Asal-usul isu “Ketuanan Melayu”
Apa yang saudara rasakan apabila kita menyebut berkenaan “Ketuanan Melayu”?
Mungkin ada diantara kita yang tidak berapa ambil pusing malah memandang kecil dan tidak significant isu ini. Mungkin ada yang merasakan ia lebih berbau perkauman harus dilarutkan dengan perkembangan semasa. Dan mungkin juga ada yang merasakan ianya penting dan perlu dipertahankan.
Saya adalah seorang Melayu yang beragama Islam, hidup dan dibesarkan dalam keluarga Melayu dan sudah semestinyalah terdedah dan sering diberitahu dan berbincang berkenaan perkara ini. Walaupun demikian saya sebagaimana yang lain tidaklah hidup dalam kepompong kemelayuan semata-mata, realiti negara kita yang berbilang kaum mengakibatkan terpercik dan tercelup hubungan dan interaksi dengan kaum-kaum lain dalam negara.
Ringkasnya kita akur dan berbangga sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, dan dalam waktu yang sama merai dan menghormati kehadiran kaum-kaum lain sebagai rakan-rakan sewarganegara.
Lantas apabila ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mengemukakan soalan berikut di Dewan Rakyat, apa agaknya reaksi anda?
Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang beliau ambil untuk memupuk objektif Bangsa Malaysia sejajar dengan Wawasan 2020 memandangkan masalah polarisasi kaum kini semakin memburuk berikutan dengan bunyi riuh komunal mengenai “ketuanan Melayu” atau “kedaulatan Melayu”.
Apa yang anda faham dengan konsep “Ketuanan Melayu” yang dijaja sejak sebelum Merdeka apabila datuk-nenek kita mula menerima rakan-rakan dari Cina dan India yang datang berhijrah ke Tanah Melayu sebagai sebahagian dari mereka? Ianya mempunyai rantaian sejarah yang panjang sehingga akhirnya atas semangat persaudaraan, tolak-ansur dan berbaik sangka orang-orang Melayu bersedia bukan hanya menerima rakan-rakan bukan Melayu tadi sebagai warganegara yang setaraf dengan mereka malah nama Tanah Melayu pun diubah dari Malaya dan kini Malaysia untuk melambangkan penerimaan orang-orang Melayu terhadap rakan-rakan baru mereka ketika itu. Sesungguhnya banyak “adjustments” telah dibuat oleh orang-orang Melayu yang berkorban demi berkongsi tanah air ini dengan rakan-rakan baru mereka.
Adakah menyorot kembali persitiwa sejarah ini menjadikan saya seorang yang komunal, racist, asobiyah (yang sering disalah erti) atau seorang Muslim gred rendah? Saya rasa tidak kerana apa yang dinyatakan di atas adalah sejarah, dan saya yakin wakil Ipoh Timur juga insaf dan sedar akan hakikat itu.
Memang selama ini isu “Ketuanan Melayu” ini banyak dimain oleh Umno kerana Umno menganggap hanya mereka satu-satunya parti yang membela bangsa Melayu. Ketuanan Melayu bukan bikinan dan milik Umno, Ketuanan Melayu adalah satu tuntutan sejarah yang lahir sebagaimana digambarkan di atas. Seorang yang menyentuh isu Ketuanan Melayu, tidak menjadikan ia Umno sebagaimana Ketuanan Melayu itu sendiri bukan hak dan kepunyaan Umno semata-mata.
Lalu membangkit dan mempertikaikan apalagi menuntut untuk dihapuskan sama-sekali apa yang telah dibina oleh sejarah peradaban bangsa kita ini, saya kira bukan hanya akan mencetuskan ketidakselesaan, kebimbangan dan mungkin juga kemarahan orang-orang Umno, tetapi sebenarnya menusuk dan menikam hati kecil semua orang-orang Melayu yang sebenarnya telah banyak berkorban untuk mewujudkan apa yang kita ada pada hari ini.
Apa dia Ketuanan Melayu iu sebenarnya?
Banyak perbahasan dan forum telah membincangkan isu ini, namun tiada pentafsiran yang jelas dan boleh diterima semua, ia kelihatans erring berubah-ubah. Orang Melayu dari segi sejarahnya bersedia menerima rakan-rakan baru tadi, tetapi tidaklah sampai keperingkat menghakis dan memadamkan identiti mereka sebagai anak-anak asal bumi ini. Mereka bertolak-ansur, tetapi mereka juga menuntut jaminan bahawa hak dan status mereka tidak sekali-kali akan hapus. Kerana itu Perlembagaan Negara menggariskan beberapa peruntukkan yang menjamin kelangsungan ini termasuklah dalam bab Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu, hak istimewa orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu malah sehingga perlembagaan negeri-negeri menetapkan yang Ketua Negeri yakni Menteri Besar mestilah dari kalangan orang-orang Melayu.
Umno mungkin telah menakut-nakutkan bangsa lain atau memberikan gambaran hodoh selama ini berkenaan konsep ini, itu masalah mereka. Tetapi saya yakin orang-orang Melayu belum bersedia sampai keperingkat menidakkan konsep ini dan menggantikannya dengan konsep yang sebagaimana dibayangkan oleh wakil Ipoh Timur itu.
Kita sudah hidup lebih 50 tahun dalam Malaysia yang merdeka ini, konsep ini dan segala apa yang terkandung dalam Perlembagaan Negara dan amalan serta adat-budaya kita sudah pun dihadamkan oleh semua, apakah yang penting sangat sehingga kita menuntut untuk menghapuskan apa yang telah dibina dari persepakatan datuk-nenek kita dahulu itu?
Saya tertarik membaca satu artikel berkenaan isu ini yang ditulis oleh Uncle Husein (dalam bahasa Ingeris), anda mungkin bersetuju dengannya dan mungkin juga tidak, berikut petikannya:
Accepting Ketuanan Melayu, meaning to accept Malay leaders or to prioritize Malay leaders in states or national government actually are not supposed to bring any harm to other races and religions. To agree with Ketuanan Melayu just means to respect Malays and their late forefathers who are the native races in Tanah Melayu. Therefore, Malay culture and their official religion (Islam) are given special rights and protection in Malaysia. Ketuananan Melayu does not block the freedom of cultural and religious practices in Malaysia. The history has proven that Christianity, Buddhism and Hinduism are freely practiced until now in Malaysia. (Exclusion: No Muslims can religious convert) Religious tolerance is very well practiced. Moreover, academic and economic opportunities are given to all races in Malaysia. Everyone can be educated and rich as long as they make efforts. Ketuanan Melayu does not harm non-Malays.
Juga beliau menulis:
Ketuanan Melayu is not UMNO’s creation or a play-play thing. The real symbols of Ketuanan Melayu which still exist until these present day are the continuity of hierarchy of Raja-Raja Melayu in every state excluding Pulau Pinang, Negeri Sembilan and Melaka. The existence of the position of Raja-Raja Melayu until now resulted from the efforts of Malay people to sustain their cultural heritage. Every Raja Melayu is the head of Malays in the state, represents the community of Malays and their privileges. This unique Ketuanan Melayu concept is what has maintained Islam as the official religion and give Islam a specialty in terms of governmental policy and mainstream media which other kinds of religions in Tanah Melayu don’t have. That is why only Islamic sermons are given special permission in the governmental and mainstream media. However, not to be mistaken, this specialty give to Islam (as a result of Ketuanan Melayu) doesn’t prohibit the spreading and practice of other religions in Tanah Melayu. Therefore, Raja-Raja have the honor right to elect someone right for Menteri Besar (eg: Perak, Terengganu, Perlis) and to ask for changes in the state governments in order to preserve the privilege of Islam and Ketuanan Melayu.Thus, questioning Ketuanan Melayu doesn’t mean to seek fight with UMNO Malays but actually to dispute the leadership and relevance of Raja-Raja Melayu. Once Ketuanan Melayu has been questioned and disputed by certain people, the whole Malays in Malaysia are involved regardless who they are whether PAS,PKR or UMNO. Raja-Raja Melayu represent Malays and All Malays stands behind the Raja-Raja Melayu as the symbol of Malay nativity, unless there are Malays now who disbelieve their kings and deny the relevance of Raja-Raja Melayu.
Saya merasakan apa yang ada ini sedikit pun tidak menganggu-guggat keselesaan rakan-rakan kita, apa lagi menyakit dan menyusahkan mereka. Hargailah warisan sejarah kita dan perjuangan mereka yang terdahulu. Marilah bersama kita bina Malaysia yang sejahtera dan maju berdasarkan apa yang telah sedia ada dan akan kita pertahankan bersama.
9 comments:
assalamualaikum,
apa resources yang bro roslan recommend utk refer mengenai 'ketuanan melayu'? i'm still searching some books about that. saya berada di north america. kadang2 macam menjadi satu 'fitnah' kpd saya bila comparekan political situation di us dan malaysia. mereka ada sifat2 yg islam tekankan teramat sangat. mereka hormat constitution, right, liberties and justices. tak lupa juga bahawa tiap2 perkara itu ada boundaries, ada scope2nya. eg "freedom of choice? how about that freedom harm another humankind?". mereka ada 'check and balance' yang kuat. keadaan kita di bawah pentadbiran so-called 'islam hadhari' nie terbalik pula jadinya. apa buku2 yang boleh saya refer utk dapatkan gambaran tepat 'ketuanan melayu' nie? entry bro dapat berikan insight, but i need more detail. thanks. wassalam..
ISLAM kuat, sesuatu bangsa itu akan kuat, ingat janji ALLAH swt.Sejarah sudah terbukti. Percayalah kawan2 sekalian!!!!
Sdr. Roslan,
Memang benar ketuanan Melayu telah wujud sejak zaman dahulu lagi, tetapi orang Islam kita pun terkena juga. Jangan cakap pasal projek, hak untuk melanjutkan pelajaran pun masih diberi kouta, awat orang Melayu kita ni tidak cerdikkah sampai perlu diberi kouta baru boleh jadi doktor, jurutera dsbnya. Begitu banyak sekolah asrama penuh yang kita dirikan tidak dapat mencari Melayu yang cerdik. Ini yang menghairankan saya? Sekali lagi saya ingin mohon pada Sdr Roslan, sebagai seorang muslim, perjuangkan agama kita daripada bangsa kita. Matinya kita nanti tidak akan ditanya keturunan kita tetapi agama kita. Allahuakbar.
Setuju 90 %. Semoga tuan terus bercakap tanpa takut dalam mempertahankan dasar DAP yang belum sesuai dilaksanakan. Macam DAP kata Negara islam belm sesuai dilaksanakan.Ikut hati patut keluar ja pakatan dengan DAP. tapi demi maslahat, kena la jaga juga
sergah jer DAP tu semua. bg tgk skit berani takat mana. takat baru menang satu negeri dah belagak.
salam,
to certain extend,. roslan tidak dapat lari dari hati nasionalis melayu yg telah lama dipupuk.
All Malays stands behind the Raja-Raja Melayu as the symbol of Malay nativity >> saya bersama raja adil cuma tak le sampai mengatakan 'raja adil disembah'. kalau raja zalim, raja disanggah. tapi saya kurang selesa dengan raja penghabis duit rakyat.
menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan pemerintah terdiri dari melayu islam dan pembangkang juga melayu islam. dan ketuanan melayu tidak bermakna menafikan hak kemanusiaan bangsa lain. Kalau itu yg dimaksudkan maka ketuanan melayu itu tidak sesuai dgn konsep islam. Ya, kita tahu bangsa lain mungkin tidak bersedia untuk membantu kita melayu islam, dengan alasan alasan mereka, tapi kita terikat dengan perjanjian dgn Allah dalam aspek keadilan sesama manusia. tapi pokoknya menjadikan pemerintah yang kuat dari orang islam dan pembangkan yang kuat dari orang islam adalah satu prioriti. Isu ketuanan melayu hanya timbul setiap kali umno mghadapi masalah!
Ketuanan Melayu hanyalah slogan UMNO. Apa guna slogan jika tidak ada keadilan. Setiap manusia ada hak. Allah itu mempunyai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Kita jangan pula pandai-pandai hanya orang Melayu ada hak memerintah. Yang menentukan hanya Allah. Kita mesti terus berusaha supaya adil kepada semua rakyat.
saya terbaca dlm majalah baru2 ni, kata Tok Guru Nik Aziz beliau akan benarkan cina muslim menjadi ketua menteri di kelantan jika ada yg benar2 layak..mana yang lebih penting,perjuangan bangsa atau perjuangan agama..
a'kum,
Saya ahli umno dan tidak bersetuju dgn Pas dalam banyak perkara. Kali ini saya bersetuju dengan saudara roslan mengenai ketuanan melayu dan bersetuju bahawa ketuanan melayu menjadi bukan hak milik umno sahaja. kelantangan dap mempertikaikan keistimewaan Islam dan Melayu di negara seperti mencabar maruah seluruh orang melayu.
Pada saya setiap parti politik mempunyai agendanya tersendiri. Tapi sabagai salah satu parti perkatan rakyat saya harap pas lebih langtang apabila isu keistemewaan Islam dan Melayu di cabar oleh DAP.
Bukan hendak menjadi batu api dan bukan bercakap atas kapisiti sebagaii ahli umno tetapi sebagai orang melayu islam yang bimbang dengan kebangkitan masyarikat cina yang inginkan kesamarataan dalam semua hal walaupun ia memcabar maruah melayu dan islam.
wsalam..
-melayutara
Post a Comment