Langkah segera kerajaan:
Rakyat jimat tetapi rugi?
Biasalah hari ini satu Malaysia akan berceloteh tentang langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan semalam bagi meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak.
Ada yang bersetuju, ada yang tidak, ada yang kata banyak lagi boleh dilakukan, ada yang sudah berpuas hati, demikianlah pelbagai perbezaan pandangan yang akan kita terima, kerana masing-masing melihat dari sudut dan perspektif yang berbeza-beza.
Bagi saya samada langkah-langkah ini benar-benar satu penjimatan atau sebenarnya sekadar mengurangkan kerugian terpulanglah kepada cara pendekatan dan gaya hidup masing-masing. Saya sendiri mengira ianya sekadar mengurangkan kerugian terhadap kos perbelanjaan harian yang sedia terjejas ekoran kenaikan petrol sebanyak RM0.20 sen seliter bagi tahun 2005 ini sahaja. Namun rugi tetap rugi.
Katakanlah saya secara purata mengisi petrol sebanyak RM10.00 sehari. Bermakna sebelum kenaikan di atas setiap hari saya mengisi 7.04 liter (harga 2004 - RM1.42 seliter) petrol ke dalam tangki kenderaan saya. Hari ini dengan RM10.00 saya sekadar mendapat 6.17 liter (harga kini RM1.62 seliter) petrol iaitu pengurangan sebanyak 0.87 liter.
Nilai 0.87 liter petrol pada harga pasaran hari ini adalah RM1.41 sen. Bermakna setiap hari saya kerugian RM1.41 sen. Sebulan ataupun 30 hari saya kerugian RM42.30 sen dan setahun ataupun 12 bulan saya akan kerugian RM507.60 sen!
Itu baru sekadar purata pengisian petrol sebanyak RM10.00 sehari.
Baik, kalau kita bandingkan kerugian di atas dengan pengurangan harga cukai jalan sebagaimana yang diumumkan kerajaan semalam, bagaimana?
Katakanlah kereta saya berkuasa 1,200 cc bermakna berdasarkan kadar cukai jalan yang baru ini saya cuma akan dikenakan cukai sebanyak RM90.00 berbanding RM180.00 sebelum ini. Iaitu penjimatan sebanyak RM90.00 setahun.
Sekarang kita padankan kedua-duanya. Dengan kenaikan harga minyak ini kerajaan telah mengurangkan cukai jalan dan saya untung RM90.00 setahun. Akan tetapi hasil dari kenaikan itu juga bermakna saya kerugian RM507.60 sen setahun kiranya saya mengisi purata RM10.00 sehari petrol.
Kesimpulannya RM507.60 tolak RM90.00 bermakna walaupun kerajaan menurunkan kadar cukai jalan kenderaan saya namun saya akan tetap menanggung kerugian sebanyak RM417.60 setahun. Demikianlah realiti kehidupan seorang warganegara Malaysia kelas pertengahan.
Bayangkan apa yang boleh saya buat dengan RM417.60 jika saya datang dari keluarga kelas menengah ataupun rendah.
Kerana itulah kalau kita tolak komen-komen mereka yang keliru atau buat-buat keliru (termasuklah yang kaki ampu) dalam akhbar THE STAR hari ini contohnya, kita akan dapati ada juga yang secara jujur memberikan komen yang berasas berdasarkan realiti hidup masing-masing. Antara lain seorang bernama Faeez Rahman, 28 yang berkata:
The money we save on tax will not make up for how much we have to spend on petrol.
(Wang yang jimat dari cukai (jalan) ini tidak akan bermakna berbanding jumlah yang terpaksa saya belanjakan untuk petrol).
Lirong Abit, 28 said that although it was a good move by the government it would not really make a difference to people who owned small cars and motorcycles as they would still need to fork out more money for petrol.
(Lirong Abit, 28 berkata walaupun (langkah kerajaan itu) sesuatu yang baik namun ia tidak banyak membawa perbezaan kerana bai mereka yang meiliki kereta yang kecil ataupun motorsikal, mereka masih perlu mengeluarkan lebih wang untuk petrol.)
Terima kasih kerajaan, walaupun kami rakyat jelata dapat berjimat namun sebenarnya kami tetap rugi, entahlah.
No comments:
Post a Comment