Friday, August 12, 2005

Jerebu mendekatkan manusia kepada Allah


JUMAAT DI MASJID NEGARA SEBENTAR TADI

Suasana jerebu terus melanda sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur. Setakat jam 11 pagi tadi laman web Jabatan Alamsekitar (update terlalu lembab dalam laman ini) mecatatkan indek pencemaran udara ataupun API bagi Shah Alam pada 412 (berbahaya) Kuala Lumpur 365 (berbahaya) dan Pelabuhan Kelang 314 (berbahaya).

Dari pandangan fizikal nampaknya kawasan di sekitar Subang jaya dan Shah Alam semakin buruk petang ini berbanding dengan sbelah pagi dan tengahari tadi.

Jelas suasana jerebu ini banyak melembabkan aktiviti harian. Sekolah-sekolah terpaksa ditutup manakala aktiviti luar termasuk bagi mereka yang berniaga dan menjaja banyak yang terjejas. Rata-rata jerebu ini membawa nestapa kepada rakyat yang terlibat.

Walaubagaimanapun jerebu turut menganggu beberapa aktiviti hiburan yang dicadang dianjurkan oleh beberapa pihak tertentu. Contohnya menurut MALAY MAIL hari ini, acara Explorace 2005 anjuran Media Hiburan TV3 yang dijadualkan pada 13 Ogos di 1 Utama terpaksa dibatalkan. Begitu juga Bazaar Bersamamu anjuran TV3 yang sepatutnya diadakan di KL Sentral Ahad ini turut dibatalkan. Kesemua acara-acara ini dijadual diselang-seli dengan acara hiburan dengan penyertaan para artis dan penghibur.

Senario seumpama ini mengingatkan kita dengan dengan keadaan sejurus selepas bencana Tsunami menjelang perayaan tahun baru yang lalu. Habis semua acara sambutan dan hiburan dibatalkan. Manusia bergegas-gegas dan berbondong-bondong ke masjid dan surau.

Barangkali manusia ini hanya boleh diajar melalui bencana alam. Hanya apabila berlaku bencana seumpama ini barulah masjid dan surau dipenuhi (walaupun taklah banyak berbeza angkara jerebu ini). Dan para pemimpin negara pun kedengaran menyuarakan agar diadakan majlis solat hajat dan seumpamanya. Sebagaimana dilaporkan oleh Reuters:

As the call to prayers echoed from mosques around the mainly Muslim country, the premier called for Muslims, Christians, Buddhists and Hindus to seek divine intervention to wash the skies of a week-long haze that has threatened public health.

Sejurus kedengaran laungan azan dari corong masjid-masjid dalam negara umat Islam ini, Perdana Menterinya menyeru penganut Islam, Kristian, Buddha dan Hindu agar memohon menurut kepercayaan masing-masing agar suasana kelam yang menganggu kesihatam rakyat ini kembali pulih.


Tak tahulah apa akan jadi kalau API beransur baik, pakat lupa kembalilah agaknya, wallahualam.

No comments: