Tuesday, January 03, 2006

Bila gadis Amerika menghormati Islam

Islam mewajibkan penganutnya menutup aurat. Bagi golongan wanita yang telah baligh pakaian yang menepati hukum syarak ini adalah bertudung dan berpakaian menutup tubuh sehinga kepergelangan tangan.

Itupun bagi mereka yang tidak meminda dan menyesuaikan hukam-hakam agama menurut kehendak dan akal fikiran masing-masing. Kerana itu rata-rata kita dapati di Malaysia ini ada dua jenis wanita Islam iaitu pertama, yang mematuhi peruntukkan syarak dan menutup aurat sebagaimana yan termaktub di dalam al Quran manakala yang kedua adalah yang enggan berbuat demikian samada atas alasan tidak mengetahui ataupun belum masa ataupun secara terang-terangan tidak dapat menerimanya.

Saya tidak berhasrat pergi jauh dalam bab ini Cuma saya mahu menyatakan betapa terpegun saya apabila membelek akhbar NST hari ini. Di bawah tajuk:

Teachers from US to coach students

Iaitu laporan berkenaan guru-guru warga Amerika yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk mempromosi pengajaran Bahasa Ingeris di sekolah-sekolah menengah. Dilaporkan seramai 10 orang guru berkenaan telah diambil untuk berkhidmat dibeberapa sekolah di negeri itu.

Lalu bersama-sama laporan NST itu disertakan gambar seorang guru Leslie Thompson yang dikelilingi anak-anak muridnya dari SMK Agama Sheikh Abdul Malik.



Leslie kelihatan berbaju kurung dengan scarf (walaupun tidak bertudung umpama mini telekung). Dan NST memaklumkan:

Thompson came to school in a baju kurung and headscarf to respect religious and cultural sensitivities.
(Thompson ke sekolah berpakaian baju kurung dan skaf demi menghormati sensitiviti agama dan budaya)

Apa adik-adik dan kakak-kakak kita dari Menteri ke pemimpin-pemimpin tertinggi dan yang biasa tidak terasa ke mahu turut menghormati sensitiviti agama dan budaya? Leslie dah tentu belum Islam, kita yang lahir Islam ni bagaimana?

No comments: