51 tahun meniup semangat Islam
Esok adalah ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51. 51 tahun lalu di malam seperti ini bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor, sekarang ini Dataran Merdeka dan dinaikkanlah tepat jam 12 malam bendera Persekutuan Tanah Melayu diiringi dengan teriakkan kemerdekaan yang bergema seluruh pelusuk tanahair.
Dari rentetan sejarah antara parti yang terus kekal sehingga kini sejak kemerdekaan dahulu selain Umno, MCA dan MIC yang bersatu di bawah PERIKATAN ketika itu adalah PAS. Bermakna PAS juga turut menyumbang dan terlibat dalam proses menuntut kemerdekaan negara. Antara pimpinan terawal PAS ketika itu adalah Tuan Ahmad Tuan Hussin (ahli majlis perwakilan Persekutuan yang pertama - 1955), Hj Hassan Adli, Hj Zabidi Ali, Tuan Guru Hj Yahya Junid, Dr Abas Hj Alias, Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, Almarhum Prof Zulkifli Mohamnad dan ramai lagi.
Apakah pendirian PAS mengenai kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu? Berikut adalah petikan dari pandangan Almarhum Prof Zulkifli Mohamad, seperti yang tersiar dalam Suara Islam 15 Mei, 1957:
Setelah tercapai kemerdekaan sampailah kita kepada peringkat perjuangan mengisi kemerdekaan, dari sini bermulalah peringkat kedua perjuangan kita, peringkat jangka panjang perjuangan PAS.
Sebagai sebuah parti politik yang berideologi, kita berazam hendak mengisi kemerdekaan itu dengan ideologi kita sendiri, iaitu ideologi Islam. Kita percaya dengan Islam atau ideologi Islam sahajalah negara kita dan umat kita dapat dibawa ke arah keselamatan dan kebahagian yang sebenar-benarnya.
Ini bermakna PAS kenalah berikhtiar menjadikan negara ini pada akhirnya sebagai sebuiah Negara Islam dalam erti kata yang sebenar, lebih daripada sebagai sebuah negeri Islam semata-mata.
Tugas menegakkan sebuah Negara Islam yang didalamnya segala ideolgi Islam dan segala undang-undang yang di dalamnya adalah kewajipan pokok yanh harus diperjuangkan oleh tiap-tiap mereka yang bernama Muslim, lebih-lebih lagi oleh parti Islam seperti PAS.
Kata-kata yang penuh hikmah yang saya yakin bertepatan dan selaras dengan segala nas dan hukum pegangan kita. Kini sudah 51 tahun kita berjuang mengisi kemerdekaan negara, dengan acuan kita sendiri. Mudah-mudahan kita akan terus kekal istiqamah dan menjunjung perjuangan ini, samada kita menang atau syahid bertemu Allah swt.
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yng ke 51.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
3 comments:
bro roslan,
Setelah 51 tahun merdeka, hajat Almarhum Prof Zulkifli Mohamad yg ingin merealisasikan ideologi Islam di negara kita masih tidak terjelma. Inilah tugas utama kita sekarang ini sebagai pejuang islam...
Islam Untuk Semua
MERDEKA!!!
TAKBIR!!!
..manshahirfriends..
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 51.
Memang banyak pihak telah berjuang utk kemerdekaan tp mungkin tidak mendapat liputan saksama dalm buku-buku sejarah.
Merdeka bermakna hidup sama tinggi dan sama rendah, mempunyai minda yg tidak terjajah, berani dlm mengisi dan mempertahankan nikmat memerintah sendiri di negara yg tercinta setelah ratusan tahun dijajah khususnya oleh kuasa2 barat.
Mungkin setelah 51 tahun Merdeka, ada pihak2 yg take for granted apa yg telah dicapai seolah2 tidak ada pengorbanan dan perjuangan jiwa dan raga, seolah2 cukup sekadar bermain dgn kata-kata maka kemerdekaan negara tidak akan gostan kebelakang.
Perbandingan standard yg sentiasa diungkapkan ialah agar membandingkan keadaan dan pencapaian Malaysia dgn negara2 yg Merdeka seangkatan dgn kita dan lihat perbezaan ketara yg ada. Perbandingan yg lain juga ialah dgn melihat apa yg berlaku di rantau ini, khususnya sbg umat Islam sekiranya kita tinggal di Singapura, Thailand, Filipina, hatta Indonesia, apakah umat Islam di sana jauh lebih baik? Apa yg berlaku terhadap rakyat pribumi di selatan Thailand dan Filipina sehingga sekarang? Apakah umat Islam di Singapura mendapat layanan first class atau sama rata based on merit? Apakah umat Islam Indonesia yg sudah dimoderatkan, dikotakkatikkan, dan dilemahkan jauh lebih baik drp saudara seagama dan serumpun di Malaysia?
Salut sdr Roslan dan Ahmad Hadeed yg letak bendera M'sia mengikut yg sepatut dan selayaknya serta bukan terbalik. Salut TGHH krn menegaskan 16 September, back door atau front door, Islam kena menguasai Malaysia. Salut guru besar yg tidak dikenali dgn cara nyata dan jelas memberitahu murid2nya supaya ada sifat appreciative atas keamanan yg dikecapi dan seruan supaya mrk terus taat setia sanggup mempertahankan negara dari dicabuli dan diceroboh sekali lagi oleh kuasa2 asing. Salut kpd Dato' Najib krn mengingatkan di Pekan jgn kalau dah terlepas kuasa pemerintahan dan kemerdekaan, barulah nak "rindu-rinduan". Maksudnya dgn keadaan di Malaysia ini, jgnlah cuba nak dieksperimenkan sesuatu yg mungkin resmi kuasa2 atau negara2 luar tp janggal dgn resam, budaya dan bertentangan dgn semangat serta kehendak perlembagaan.
Ingin juga disentuh tentang sejarah kesatuan org Melayu di Tanah Melayu dan Nusantara. Spt PAS asalnya sbg splinter party kpd UMNO, Parti Negara pun. BERJAYA, HAMIM splinter party PAS. Tentang bendera UMNO yang sama dg bendera Indonesia cuma beza di tengah ada bulatan dan keris. Tentang empayar Melayu Melaka, Srivijaya dll. Tentang gagasan MAPHILINDO dsbnya.
Memang di sana sini masih ada kelemahan dan kekurangan yg perlu dibaiki dan ditambahbaikkan. Ianya terletak di atas bahu setiap rakyat Malaysia, khususnya org2 Melayu dan bumiputera sbg penduduk asal yg antaranya telah menubuhkan effective govt di negara ini dahulunya untuk mencorak dan menentukan.
Tidak pernah berlaku dlm sejarah negara ini yg Merdeka, nak bertukar PM perlu rujuk kuasa2 asing atau proxy mereka. Amatlah janggal sekiranya setelah Merdeka 51 tahun, untuk nak ganti Pak Lah nanti juga perlukan endorsement atau blessing mereka. Sedangkan raja-raja Melayu zaman dahulupun tak buat kerja itu. Mana ada dlm sejarah kita, raja2 Melayu refer kpd Queen atau Maharaja China atau Sultan Turki bila nak lantik pengganti?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Salam,
Setakat yang dapat diperhatikan, dalam konteks sistem politik semasa, ada 3 jalan untuk PAS berjuang menegakkan negara Islam dan hukum Islam:
a) Bergerak secara bersendirian
b) Bergabung dengan UMNO (Parti Nasional Melayu dan Islam sekular(?)
c) Bergabung dengan PKR (parti liberal)dan DAP (parti sekular bukan Islam).
Cara (a) dan (b) sudah dicuba, tapi rasanya tidak berjaya.
Cara (c) sekarang sedang dicuba. Ada halangan kerana DAP terang-terang tidak mahu negara Islam (mahu Malaysia terus jadi negara sekular).
Nampaknya perjuangan PAS tidak mudah. Tapi perjuangan tentu perlu diteruskan.
Post a Comment