Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya
Posting terbaru Jeff, Merdeka 50: Other Views menghubungkan lamannya dengan laman web Catholic Asian News yang mempunyai liputan khas berkenaan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50.
Contohnya dalam ruangan Editorialnya di bawah tajuk Merdeka Celebration & Reflection, pengarangnya menulis:
Malaysian society continues to be driven by ethnic rivalries resulting in racial, linguistic, cultural and religious divisions. The clarion call by PAS for the setting up of an Islamic State, Tun Dr Mahathir’s declaration in 2001 that Malaysia was already an Islamic State and now Dato Seri Najib Razak’s assertion that Malaysia had never been a secular State had worsened the racial and religious chasms. Many see this as a repudiation of the social contract of 1957.
Masyarakat Malaysia terus diasak dengan perbalahan ethnic yang mengakibatkan perpecahan antara kaum, bahasa, budaya dan agama. Seruan PAS ke arah pembentukan Negara Islam, pengisytiharan Tun Dr Mahathir pada tahun 2001 bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan kini pandangan Dato Seri Najib Razak bahawa Malaysia bukannya negara sekular telah mengeruhkan lagi jurang agama dan kaum ini. Ramai yang melihat perkara ini sebagai menafikan kontrak sosial 1957.
Kenapa begitu hodoh sekali pandangan laman Katholik ini terhadap Negara Islam? Bukan hanya Negara Islam yang PAS perjuangkan dilihat hodoh, begitu juga Negara Islam Tun Dr M dan Najib (terbaru PM Dollah Badawi juga mengakui Malaysia adalah negara Islam).
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
Saya tidak tahu bagaimana mahu mempertahankan Negara Islam Tun Dr M atau Dollah tetapi model sebuah negeri yang Membangun Bersama Islam boleh anda lihat di Kelantan pada hari ini. Berapa banyak penganut Krisitian atau yang bukan Islam ditindas di bawah pemerintahan PAS di Kelantan? Berapa ramaikah masyarakat bukan Islam bimbang dan tidak selesa dengan pentadbiran Islam PAS di Kelantan?
Anda menjadi mush kepada apa yang tidak anda kenali. Jika ada pihak yang berfikiran begini saya bersedia menjadi jambatan untuk menemukan anda dengan pimpinan PAS samada di Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, KL atau terus dengan MB Kelantan sendiri.
Pas berjuang untuk melaksanakan cita-cita perjuangannya melalui lunas demokrasi, kalau rakyat terima maka mereka dapat melaksanakan cita-cita mereka, jika tidak, maka tidaklah. Mereka terpaksa bergelut dan berhadapan dengan pelbagai karenah, politik wang dan tipudaya untuk menang dalam pilihanraya dengan pengorbanan ahli-ahli dan penyokongnya. Tetapi memberikan gambaran yang hodoh dan tidak tepat sebegini, tidaklah adil dan malah bertentangan dengan prinsip keadilan itu sendiri.
Mungkin Jeff Ooi boleh menjadi jambatan menjernihkan persepsi buruk terhadap Islam dan Negara Islam yang dikaitkan dengan PAS itu. Biar kita menjadi masyarakat Malaysia yang benar-benar bermaklumat dan tidak dihatntui oleh perkara-perkara yang kita dengar dan terima dari pihak ketiga dan keempat.
Berikut satu lagi artikel dalam laman web berkenaan:
Islam is the official religion and Malaysia is an Islamic State, an Islamic State that respects the rights of the non-Muslims and we protect them.
Dated: 19th July 2007



























