Thursday, February 14, 2008

Berpilihan rayalah secara "gentelman", jangan tipu!

Sebentar tadi pihak SPR sudah pun mengumumkan yang 10,922,139 rakyat Malaysia yang layak mengundi akan turun mengundi (jika berlalku pertandingan di kawasan masing-masing) pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 ini. Hari penamaan calon ditetapkan pada hari Ahad 24 Febuari.
Hari ini media saluran perdana sebagaimana biasa membesar-besarkan kehebatan dan persediaan jentera Umno dan BN. Saya kira semua rakyat Malaysia akui yang Umno dan Bn memang memiliki jentera yang hebat dan perkasa laksana gergasi. Oleh itu kesempatan yang diberikan oleh media saluran perdana kepada mereka hanyalah membenarkan lagi anggapan ramai ini.

Apa pun jika benar mereka gagah perkasa, maka bertarunglah cara "gentleman". Apa nak ditakutkan sangat kepada PAS, PKR dan DAP yang wang untuk jenteranya pun terpaksa diminta-minta dari ahli dan para penyokong. Semalam saya bersama seorang bakal calon PAS yang sedang sibuk merayu-rayu bantuan kewangan dari kawan-kawan. Angka yang dipohon pun saya rasakan sekadar perbelanjaan peringkat cawangan Umno sahaja sedangkan kawan tadi bakal bertanding dikerusi Parlimen!

Tetapi itulah Umno itulah BN, walaupun melaung dan mendabik dada kononnya gagah perkasa, namun bila tiba menyerahkan mandat untuk diputuskan oleh rakyat, mereka tidak akan membiarkan begitu sahaja, malah segala jenis amalan dan taktik kotor akan terus digunakan demi membeli sokongand an menjamin kemenangan mereka.

Inilah yang dibimbangi parti-parti lain. PAS contohnya berdedia menerima kekalahan jika ditakdirkan ditolak oleh rakyat, tetapi biarlah ianya atas kemahuan rakyat semata-mata tanpa dipengaruhi apalagi melibatkan kerja-kerja jahat.

Semalam akhbar NST menyiarkan darihal seorang wanita bekas peguam Sharmila Thuraisingam, 35 yang sepanjang usianya tinggal di Selangor tetapi mendapati sejak sebelum pilihan raya umum 2004 nama beliau didaftarkan sebagai pengundi di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sedangkan beliau tidak pernah pun menjejakkan kaki ke sana.

Menurut Sharmila beliau tidak dapat mengundi pada tahun 2004 dan kini setelah membuat aduan beliau dapat namanya tetap berada di Kubang Kerian, bagaimanakah ini boleh berlaku? Berapakah kes seperti Sharmila lagi yang ada dikalanagn 10 juta pengundi berdaftar itu?
Mengapa Sharmila didaftarkan ke Kubang Kerian? Hanya SPR yang tahu, tetapi mungkinkah ini bagi memberi ruang untuk mana-mana hantu muncul dan mengundi bagi pihak Sharmila di sana? Ingat menurut peraturan setelah nama kita terkandung dalam daftar pengundi kita adalah pengundi yang sah dan tidak ada sesiapa pun boleh bantah lagi!

Katakanlah pada hari mengundi, (Sharmila sudah pasti tidak akan keluar kerana beliau menetap di Selangor) seorang wanita membawa kad pengenalan atas nama Sharmila, apa akan berlaku? Yang pastinya beliau akan diberi kertas undi, dan akan dibenarkan mengundi. Ini satu kes, mungkinkah ada 100 atau 1,000 atau 10,000 kes seperti ini di Kelantan di Terenggan u dan dilain-lain tempat?

Menurut kenyataan BERSIH semalam selain kes Sharmila ini terdapat dalam daftar pengundi di negeri Selangor 104 orang pengundi yang berusia lebih 100 tahun! Mungkin benar mereka telah berusia 100 tahun, tetapi jangan nanti ada yang muncul mengundi sedangkan pengundi tersebut telah meninggal dunia.

Kesimpulannya jentera pilihan raya pembangkang perlu beri perhatian kepada kes-kes seumpama ini. Jika jalan bantahan secara formal pun tidak menerima reaksi yang berkesan bagi kita tidak ada pilihan lain selain berhadapan dengan masalah ini secara terbuka. Jelaslah kalau penipuan seperti ini digunakan oleh BN, maka mereka sesungguhnya tidak berapa yakin akan kemampuan mereka sendiri. Mari kita matikan penipuan ini dengan memastikan pengundi yang faham dan insaf keluar berama-ramai menolak BN secara terang-terangan!

No comments: