Tuesday, May 15, 2007

Kenyataan Tun sudah tidak berguna lagi

Saya baru membaca akhbar internet mSTAR Online yang melaporkan kenyataan Nazri Aziz semalam dalam majlis Pemimpin Bersama Rkayat di Kampung Khatib Ali, Kota Bharu. Beliau yang marah-marah terhadap bekas PM Tun Dr Mahathir telah dilaporkan berkata:

Kalau dah hentam kerajaan bukankah Tun sebenarnya berpihak kepada pembangkang?

Menurut Nazri lagi kritikan-kritikan Tun itu berpihak kepada pembangkang dan langsung tidak membantu negara dan parti. Tambah beliau lagi:


Kalau nak salur pandangan, janganlah sampai menyusahkan kita kerana kita sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum.

Malah dalam laporan ini Nazri bukan sekadar menyerang Tun tetapi juga anak beliau Mukriz yang selaku Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan NGO Pemuda Umno yang telah mengajurkan satu majlis di Taiping baru-baru ini dimana telah membuka gelanggang untuk Tun menyerang kerajaan. Kata Nazri:

Ini nepotisme sebenarnya yang lebih buruk daripada kronisme kerana, dia pengerusi biro, jemput bapa dia berucap bagi memberi peluang untuk hentam kerajaan.

Marah sungguh Nazri yang pernah dipungut oleh Tun untuk naik dalam hiraki Umno satu ketika dahulu. Kalau tidak kerana dipungut saya pasti Nazri tidak akan merasa empuknya kerusi di JPM pada hari ini. Tetapi itulah lumrah dalam Umno, bila yang berkuasa telah jatuh, dan kita pula mampu tegak atas kaki sendiri, maka terajang sahaj yang tidak berkuasa itu, kerana kini kita yang sudah berkuasa.

Demikianlah nasib kebanyakan bekas pimpinan Umno, lebih-lebih lagi jika mereka mengambil sikap berani dan tegas umpama Tun.

No comments: