Wednesday, February 13, 2008

Perdana Menteri Malaysia berbohong

Parlimen dengan rasminya bubar sebentar tadi.

Soalnya kenapa perlu berbohong? Kenapa semalam kata tidak ada, tetapi hari ini sebaliknya? Saya muatkan di sini kenyataan Dollah semalam yang terbit dalam BERITA HARIAN hari ini:

Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tidak ada pembubaran Parlimen.

Saya percaya parti-parti alternatif telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ini dalam serba kekurangan berbanding dengan kekuatan jentera BN yang menggunakan apa sahaja yang mampu digapai oleh kuasa dan tangan mereka itu. Tetapi isunya mengapa perlu Dollah berbohong sehingga pembohongan itu diangkat oleh semua akhbar media perdana hari ini!

Kesimpulannya inilah petanda bagi rakyat Malaysia kualiti kepimpinan Dollah selama 4 tahun kebelakangan ini. Lemah dan "not incontrol" sehinggkan tarikh pembubaran Parlimen pun beliau seakan tidak tahu, tidak pasti dan terpaksa berbohong secara terang-terangan.
Ini bukan contoh pemimpin yang layak memimpin bangsa dan negara kita. Ini contoh seorang pemimpin yang lemah dan kalau beliau juga terus memimpin bermakna kita tidak berlaku adil terhadap diri kita dan negara tercinta ini.

Terima kasih kerana berbohong Dollah, kami tidak perlukan lagi seorang pembohong.

No comments: