Pemuda Umno mohon maaf pada Pemuda MCA
Isunya pimpinan tertinggi Pemuda Umno samada Ketua ataupun Naibnya kedua-dua tidak hadir sewaktu Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA Khamis lalu. Pemuda Umno sekadar diwakili oleh pimpinan bawahan dan ini dianggap seolah-olah isyarat adanya pulau-memulau antara kedua-dua rakan karib dalam komponan BN ini.
Samada berkebetulan ataupun tidak, perwakilan Pemuda MCA semasa sessi perbahasan telah mengkritik Pemuda Umno khususnya ketuanya Hishamuddin Tun Hussien.
Salah seorang daripadanya adalah wakil Melaka Tai Boon Hock yang dilaporkan telah menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila katanya terdapat seorang pemimpin Pemuda Umno yang dengan keris terhunus di tangan telah melaung-laungkan semangat hak Melayu semasa berucap.
Kata Tai seorang pemimpin tidak sepatutnya menghunus keris di tangan sambil membakar sentiment perkauman semata-mata kerana mahu menonjolkan diri sebagai seorang juara. Kata Tai lagi bayangkan perasaan kaum lain jika beliau pula menghunus sebilah pedang hari ini?!
Kritikan pedas ini jelas ditujukan kepada Hishamuddin Tun Hussien yang telah menghunuskan keris ketika Persidangan Tahunan Pemuda Umno baru-baru ini. Dan Hishamuddin secara terbuka telah mengeluarkan ucapan yang boleh ditakrifkan sebagai membakar semangat dan api perkauman.
Belum pun sempat isu ini sampai kepengetahuan ramai (kerana liputan meluas sekadar dalam akhbar berbahasa Cina sahaja) tiba-tiba dilaporkan kedua-dua Hishamuddin dan Khairy (Naib Ketua Pemuda Umno) memohon maaf kepada Pemuda MCA kerana tidak menghadiri majlis perasmian mesyuarat mereka tempoh hari.
Alasannya Hishamuddin tak tahu yang Khairy tak tahu? Kata Hishamuddin beliau telah wakilkan Khairy, sedangkan Khairy tidak dimaklumkan tentang perwakilan itu. Mana satu yang betul entahlah. Apa yang mahu diperkatakan di sini keberanian Pemuda MCA mengkritik dan memperli Pemuda Umno yang nampaknya sekadar menikus diam, tiada respon.
Lain kali Hishamuddin jangan pegang keris lagi semasa berucap, peganglah tepak sirih atau sirih junjung, taklah Pemuda MCA marah-marah.
No comments:
Post a Comment