Isu AP : Kabinet gam Rafidah, Naza jual kereta curi
Sepanjang pengetahuan saya tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka seorang anggota kabinet tidak dibenarkan bercakap atau mengeluarkan kenyataan kepada media berkenaan hal ehwal kementeriannya.
Semalam sebagaimana dilaporkan oleh BULETIN UTAMA TV3 kabinet telah mengarahkan agar Rafidah Aziz Menteri Perdagangan Antarabangsa tidak lagi membuat sebarang ulasan ataupun kenyataan berhubung isu AP. Menurut maklumat mesyuarat kabinet semalam tegang apabila Rafidah para menteri kabinet tidak berpuas hati dengan penjelasan Rafidah.
Menurut THE STAR ramai anggota telah mempertikaikan penjelasan Rafidah, yang tidak banyak berbeza dari penjelasannya sebelum ini khusus semasa Persidangan Agung Umno yang lalu. Akhbar tersebut melaporkan:
She appeared to be combative and defensive. At some points during the meeting, there were exchange of words between her and some cabinet ministers.
Beliau kelihatan begitu bengis dan banyak bertahan. Dibeberapa ketika ketika semasa mesyuarat, berlaku pertikaman lidah antara beliau dan beberapa menteri kabinet.
Menurut NST beberapa anggota kabinet merakamkan kekesalan di atas sikap Rafidah. Selama 2 jam kabinet menumpukan perhatian atas isu ini semata-mata. Akhbar tersebut melaporkan seorang anggota kabinet sebagai berkata:
We were just not convinced by her explanation. And the worst thing was, she didnt seem to care whether we were convinced or not. It is as though she was right and all of us were wrong. That none of us know anything. This is sad.
Kami tidak yakin dengan penjelasan beliau. Dan yang paling malang sekali, beliau tidak peduli samada kami yakin ataupun tidak. Ianya seolah-olah beliau sahaja yang betul dan kami yang lain semua salah. Kami semua seolah-olah tak tahu apa-apa. Ini sungguh memilukan.
Solanya disini mengapa kabinet perlu menutup mulut Rafidah? Apakah bimbang barangkali mulut Rafidah akan memuntahkan banyak lagi isu-isu lain, laksana seorang yang hampir lemas, maka akan digagau apa sahaja disekelilingnya yang boleh dicapai untuk selamat. Akhirnya semua yang menggagau dan digagau akan turut lemas.
Sementara itu akhbar THE SUN hari ini melaporkan mahkamah sesyen Kuala Lumpur telah memerintahkan agar syarikat Raja AP, Naza Motor membayar balik (refund) seorang pembeli sebanyak RM165,000 kerana Naza telah menjual kepada beliau sebuah kereta Mercedes yang dilaporkan dicuri di England!
Semasa pembicaraan peguam Naza mengatakan mereka tidak tahu-menahu yang kereta tersebut dicuri.
Banyak lagi yang perlu diperjelaskan oleh Rafidah nampaknya.
No comments:
Post a Comment