Sejarah kemerdekaan negara yang senagaja digelapkan
(Bahagian III)
Umno ditubuhkan pada tanggal 11 Mei 1946, namun ramai yang tidak ketahui bahawa Umno itu asalnya merupakan sebuah badan yang menggabungkan hampir 50 buah badan, pertubuhan dan persatuan-persatuan dari seluruh ceruk rantau tanahair. Berkumpul bagi satu tujuan khusus iatu menentang penubuhan Malayan Union.
Ahmad Boestamam menukilkan di dalam Merintis Jalan Ke Puncak:
Belum pun beberapa hari markas PKMM dipindahkan ke Kuala Lumpur ia telah menerima undangan untuk menghantarkan perwakilannya ke dalam sebuah kongres badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan Melayu se Malaya bagi membentuk sebuah gabungan besar yang akan dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang akan berjuang menentang Malayan Union.
Menurut rekodnya PKMM telah hadir dalam kongres yang telah diadakan pada 1 Mac 1946 dengan diwakili oleh Dr Burhanuddin al Helmy. Usul yang telah dibawa oleh PKMM di dalam ongres tersebut berbunyi:
Menolak Malayan Union dan atas runtuhannya ditegakkan Malaya yang mErdeka seratus peratus.
Malangnya usul ini telah ditolak.
PKMM terus mengambil bahagian di dalam badan ini sehinggalah ke tarikh Umno ditubuhkan secara rasmi. Ini bermakna sebagaimana dicatatkan oleh Boestamam:
Dari hakikat ini memang tidak salah kalau dikatakan bahawa salah satu badan yang menjadi pengasas Umno ialah PKMM dan wakil serta tokoh PKMM yang hadir dalam kongres ini merupakan juga antara tokoh-tokoh pengasas Umno.
Dalam hal ini tahukah kita bahwa bendera merah putih Umno hari ini sesungguhnya lahir dari cadangan yang dibawa oleh PKMM. Cuma PKMM mahukan Sang Saka Merah Putih sahaja, usul PKMM ditolak dan akhirnya yang terbit kekal sehinggga hari ini adalah bendera Umno yang ada (Sang Saka Merah Putih tetap merupakan warnanya) dengan dimuatkan keris terhunus ditengah-tengah.
Semasa berucap mengisytiharkan keluarnya blok PKMM dari gabungan Umno, Boestamam menyebut:
Perbedaan pandangan politik diantara Umn dan PKMM sekarang sudah jelas jauh bertentangan. Sementara kita mahu kemerdekaan seratus peratus bagi Malaya, Umno hanya mahu kembali kepada status quo sahaja. Kerana perbedaan pandangan politik ini lambat laun kita akan berpisah juga dengannya.
Beza ketara antara Umno dan PKMM adalah bahawa PKMM telah mengambil slogan Merdeka ketika Umno sekadar baru belajar melaungkan slogan Hidup Melayu!
No comments:
Post a Comment