Nyamuk diseberang lautan di selar oleh Dr M
(Maaf panjang lebar sikit coretan ini kerana demikianlah jadinya apabila sahaja membicarakan kisah Tun Dr M)
Sesuatu yang sungguh sensasi berlaku semalam. Ketika bekas PM Dr Mahathir menyampaikan ucapannnya di Persidangan Hak Asasi Manusia anjuran SUHAKAM, beberapa diplomat asing termasuklah Duta Besar Amerika Syarikat, Pesuruhjaya Tinggi Britain serta Duta-duta Besar Hungary dan Belanda telah bertindak keluar dari dewan persidangan apabila tidak senang dengan kandungan ucapan beliau.
UTUSAN membawa tajuk di muka depannya:
Dr Mahathir selar Barat, diplomat asing keluar dewan
THE STAR melaporkan Dr M sebagai berkata:
The British and American bomber pilots (in Iraq) came unopposed, safe and cosy in their state of the art aircraft, pressing buttons to drop bombs to kill and maim real people who were their targets, just targets. And these murderers for that is what they are, would go back and celebrate mission accomplished.
Juruterbang jet-jet pejuang Amerika dan Britain dating (ke Iraq) tanpa sebarang tentangan, dalam keadaan selamat dan selesa dalam pesawat canggih masing-masing. Mereka sekadar menekan butang untuk menggugurkan bom-bom yang membeunuh dan mencederakan rakyat yang dianggap sebagai sasaran mereka semata-mata. Dan pembunuh-pembunuh ini, memang mereka layak digelar pembunuh, akan pulang ke tempat masing-masing dan meraikan kejayaan misi mereka.
Dr M ketika diminta reaksi beliau terhadap tindakan para duta yang keluar dewan itu berkata:
Saya mempunyai hak untuk memberi pandangan mengkritik mereka (AS dan Britain) atas tindakan pilih kasih mereka. Mereka perlu mengiktiraf hak saya untuk memberi pandangan. Jika mereka tidak membenarkan saya memberi pandangan tentang perbuatan mereka, ini bermakna mereka menafikan hak saya untuk bersuara.
Saya pada mulanya tidak tahu samada perlu bersorak atau menangis, memang hebat dan sensasi Dr M ini tambah-tambah pula apabila tidak lagi menjadi PM. Hari demi hari beliau telah mencetuskan pelbagai kontroversi yang telah mengakibatkan beberapa pihak termasuk kerajaan sendiri senak perut dan gelabah.
Bagi Dr M, pastilah tindakan beliau itu sesuatu yang sungguh bermakna. Bagi pihak-pihak seperti UTUSAN dan mereka yang sealiran dengan Dr M, pasti menganggap pidato Dr M itu kena pada sasarannya, memang patut dan padan muka.
Dalam hal ini mungkin kita bolehlah bersetuju dan turut berbangga kerana Dr M telah melakukan sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh orang lain, kalau pun ada yang berani tetapi barangkali tidak akan diberi kesempatan sebagaimana Dr M iaitu berucap di hadapan para perwakilan dunia.
Cuma bila kita berbicara tentang pencabulan hak asasi ini kita tidak boleh sekadar melihat kepada suasana luaran semata-mata. Amerika dan Britain memang pencabul dan penyanggak besar, itu tak dapat dinafikan, tetapi mereka berperanan di peringkat antarabangsa. Bagaimana pula dengan peringkat lokal atau dalam negara?
Kita pernah memiliki seorang PM yang walaupun tidak menguggurkan bom dan membunuh rakyatnya sendiri namun menurut rekod juga seorang pencabul hak asasi dan seorang penyanggak yang biadap lagi zalim.
Bekas PM ini telah menggunakan dengan sewenang-wenangnya Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun ISA, undang-undang zalim yang memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa sahaja untuk tempoh masa yang diperlukan tanpa perlu dibicarakan di mahkamah terbuka. Beratus rakyat Malaysia terutama yang mengkritik dan bersetuju dengan beliau telah dihumban ke kem tahanan melalui akta zalim ini.
Pada 27 Oktober 1987 contohnya melalui Operasi Lalang, beliau yang ketika itu PM, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman telah menahan lebih dari 119 orang aktivis maysrakat dan ahli politik termasuk Ketua Pembangkang di Parlimen dan wakil-wakil rakyat kerana kepentingan politik beliau. Mereka ini ada yang disiksa dan diperlakukan di luar batas perikemanusiaan ketika berada dalam tahanan.
Kemudian pada 8 Ogos 1988 bekas PM itu juga menjadi PM yang pertama dalam sejarah Malaysia terlibat dalam memecat Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Salleh Abbas dan Hakim-hakim Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Datuk George Edward Seah. Beliau telah membentuk sebuah tribunal yang cacat yang telah mendengar pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas dan akhirnya berjaya mendapatkan restu Yang Dipertuan Agung ketika itu untuk memecat Tun Salleh dan kemudiannya dua lagi hakim berkenaan.
Sistem kehakiman Malaysia dipertikiakan oleh rakyat dan dunia ketika itu akibat tindakan pencabulan itu. Almarhum Tunku Abdul Rahman di dalam kata-kata aluannya kepada buku May Day for Justice karangan Tun Salleh dan K Das membayangkan suasana kekangan dan kezaliman ketika itu:
That the Lord President was wronged was obvious not only to the intellectuals in the country and many countries abroad but also to the average man in Malaysia. I myself repeatedly objected to the action against the Lord President and the way the tribunal to remove him was conducted. There were great many protests by many learned men and women against the action by the government, but these were ignored by the authorities as well as the frightened press and mass media.
Kezaliman terhadap Ketua Hakim Negara itu begitu ketara bukan hanya dikalangan para intelek dalam negara dan dunia luar malah juga dikalangan rakyat kebanyakan. Saya sendiri telah berkali-kali menetang tindakan yang diambil terhadap beliau dan cara perjalanan tribunal yang dibentuk untuk memecat beliau. Terdapat banyak bantahan dari kalangan cerdik pandai terhadap kerajaan dalam hal ini, akan tetapi ianya tidak dipedulikan oleh pihak yang berkuasa termasuklah oleh akhbar dan media massa yang berada dalam ketakutan.
Ini tidak termasuk pelbagai lagi pencabulan yang besar-besar termasuk menekan dan menindas kerajaan-kerajaan negeri yang tidak sealiran dan sefahaman dengan beliau umpama kerajaan PBS di Sabah dan kerajaan PAS di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Menafikan parti-parti politik pembangkang hak untuk bersuara dan berkumpul. Menekan dan mengharamkan akhbar-akhbar termasuk menyekat dan mengawal pengeluaran akhbar parti politik.
Juga memecat, mengaibkan dan kemudiannya menzalimi bekas TPM beliau dan para pengikut serta penyokongnya. Dato Seri Anwar telah dipukul, dinafikan hak untuk dijamin sementara menunggu keputusan mahkamah.
Senarai pencabulan bekas PM ini jika mahu dicatakan satu persatu akan mengambil ruang yang begitu besar, namun itulah hakikatnya.
Mengapa dalam hal ini kita lupakan sama sekali rekod si pencabul ini? Tangan kotor beliau masih busuk dan berpalit najis, namun beliau masih bebas ke sini sana dan yang anehnya tiba-tiba mahu menjadi juara hak asasi manusia!
Tahniah Dr M kerana berani mengkritik dunia Barat secara terbuka, satu tindakan yang tidak dapat dilakukan oleh para pengkritik anda satu ketika dahulu melainkan anda akan mengambil tindakan terhadap mereka. Berhati-hati takut gajah di depan mata yang anda tidak nampak itu satu hari akan bertindak menghempap batang tubuh anda.
No comments:
Post a Comment