Wednesday, May 09, 2007

Utusan Malaysia durhaka!

Menteri Penarangan Zainuddin Maidin, pernah duduk di kerusi Ketua Pengarang Utusan sebelum dibawa masuk ke arus perdana Umno oleh Tun Dr Mahathir. Di Kementerian Penerangan beliau seringmemberi amaran kepada syarikat dan agensi media agar jangan mencari berita sensasi semata-mata kerana mahu mengejar keuntungan.

Hari ini rupanya bekas syarikat beliau sendiri didedahkan terbabit dengar kerja-kerja yang beliau selar itu.

Semalam hampir kesemua saluran media tempatan menghebahkan darihal pengumuman Istana Perak bahawa Raja Muda Perak akan melangsungkan perkahwinannya ini pada 17 Mei di Istana Iskandariah, Bukit Candan, Kuala Kangsar, setelah membujang sekian lama.

Sudah pastilah berita ini sensasi dan masing-masing mahu membuktikan yang mereka lebih terkini dan hebat. Namun ketika mengeluarkan kenyataannya semalam, Istana Perak memohon agar pihak media tidak mendahului istana terutama dalam menamakan bakal calon isteri Raja Muda itu.

Tetapi Utusan memilih untuk mengabaikan gesaan itu dan sebaliknya memaparkan gambar Cik Zara Salim Davidson.


Hari ini pihak Istana melahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan Utusan itu. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Di Raja:

Perkahwinan Diraja melibatkan beberapa protokol yang perlu dohormati kerana ia melibatkan lantikan dan pengisytiharan jawatan Raja Puan Besar Perak.

Penyiaran gambar itu jelas mengenepikan permintaan Pejabat Sultan Perak.

Sungguh tidak beretika Utusan nampaknya. Tetapi ianya bukan lah sesuatu yang baru. Nampaknya Zainuddin kena beri perhatian kepada bekas syarikatnya sebelum sibuk marah-marah pihak lain. Kalau Harakah atau Suara Keadilan atau Siasah yang lakukan tak mengapa juga kerana akhbar-akhbar berkenaan tidaklah ditahap kelas pertama seumpama Utusan.


Saya kira sepatutnya Utusan menyiarkan secara terbuka permohonan maaf kepada Sultan Perak bagi membutikan ianya akhbar yang beretika dan bermaruah. Bikin malu jer.

No comments: