Monday, January 09, 2006

Kementerian Pelajaran Malaysia lancar gerakan menyekat maklumat

Seorang sahabat memaklumkan bahawa pihak SchoolNet iaitu pembekal talian internet ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia melalui syarikat GiTN (anak syarikat Telekom) telah menyekat akses ke beberapa laman seperti yahoo e-Groups, laman blogspot dan lain-lain atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara yang disekat termasuklah laman BLOG ini. Sekiranya cubaan dibuat untuk memasuki BLOG ini maka mesej yang akan tertera adalah:

Laman web ini telah dihalang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk dilayari. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 1300 88 2888 atau emel kepada helpdesk@gitn.com.my, atau sufni@gitn.com.my .

Reason:
The Websense category Message Boards and Clubs is filtered.

URL:
http://n32.blogspot.com/

Saya sendiri tidak tahu samada patut marah ataupun bergembira. Namun yang pastinya langkah ini merupakan satu usaha untuk menyekat kebebasan bersuara dikalangan rakyat dan warganegara Malaysia sendiri. Saya tidak pasti sejauh manakah kesan tindakan ini, kemungkinan besar para guru dan kakitangan sekolah akan terhalang dari memperolehi maklumat alternatif.

Walaubagaimanapun kalau ikhlas mahukan maklumat yang benar saya yakin mereka semua akan berusaha mendapatkannya juga.

Tahinah Hishamuddin kerana memilih untuk mengikuti jejak langkah Hitler, Mao Tse Tung, Stalin, Shah Iran, Kim Ill Sung dan lain-lain tokoh dikatator kukubesi yang terkenal. Terkilan agaknya Almarhum Datuknya, kenapa cucu tak ikut jejak langkah ku.

No comments: