Thursday, August 11, 2005

Jerebu: Kehendak Allah yang tidak mampu ditolak

Menurut akhbar THE STAR hari ini indeks pencemaran udara ataupun API untuk Kuala Lumpur pada jam 5 petang semalam adalah 276 iaitu tahap tidak sihat. Manakala Shah Alam (349), Putrajaya (337) dan Petaling Jaya (304) semuanya telah mencecah tahap merbahaya iaitu melebihi 300.

Inilah kali pertama kerajaan mengeluarkan bacaan API ini setelah ianya dirahsiakan dizaman Dr Mahathir kononnya atas alasan tidak mahu menjejaskan kemasukan pelancong-pelancong asing.


Pagi ini nampaknya tidak ada banyak perubahan di KL. Saya tidak pasti bacaannya akan tetapi berdasarkan imej-imej berikut, ianya masih ditahap berbahaya rasanya.


KEADAAN DI DATARAN MERDEKA PAGI TADI

Sementara itu di sekitar Subang Jaya semalam, Allah swt menurunkan hujan ribut diikuti dengan hujan air batu ataupun hailstorm. Satu fenomena yang menakjubkan. Setelah diselubungi jerebu yang tebal sehingga beberapa sekolah di kawasan itu di tutup semalam tiba-tiba kira-kira jam 5.30 petang bunyi guruh yang kuat kedenganran diikuti dengan hujan rebut yang kuat sehingga menumbangkan beberapa batang pokok.


KETULAN AIS TURUN DARI LANGIT DI SUBANG JAYA

Hujan ini kemudiannya turut menaburkan ketulan-ketulan ais, subhanallah!

No comments: