Akhabr-akhbar tempatan pagi ini memberi liputan mukadepan berhubung keadaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Langkawi.
Tun dipandu ke Hospital berkenaan semalam setelah mengadu sesak nafas ketika bercuti di Langkasuka Beach Resort di Langkawi. Menurut anak beliau Mukhriz bapanya sedar dan jika beransur pulih akan dipindahkan ke Kuala Lumpur. Mukhriz menambah bahawa kaum keluarga terdekat optimistik yang Tun akan pulih dari episod kecil ini.
Kebetulan ketika hadir meresmikan Dataran Hadhari di Teluk Batik, Perak dua hari lalu PM Dollah Badawi dilaporkan terganggu dengan heatwave di sana sehingga terpaksa menerima perhatian dokotor peribadi beliau. Dollah sendiri mengakui bahawa cuaca pada hari berkenaan agak panas.
Masalah kesihatan adalah penting dan kita berharap semua pihak akan berhati-hati memeliharanya.
Yang saya mahu ketengahkan di sini, dalam keadaan Tun sedang menerima rawatan di Langkawai pagi tadi Buletin Pagi TV3 menyiarkan pandangan Nazri Aziz, Menteri di JPM berhubung kenyataan Tun di Perak dimana beliau menyatakan yang beliau tidak menyebelahi pihak pembangkang apabila mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan dan pimpinan tertentu.
Nazri dengan wajah bengisnya yang biasa itu mendakwa bahawa kenyataan-kenyataan Tun selama ini sebenarnya menandakan sokongannya kepada pembangkang (termasuklah yang Dollah suka tidur dalam mesyuarat). Rakyat tidak mudah diperbodohkan kata Nazri. Nazri ketika itu hadir disatu majlis di Kota Bharu dan saya dapat melihat betapa ahli Parlimen KB Zaid Ibrahim yang berada di sebelahnya kelihatan tidak berapa selesa mungkin tidak senang dengan komen-komen Nazri itu.
Adakah mengkritik atau menegur kerajaan menjadikan kita seorang penyokong pembangkang?
Sebelum ini kita pernah lihat dan mendengar ahli-ahli Parlimen dan Senator BN berbuat perkara yang sama di Parlimen, adakah mereka juga penyokong pembangkang? Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim contohnya adalah personaliti yang dikenali pernah berbuat perkara yang sama, pembangkangkah mereka?
Sedih seorang menteri yang boleh dikatakan kanan, mendapat pendidikan undang-undang boleh begitu sempit tafsiran dan pandangannya.
Almarhum Tunku dahulu bukan sekadar mengkritik dan menyerang kerajaan semasa Mahathir adalah PM malah hadir berkempen bersama pimpinan PAS kerana menyokong Tengku Razaleigh yang mengetuai Parti Semangat 46, tokoh pembangkangkah Tunku?
Saya pun tidak yakin yang Tun akan duduk bersama parti-parti pembangkang (kecualilah kalau Umno berani memecat beliau), tetapi soalnya di sini mengapa kerajaan termasuk Nazri tidak mengambil masa dan prihatin untuk menjawab dan menjelaskan krtikian-kritkan yang dikemukakan Tun itu. Suka ataupun tidak sebagai bekas PM, Tun adalah seorang negarawan dan berhak untuk memberikan apa sahaja pandangan hatta terhadap pimpinan yang ada.
Dan pimpinan serta kerajaan yang ada seharusnya menerima atau menjelaskan kritikan-kritikan itu dan bukannya mengecap seorang yang pernah berjasa kepada mereka (termasuklah Nazri sendiri) senang-senang sebagai seorang pembangkang!
Sebagai menteri yang sepatutnya memiliki akhlak yang perlu dicontohi rakyat Nazri tidak wajar menyerang Tun dalam keadaan orang tua itu berada di hospital dan menerima rawatan, kalau marah sangat pun tunggulah hamba Allah itu pulih dan mampu untuk berhadapan dengannya.
Saya mendoakan sebagaimana sahabat saya Hj Mahfuz Omar (dalam Harakhdaily) agar Tun segera sembuh dan boleh terus memberikan pandangan demi kebaikan rakyat dan masa depan negara.

No comments:
Post a Comment