Monday, May 14, 2007

Apabila polis gagal mempertahankan anggotanya sendiri

Saya terusik membaca laporan muka depan akhabr THE SUN hari ini yang membawa tajuk:

Cops death riddle

Seorang ibu Zubaitha Othman, 42 begitu prihatin tentang nasib anaknya Mohd Roszaidi 25 yang bertugas sebagai seorang anggota polis di Beaufort, Sabah. Menurut laporan anaknya itu telah pun berkahwin dengan gadis Sabah dan sudah pun mempunyai anak.

Kisahnya sejak tahun lepas anaknya sering diganggu malah diugut akan dibunuh oleh samseng-samseng di Beaufort. Ekoran itu anaknya telah mebuat permohonan agar ditukarkan keluar dari Sabah namun tidak menerima respon.


Anaknya pernah lari dari bertugas kerana takutkan ancaman tersebut tetapi dipujuk oleh ibunya agar kembali bertugas kerana bimbangkan masadepannya.

Menurut ibunya Khamis lepas kerana bimbangkan nasib anaknya beliau telah pergi ke Ipoh bertemu dengan abang iparnya seorang pegawai polis untuk meminta nasihat berhubung masalah anak kesayangannya itu. Dengan takdir Allah swt baru 30 minit siibu berunding dengan abang iparnya itu tiba-tiba dia menerima panggilan dari rakan sejawat anaknya dari Sabah, memkalumkan anaknya Roszaidi telah meninggal dunia dalam insiden langgar lari.

Bayangkan betapa remuknya hati seorang ibu dalam keadaan demikian.

Kata siibu beliau teringat ketika memaksa anaknya balik ke Sabah bertugas Allahyarham anaknya berkata yang ibunya nanti akan berjumpanya berada dalam keranda.

Menurut laporan si samseng di Beaufort yang dikenali dengan nama Michael ini adalah seorang samseng yang bukan hanya dikenali di Beaufort malah dikatakan digeruni termasuk oleh pihak polis disana.

Allahyarhma dikatakan telah menempah marah si samseng apabila kononnya memberi tumpang kepada kekasih si samseng atas motorsikalnya tahun lepas. Allahyarhma ada memberitahu ibunya berkenaan kes ini dan berkata bahawa wanita itu adalah kenalannya dan beliau tidak mempunyai sebarang maksud selain membantu kawannya itu pada hari berkenaan.

Kes ini sungguh malang dan mencetuskanm pelbagai tandatanya. Pihak Bukit Aman mesti siasata perkara ini sehingga ke akar umbi. Apakah sudah 50 tahun Merdeka, samseng jalanan masih berkuasa dan boleh menguasai pihak polis?

Menurut laporan akhbar berkenaan sejurus mayat Allahyarham tiba di KLIA ia telah dikejarkan ke HKL untuk bedah siasat kedua atas desakkan ahli keluarga.

Kalau seorang keselamatan seorang anggota polis tidak dapat dijamin banyangkan bagaimana keselamatan kita semua?

No comments: