepatutnya segala perkara yang melibatkan urusan rasmi dalam negara ini mestilah di dalam bahasa Malaysia dan apatah lagi dengan papan tanda jalan. Alasan untuk memudahkan pelancong asing terutama yang datang dari negara Cina ke negeri tersebut adalah tidak masuk akal. Secara peribadi, saya tidak setuju dan menentang sama sekali permohonan mereka itu. Seharusnya semua papan tanda yang ada di negara ini samaada bagi nama jalan mahupun premis perniagaan haruslah menggunakan bahasa Malaysia dengan tulisan rumi mungkin juga boleh ditulis sekali bengan tulisan jawi sebagaimana yang dapat dilihat di Kelantan.
bang, betul le apa yang dinyatakan...terus berjuang! jgn biar 'mereka' selesa
Tuan Roslan...
Izinkan saya pinjam komen anda untuk dipostkan pada blog saya...
Anak jati penang dah meluap-luap geram nie!
www.pilihananda08.blogspot.com
satu soalan.Bagaimana PAS mahu menghadapi tuntutan2 drpd kaum Cina ini?Pemberian 999thn tanah kpd Kaum Cina itu sgt2 tidak adil.Kalo mahu berikan berikan saja 99thn sama spt kaum yg lain.DAP jgnlah menjadi spt kaduk naik junjung.Kalau beginilah sikap DAP.Saya yakin PR tidak mungkin akan menang lg kerana kebelakangan ini DAP tlh begitu byk menghiris hati org Islam dan Melayu.Betul kata ibu saya..undilah org Islam jgn undi kaum kafir.Saya bimbang jika DAP masih lg dgn sikap2 mementingkan kaum Cina...Saya bimbang permusushan anatar Cina dan Melayu akan berlaku.
pernah tengok iklan nst dekat tv kan dia cakap kalau baca nst senang dapat kerja, jadi tak salahlah puak2 ni mintak apa yang dia mintak sebab orang melayukan tak nak bahasa melayu sebab tu ditukar nama bahasa malaysia
kan orang melayu nak cakap orang putih jadi tak salahlah orang cina nak bahasa cina sebab apa dia nak bahasa melayu kalau orang melayu tak suka bahasa melayu sampai ada orang melayu cakap dia nampak bodoh kalau cakap dalam bahasa melayu.
Saya berpendapat setiap pemimpin dan ahli PAS yang telah diberi jawatan dalam negeri2 mesti tahu dan faham setiap perkataan yang ditulis dalam setiap perlembagaan yang diguna pakai, tak kira di daerah, negeri atau persekutuan. Ditambah lagi dengan pengetahuan pengetahuan semasa cara cara pentadbiran di negara luar. Ini amat penting untuk berbahas apabila sesuatu isu timbul disamping kita memperkenalkan pentadbiran Islam.Apabila pemimpin yang diberi jawatan itu mantap, saya rasa tidak menjadi satu kepayahan untuk menangkis isu isu yg sensitif seperti ini dalam PR.
PAS kena ada hadnya. Dengan DAP ugama tak boleh nak dilaksanakan dan tak boleh sebut pasal Islam pun. Dan dalam masa yang sama orang melayu dipermain2kan dimana majoritinya masih lagi Islam. Kalau tak kena caranya PAS akan dianggap tidak membawa faedah kpd melayu Islam negara ini.Akhirnya sana tak dapat sini pun tak dapat.
Ada dua pilihan pada PAS samada berkerjasama dgn BN dgn syarat2 yang ketat atau jadi seperti sebelum ini berjuang bersendirian.
sdr
disebelah utara ini ada mesjid yang menggunakan bahasa Thai sebagai tanda waktu solat dan sebagaianya , saya begitu teruja kerana kepekaan masyarakat lokal kepada persekitaran.saya rasa tidak menjadi kerugian menggunakan bahasa cina sebagai penunjak jalan/arah.Dalam sejarah islam mengambilkira unsur tempatan sebagai contoh mesjid-mesjid dibina bwerdasarkan rekabentuk lokan bukanya arab/timur tengah contoh mesjid di Indonesia mengambil unsur hindu dan senibina dan ini jauh berbeza dengan kristian yang membina church mereka dengan rekabantuk Barat.sudah pasti orang tempatan akan lebih dekat dengan budaya mereka.Saya rasa sudah sampai masa kita lebih terbuka dan toleran.Pru 12 menunjukkan bahawa orang melayu ,cina dan india boleh bersatu walaupun matlamat yang berbeza.
sekian.
jgn layanlah tuntutan2 yg tak relevan macam ni... cukup2 lah... DAP memang talam dua muka!!!
Pemimpin Melayu/Islam lemah, sudah berkali kali kaffir mencuba serta menghina tapi senyap aje...provokasi demi provokasi di jalankan tapi senyap juga malah ada yang menyanjung kononnnya pemimpin DAP nak ikut Uamr Abd Aziz? Takkan ank kena tipu memnajang? Kena tipu oleh UMNO sekarang DAP?
aku dari dulu lagi benci dengan DAP. Sokong PAS ajer sokmo-sokmo.
Di kedah, walaupun telah ditadbir oleh PR terutama sekali PAS, mengapa kerajaan neg tak buat perubahan dlm hal2 penting cthnnya khutbah jumaat, kawasan kbg pasu ni masjidnya khutbah sama saja dr zaman amno, memanjang khutbah tah apa2 karangan siapa pun tak tau.. tok imam tu agaknya baca teks saja, ada sekali je khadi daerah ini bagi khutbah yg mungkin dtg dr khadhi sendiri, barulah rasa perbezaannya, baru semangat dan menyentuh hal2 yg penting. Kenapa kerajaan PAS tak ambil berat ni? tidak tegas dalam menyampaikan dakwah dan informasi kpd rakyat, tumpang ada peluang, nanti kalau peluang terlepas, dah tak guna dah!
Menang sorak kg tergadai
Saya sedih dengan blog adik yang selalu menghentam DAP. Kalau cakap tentang Melayu dan Islam, semua nya betui. Papan tanda dalam bahasa Cina dan Tamil, satu permintaan. Apa salahnya? Kalau kamu tau bahawa Malaysia terdiri dari berbilang kaum, janganlah minta Negara Islam. Buatlah di Kelantan. Takde orang yang akan protes. jangan main api...
romeo, negara islam itu penting sebab itu tujuan aku hidup, yakni menjadi hamba kepada pencipta aku, sebab kalau nak memperjuangkan islam kami sanggup mati, sebab tak payah hidup didunia yang fana ini, cuma kami tak boleh bunuh diri, selagi hidup kena kerja cari rezki tapi kalau ada peluang untuk mati kami akan pilih untuk mati yakni mati syahid( mati menegakkan agama allah)
Memang negara kita berbilang kaum dan banyak bahasa. Kita tak nafikan tapi bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi negara dan islam tu agama rasmi negara. Setiap warga Malaysia wajib berbahasa Malaysia. Dah lama kita merdeka. Ni bukan cite pasal racist tapi hormat.Saya tak nampak kaum lain nak hormat bahasa melayu terutama kaum cina ni yang selalu meremehkan orang melayu.
PP tu mmg la majoriti cina tapi mereka rakyat Malaysia, alasan untuk pelancong asing dari negara China amat tak munasabah melainkan ramai warga China yang duduk secara haram disitu. Kita kena gesa pihak polis dan imegresen untuk memeriksa identiti klau tak percaya. Tak mustahil pun. Akan datang kalau kita lalai dan lemah dengan tuntutan mereka, bahasa inggeris jadi no1, mandarin no 2 dan bahasa melayu jadi keranda 152. Skrg pun dah dengar nak minta keja kena tau bahasa mandarin dengan alasan boleh berurusan dengan negara China.Mmg tak salah tapi dimanakah bahasa kebangsaan?
Bismillah, bagi saya. Tidak ada salahnya kalau dituruti permintaan sebegini selagi ianya tidak ada unsur-unsur kerosakan aqidah. Sebagai pemimpin tunaikanlah permintaan rakyat selagi permintaan itu boleh mengembirakan mereka selagi mana ianya tidak memudharatkan negara. Bukankah itu sikap yang patut ada pada pemimpin islam. Hentikanlah terlalu mementingkan kemelayuan, kita ummat melayu yang beragama islam, kita dilahirkan untuk sama2 memberi kebaikan untuk ummat manusia, berkorbanlah hatta diri kita sendiri selagi pengorbanan kita untuk mengajak manusia kepada Allah yang esa.Saya yakin jika ada tolak ansur pada perkara sebegini maka akan ada juga tolak ansur dari bukan islam untuk cuba memahami islam. Bukankah itu suasana yang ingin kita lihat?seterusnya mereka dapat menerima islam sebagai jalan kehidupan untuk sama2 kita jalani.
aku tak setuju guna pelbagai bahasa...berdasarkan kaum...kalau kat malysia ni ade 10 kaum maka 10 bahasa kita nak tunjuk atas signboard tu...`not peaktikal` ler kawan2...
alasan pelancong tu tak masuk akal...kita kene tunjuk bahawa imej kita bahasa melayu...dah datang melancong kene ler banyak bertanya...kalau kita pi negara china..ade tulisan melayu?...huh...
dalam hal seperti ini kita kene bertegas...bahasa melayu sebagai bahasa rasmi...gunakan sahaja bahasa melayu...malaysia akn hilang identiti sekiranya idea ini di`implement`kan...
perkara remeh ni tak perlu diperbesarkan...kekalkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan...
malaysia tanah air ku...
slm...
bagus jugak kalau YDP MPSP tu tegur YB Teoh bahawa galakkan menggunakan bahasa2 selain BM adalah untuk rakyat Msia, dan bukan utk pelancong2 yang dtg mungkin sekali seumur hidup ke Pulau Pinang tu! Kadang2 akal mampu mendahului Perlembagaan dlm berhujah...
Post a Comment