Thursday, May 10, 2007

EXCO baru Selangor makan gaji buta?

Semalam Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo mengumumkan anggota EXCO baru bagi menggantikan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Kebajikan Pekerja Ladang negeri yang kosong ekoran kematian bekas ADUN Ijok K. Sivalingam.

Sebagaimana yang diduga memandangkan jawatan itu adalah kuota MIC maka ADUN MIC lah juga yang dilantik mengisinya. Oleh kerana ADUN Ijok yang baru K. Parthiban masih tiada pengalaman, maka ADUN Seri Andalas Kamala Ganapathy telah dilantik. Ini menjadikan beliau angoota EXCO Selangor wanita yang kedua sebaris dengan ADUN Seri Setia Seripah Norli.


Mungkin ramai yang tidak mengenali Kamala kecuali penduduk di Seri Andalas dan Kota Raja. Sekadar untuk makluman dalam Persidanagn Dewan Undangan Negeri Selangor yang baru lalu ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim dari DAP telah membangkitkan yang terdapat 10 dari 54 ADUN BN yang tidak langsung mengemukakan sebarang soalan kepada Dewan.

Bermakna sepanjang persidangan Dewan mereka sekadar hadir memanaskan kerusi, dan melayakkan diri untuk elaun mesyuarat. Bermakna juga samada rakyat yang mereka wakili tidak bermasalah langsung atau memang mereka jenis makan gaji buta dan tidak memperdulikan nasib rakyat yang mereka wakili itu.

Menurut Ng antara 10 nama itu termasuklah Kamala Ganapathy. Inilah EXCO baru yang Khir lantik, yang menurut THE STAR Khir berkata:

Kamala has the initiative to work and she goes to the ground to resolve issues brought up by the rakyat.

Kamala mempunyai inisiatif untuk bekerja dan dia pergi ke akar umbi untuk menyelesaikan amsalah yang dikemukakan oleh rakyat.

Entahlah!

No comments: