Monday, August 08, 2005

Judi terus kita beri muka

Dalam keghairahan kerajaan memperomosikan jenama Islam Hadhari, tidak melesetlah jika ada yang memiliki persepsi bahawa komitmen kerajaan terhadap Islam samada pemahaman mahupun perlaksanaannya akan semakim rancak dan bersungguh-sungguh. Definasi rasmi yang diberikan berbunyi:

Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.

Manakala prinsip pertama dari 10 prinsip Islam versi kerajaan ini adalah:

Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.

Lantaran itu kita menganggap akan dibentuk dan dibinalah sebuah negara yang berpegang teguh kepada ajaran dan peraturan Islam. Tamadun Islam yang kita tahu menolak segala amalan dan peraturan jahiliyah yang bertentangan dengan Islam. Demikian juga tamadun Islam yang kita tahu terbina dengan penyuntikan dan pemberian nafas Islam ke dalam setiap aspek penghidupan rakyatnya termasuklah aktiviti sosial dan ekonomi menuju kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah Azzawajalla.

Begitukah Malaysia agaknya?

Akhbar THE STAR dalam ruangan STAR BIZ nya hari ini menonjolkan di muka depan tajuk:

BToto believed to have nod for new betting game

Menurut laporannya salah sebuah syarikat perjudian terbesar dalam negara iaitu Berjaya Sports Toto telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk mempromosikan satu lagi produk judi baru iaitu I Perm.



(Untuk rekod: lesen perjudian dikawal oleh Kementerian Kewangan. Menteri Kewangan Malaysia adalah PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam, UM. Tokoh yang memperkenalkan Islam Hadhari)

Menurut laporan akhbar itu lagi:

The launch of I Perm is expected to boost BTotos bottom line as the new service would likely draw more customers to its outlets and raise the betting amounts.

Bermakna dengan bermurah hati Kementerian Kewangan yang diketuai Pak Lah memberikan keizinan kepada syarikat judi ini untuk memperkenalkan satu produk judi baru bermakna lebih ramai lagi kaki judi dijangka mengunjungi kedai-kedai judi syarikat ini dan dengan itu perolehan syarikat dijangka bertambah.

Bagi tahun berakhir April 2005 Berjaya Sports Toto mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM488.4 juta dengan pendapatan sebanyak RM2.67 billion pada tahun itu.

Tidakkah sepatutnya negara yang mendakwa mahu membina sebuah tamaddun Islam itu jika tidak pun serta merta mengharamkan judi, mempunyai program berjadual kea rah pembenterasan aktiviti perjuadian yang jelas diharamkan oleh Allah swt itu.

Kalau masyarakat bukan Islam menuntut supaya industri judi ini diteruskan untuk mereka sekalipun, namun kerajaan Islam Hadhari sepatutnya tidaklah pula mengambil langkah menggalak dan menyuburkan lagi industrinya dengan memberikan pelbagai kelulusan baru seumpama ini.

Kalau demikianlah rupanya maka negara Islam Hadhari kita sebenarnya menggamit dan mengundang bala dan murka Allah bukannya rahmat dan barakah Nya.

No comments: