Thursday, September 01, 2005

Merdeka: Dr Lo lo dilarang ke HKL, Mufti Perak dilarang ke Selangor

Semalam seluruh warga Malaysia dengan gembira dan bangga merayakan ulangtahun ke 48 kemerdekaan negara. Sudah masuk tahun ke 48 negara bebas dari jajahan mana-mana kuasa asing dan tampuk kekuasaan dalam negara telah diserah kembali kepada tangan anak-anak bangsa.

Dalam kita menikmati erti kemerdekaan rupa-rupanya samada kita sedar ataupun tidak mentaliti dan sisa-sisa peninggalan penjajah masih berdaki dan berkurap ditubuh beberapa kerat dari kalangan kita.



Baru-baru ini ada laporan mengatakan bahawa SS Mufti Perak tidak dibenarkan menghadiri satu majlis forum di negeri Selangor. Alasannya kerana komen dan pandangan beliau dikira keterlaluan dan tidak selari dengan hasrat kerajaan negeri.

Tokoh agama yang dilantik oleh Sultan dan kerajaan negeri sungguh pun bernaung di bawah kerajaan persekutuan, namun kebebasannya seolah-olah kini disekat. Seorang ilmuan sudah tidak bebas bergerak dalam negaranya sendiri, dan baru semalam kita terpekik-terlolong menlaungkan kata-kata keramat MERDEKA!

Semalam saya menerima salinan surat Dr Lo lo bt Dato Ghazali (yang ditujukan kepada Pengarah HKL) Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang telah menganjurkan Program Piknik dan Ziarah Merdeka Wanita BA baru-baru ini bersempena ulangtahun kemerdekaan negara. Salah satu acara program tersebut adalah menziarahi para pesakit di Hospital Kuala Lumpur ataupun HKL.

Malangnya disaat-saat akhir menurut Dr Lo lo Pengarah HKL telah memaklumkan bahawa kebenaran tidak dapat diberikan. Alasannya ARAHAN DARI PIHAK ATASAN.

Di dalam surat terbukanya Dr Lo lo menyebut:

Adalah amat dikesalkan semasa perayaan merdeka pihak Tuan masih tidak bebas dan tidak merdeka lagi dari mentaliti yang dijajah sehingga membuat keputusan menolak permohonan rasmi lawatan dan sumbangan cenderahati dari pimpinan parti politik yangberfdaftar secara sah di Malaysia.

Demikianlah keadaannya dalam negara Malaysia merdeka pada hari ini. Anehnya kalau kita amat-amati, senarai kes-kes yang seumpama ini sebenarnya apabila dikumpulkan boleh berjela-jela jadinya. Kita belum lagi membincangkan darihal tahanan politik yang ditahan tanpa bicara, sekatan-sekatan lain yang dikenakan terhadap parti-parti politik, akhbar dan lain-lain.

Kesimpulannya benar kita telah 48 tahun merdeka, namun realitinya kita masih jauh dari suasana merdeka dalam erti kata yang sebenarnya. Negara telah 48 tahun bebas merdeka dari kuasa penjajahan, namun rakyat berterusan dikenakan sekatan dan tekanan kerana para penjajah tadi telah mewariskan anak-anak didik mereka untuk meneruskan kuasa di tanahair tercinta ini yan sekulit dan sebangsa dengan kita.

Aduhai Merdeka...

No comments: