Tuesday, May 08, 2007

Kelantan terus makmur bawah PAS

Dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini saya terbaca berita di bawah tajuk:

Kerajaan PAS lewatkan waktu masuk kerja

Menurut laporannya EXCO Pentadbiran Awam Datuk Husam Musa menyatakan bahawa kerajaan negeri atas arahan MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz sedang membuat kajian tentang kemungkinan melewatkan waktu masuk kerja kakitangan awamnya iaitu dari jam 8 pagi ke 8.30 atau 8.45 pagi tanpa mengubah jumlah waktu bekerja sehari.

Rasional kajian ini diambil kerana memikirkan kebajikan kakitangan awamnya. Menurut Husam ini diperkenalkan bagi memastikan kakitangan awam tidak terkejar-kejar kerana menguruskan tanggungjawab harian masing-masing terutama urusan keluarga dan menghantar anak-anak ke sekolah.

Tambah Husam lagi waktu solat subuh kini yang hampir dengan waktu untuk bergegas ke tempat kerja juga diambil kira.

Sekiranya langkah ini nanti diperkenalkan bermakna sekali lagi kerajaan Kelantan menonjol dalam aspek membela dan menjaga nasib dan kebajika kakitangannya. Sebelum ini Kelantanlah negeri pertama yang memperkenalkan kerja 5 hari seminggu dan cuti bersalin 60 hari untuk kakitangan wanitanya. Ini kemudian dicontohi oleh kerajaan Persekutuan.

Sebut tentang Kelantan ini, Ahad lalu akhbar THE SUNDAY STAR menerbitkan satu artikel berkenaan panduan membeli-belah di pasar. Diterbitkan satu jadual:

Sunday Marketing Guide

Sekadar untuk renungan walaupun mungkin ramai kita telah ketahui, bahawa terdpat perbezaan ketara antara harga barangan makanan mentah antara KL dan Kota Bharu (Jadual itu menunjukkan senarai harga 14 pekan atau bandar utama dari Kangar sehingga JB, Kuching dan Kota Kinabalu).

Perhatikan sekilo barangan berikut di Chow Kit (KL) berbanding dengan Kota Bharu:

Ayam (se kg) KL RM5.50 KB RM5.40
Daging lembu (se kg)KL RM18 KB RM14
Daging kambing (se kg) KL RM25 KB RM22
Bawal Hitam (se kg) KL RM7 KB RM5
Udang kecil (se kg) KL RM13 KB RM12
Selar kuning (se kg) KL RM6 KB RM5

Dan senarai ini lebih panjang lagi. Adalah juga dua atau tiga barangan yang KL lebih murah contohnya kacang buncis dan sawi, namun selebihnya KB lebih murah dari KL.

Kerana itulah KB menerima jolokan SYURGA MAKANAN oleh setengah-setengah pengunjung. Mungkin kerana hakikat inilah agaknya bekas PM Tun Dr Mahathir mengesyorkan agar biarkan PAS terus kekal di Kelantan demi kebaikan Malaysia!

No comments: