Monday, November 06, 2006

Taha Yassin Ramadhan, kawan baik Dollah?

Semua akhbar hari ini meletakkan di muka hadapan hukuman bunuh yang dikenakan oleh Tribunal Tinggi Iraq terhadap bekas Presiden negara tersebut Saddam Hussien serta mereka yang rapat dengannya kerana didapati bersalah atas jenayah terhadap kemanusiaan di negara tersebut semasa mereka berkuasa.

Salah seorang yang turut didapati bersalah tetapi dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup adalah bekas Naib Presiden Iraq Taha Yassin Ramadhan.



Sebut sahaja nama ini pasti bagi mereka yang FAMILIAR dengan skandal Oil for Food Program (iaitu program kemausiaan yang kononnya dijalankan oleh pihak PBB semasa Iraq dikenakan sekatan ekonomi dunia. Ketika itu Iraq tidak dibenarkan menjual minyaknya kecuali menggantikannya dengan makanan melalui syarikat-syarikat tertentu yang diluluskan oleh PBB yang melibatkan Negara-negara tertentu) akan teringat bahawa Taha Yassin Ramadhan inilah yang terlibat dalam menyelia dan meluluskan program ini dipihak Iraq.

Lalu apa kena mengena dengan kita?

Untuk makluman dalam satu kertas yang disediakan oleh Paul A. Vocker yang mengetuai Independent Inquiry Committee into The United Nations Oil-for Food Programme (Manipulation of the Oil-for-Food Programme by the Iraqi Regime) ataupun Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang menyiasat Program pertukaran minyak untuk makanan PBB ( Manipulasi program ini oleh regim Iraq) bertarikh 27 Oktober 2005 menyebut bahawa:

Abdullah had written a letter to Taha Yassin Ramadan on 13 November 2000 recommending a delegation headed by Mr. Faek Ahmad Shareef and Noor Asiah Mahmood (Abdullahs sister-in-law).

(Abdullah yang dimaksudkan sudah pastilah PM kita kini yang ketika itu adalah TPM, yang telah mengutus surat kepada Taha bertarikh 13 November 2000 bagi menyokong delegasi diketuai oleh Faek Ahmad Shareef dan Noor Asiah Mahmood (iparnya) (yang mengambil bahagian dalam program ini)

Semua sekali sebanyak 5 syarikat Malaysia telah mengambil bahagian dalam program ini. Kelima-lima diberikan kontrak dengan jumlah yang berbeza-beza. Perhatikan bagi syarikat TRADEYEAR SDN BHD kontraknya diberikan atas nama Abdullah

1) Petmal Oil Holdings Sdn BhdContract in the name of: Dato Paduka Affendi2,000,000 barrelsContract no: M/09/41

2) Tradeyear Sdn BhdContract in the name of: Abdullah Badawi5,600,000 barrelsContract no: M/08/61 and M/06/42

3) Atlantic Offshore Supplies Sdn BhdContract in the name of: Jamil Harun2,000,000 barrelsContract no: M/09/107

4) Jawala Corporation Sdn BhdContract in the name of: Dato Majid Khan7,500,000 barrelsContract no: M/09/46, M/11/12, M12/54 and M/13/94

5) Mastek Sdn BhdContract in the name of: Faek Ahmad Shareef45,000,000 barrelsContract no: M/07/59, M/08/60 and M/09/18

Abdullah pernah memberikan komen sebelum ini bahawa adalah merupakan amalan biasa bagi beliau untuk memberikan surat RECOMMENDATION kepada sesiapa pun. Memang yang telah diberikan dalam hal ini adalah surat seumpamam itu namun masalahnya:

1) Syarikat yang terlibat adalah syarikat kaum keluarganya dan
2) Kontrak program itu dikeluarkan atas nama beliau (mengapa?)

Saya bukan apa, cuma bila membaca nama Sheikh Taha Yassin Ramadhan yang akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup itu, pastilah saya mengira akan ada orang-orang di Malaysia yang akan turut bersedih kerana pernah mendapat bantuan Sheikh ini dahulu.

Untuk tatapan pembaca lagi berikut saya berikan maklumat berkenaan syarikat MASTEK SDN BHD yang turut terlibat dalam skandal ini:

Mastek Sdn Bhd
Co Registration No: 50717-A
Date of Incorporation: 20-09-1979
Business Address: Suite 3 & 3A, Level 2, Block 3BPlaza SentralJalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50470 Kuala LumpurWilayah Persekutuan

Directors:
1) Noor Asiah Binti Mahmood2, Lorong 16/9C46350 Petaling JayaSelangorI/C No: 530624-08-5224
2) Reymee Bin Mohamed Hussein2, Lorong 16/9C46350 Petaling JayaSelangorI/C No: 761115-145151

Shareholders
1) Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd.Company Registration No. 149198-MTotal Shares : 379,200
2) Noor Asiah Binti MahmoodI/C No. 530624-08-5224Total Shares: 100,800

Saya pun boleh berkata, saya tidak pernah terlibat dalam membantu kaum keluarga saya melalui kedudukan yang ada pada saya. (Sekadar untuk rekod kebanyakkan Negara-negara lain yang terlibat dalam skandal ini, pemimpin-pemimpin politiknya samada telah meletakkan jawatan atau disingkirkan, kecuali Malaysia)

No comments: