Monday, November 06, 2006

Dollah isytihar PERANG tapi rasuah semakin menjadi

Semasa dinobatkan sebagai Perdana Menteri 3 tahun dahulu PM Dollah Badawi mengisytiharkan PERANG terhadap rasuah. Suatu pengisytiharan yang telah melonjakkan namanya kerana selama ini rasuah dikira sebagai satu penyakit moral yang semakin menular dan memporak-perandakan masyarakat.

Hari ini Presiden Transparency International (TI) Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam mengulas pencapaian indek rasuah Malaysia bagi tahun 2006 yang dikeluarkan oleh TI yang berpusat di Berlin, Jerman. Untuk makluman menurut rekod pencapaian Malaysia adalah seperti berikut:

2003: 37
2004: 39
2005: 39
2006: 44 (indek terbaru)

Kalau benar Dollah berperang melawan rasuah, dengan perkembangan ini tak tahulah kemana ditalakan peluru-pelurunya itu kerana nampak-nampaknya ia tidak mengena malah haiwan ganas bernama RASUAH ini semakin sihat bertenaga melangkah dengan gagah di Malaysia.

Kata Navaratnam semasa menghadiri sebuah forum yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia (IIM), di KL, walaupun Malaysia telah menubuhkan IIM, memperkenalkan Pelan Integriti Nasional dan penekanan kerajaan terhadap sistem DELIVERY yang lebih telus namun rasuah terus bermaharajalela!

Menurut TI rekod Malaysia semakin menurun kerana berlaku kelemahan diantara pelan yang dirancang dan perlaksanaannya. Laporan berkenaan Malaysia juga mendedahkan kecelaruan di dalam prosedur kelulusan lesen oleh badan berkanun dan PBT yang perlu diperbaiki.

Saya sendiri langsung tidak terkejut dengan perkembangan ini kerana sejak akhir-akhir ini sahaja banyak perisitiwa yang berlaku di hadapan mata kepala kita yang cukup membuktikan betapa longgarnya ketelusan dalam Negara diberbagai peringkat.

Tun Dr Mahathir mengadu bahawa rasuah digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pertandingan untuk menjadi perwakilan bahagian Kubang Pasu. Kemudian ditelanjangkan di hadapan kita kemungkaran ahli-ahli majlis PBT di Selangor. Ini tak termasuk isu AP yang diklon (yang masih belum didakwa sampai hari ini) dan kenyataan Nazri Azizi bahawa politik wang di dalam Umno tidak termasuk dalam isitilah rasuah menurut Akta Rasuah!

Dan artikel saya sebelum ini mendedahkan isu Oil for Food Program UN yang melibatkan Dollah dan kaum keluarganya. Itu tak termasuk kontroversi Scomi, Avenue ECM Libra dan lain-lain.

Lalu apalah nak dihairankan kalau indek rasuah kita semakin menjadi-jadi!

Bayangkan zaman Tun Dr M yang ganas, Maha Firaun itu pun indek rasuah berligar diparas 37 tiba-tiba dizaman MR CLEAN, yang baik dan bersih ia melonjak ke 44!

Untuk perhatian kita, di tangga ke 44, antara Negara-negara yang berada di atas Malaysia adalah Singapura (5), Chile (20), UAE (31), Qatar (32), Bahrain (36), Oman (39), Jordan (40). Yang menakjubkan bila kita lihat Negara Dunia Ketiga seperti Bhutan, yang mundur itu pun duduk di tangga ke 32 dan Botswana di Afrika di tangga ke 37.

Rasa-rasanya apa agaknya komen Dollah bila pulang dari Pakistan nanti? TI dipengaruhi pembangkang? TI dipengaruhi Tun? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

No comments: