Wednesday, August 24, 2005

Putrajaya disalahguna untuk kempen Keng Yaik

Semalam Presiden Gerakan yang juga Menteri Tengaga, Air dan Komunikasi telah memanggil satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya. Dibelakang tempat duduk beliau, di pejabat Menteri, terpampang huruf:



2 or 9 years (2 atau 9 tahun)

Dalam sidang akhbar tersebut Keng Yaik rata-rata berkempen menjelaskan darihal pertandingan antara beliau dan Timbalannya Kerk Choo Ting bagi jawatan Presiden Gerakan hujung minggu ini.

Kata beliau kalau para perwakilan Gerakan mahu Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang kini untuk mengganti beliau menjadi Presdien Gerakan selepas dua tahun maka mereka perlu mengundi beliau kerana beliau akan melepaskan jawatan Presidennya itu selepas 2 tahun.

Akan tetapi jika para perwakilan mahu menunggu 9 tahun sebelum Koh menjadi Presiden maka undilah Kerk kerana Kerk mendakwa beliau akan menjadi Presiden untuk tempoh 3 penggal.

Lucu sungguh jadinya perebutan kuasa dalam parti kerabat BN ini. Tetapi ia bukannya isunya di sini.

Apa yang saya mahu bangkitkan di sini adalah Keng Yaik telah sewenang-wenangnya menyalahgunakan harta kerajaan, pejabat menteri, untuk berkempen! Jika sidang akhbar yang dipanggil semata-mata untuk isu parti yang tidak melibatkan rakyat jelata, maka sewajarnya Keng Yaik menggunakan premis lain dan bukannya pejabat menteri yang kos penyelengaraannya dibiayai oleh duit rakyat!

Rakyat jelata kecuali beberapa kerat yang kecil tidak berminat langsung tentang perebutan kuasa dan politik memburuk-burukkan sesama sendiri sebagaimana yang diamalkan secara terbuka oleh tokoh-tokoh Gerakan yang longgar akhlak ini.

Akhbar THE STAR memaparkan tajuk insiden buruk-memburuk dan jatuh-menjatuh dalam pertandingan Gerakan ini dengan tajuk:

Slanging match. Rival camps resort to running down each other.

Keng Yaik perlu diajar bahawa pejabat menteri sepatutunya hanya boleh digunakan untuk urusan resmi kerajaan sahaja, kalau yang lain maka eloklah gunakan premis parti atau persendirian, kecualilah beliau kini sudah terlalu kurang ajar.

No comments: