Insiden Ketua Pemuda Umno mencabut dan melambai-lambaikan keris sewaktu Persidangan Perhimpunan Agung Pemuda Umno satu ketika dahulu terus menghantui masyarakat bukan Melayu. Bagi mereka insiden itu mengambarkan betapa ganas dan tidak harmonisnya Pemuda Umno terutama dalam isu perpaduan kaum dalam negara.
Ungkapan bahawa Pemuda akan mepertahankan agama, bangsa dan negara sehingga ke titisan darah terakhir (walaupun lagaknya tidak begitu) bagi masyarakat bukan Melayu mengingatkan kembali mereka kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Umno memang pakar dalam membakar semangat orang Melayu apabila sahaja merasakan pengaruh orang-orang Melayu penting bagi mereka. Walaupun nasib dan kebaikan orang Melayu masih diperingkat yang tidak memuaskan namun kerana mereka berkuasa, mereka mudah sahaja memperalatkan orang-orang Melayu untuk kepentingan dan survival politik mereka.
Semalam semasa majlis perasmian Mesyuarat Agung Pemuda MCA Kebangsaan, yang turut dihadiri Naib Ketu Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pemuda MCA mempamirkan yang mereka jauh lebih matang dari Pemuda Umno. Mereka tidak menghunus pedang Shaolin atau tombak Kung Fu. Sebaliknya apabila Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Liow Tiong Lai menyebut:
Ianya bukan budaya MCA dan bukan juga Pemuda MCA untuk melambai-lambaikan pedang bagi menuntut sesuatu. Kenapa tidak melambai handphone? Handphone melambangkan komunikasi dan boleh diterjemah untuk menggalakkan persefahaman.
Sejurus itu Liow menerbit dan melambaikan naskah Perlembagaan Persekutuan dan ini diikuti oleh seluruh EXCO Pemuda MCA di atas pentas.
Pedas sungguh mesej yang cuba dibawa oleh Pemuda MCA itu. Cumanya yang terasa pedas bukan kita, bukan seluruh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, saya percaya yang terpekik terlolong kepedasan (sebagaimana karekter monyet yang termakan cili dalam kartun RTM satu ketika dahulu) adalah Ketua Pemuda Umno dan Naibnya.
Bila pemberita bertanya Khairy apakah raksinya terhadap ucapan Liow beliau berkata tidak faham Mandarin kerana sebahagian ucapan Liow terutama bahagian melambaikan Perlembagaan itu disebut dalam bahasa Mandarin.
Kasihan Khairy.
Cuma yang saya tahu kalau tiba pilihanraya umum, kedua-dua Pemuda MCA dan Umno akan melambai-lambai perkara yang sama, siapa boleh teka?
Bila pemberita bertanya Khairy apakah raksinya terhadap ucapan Liow beliau berkata tidak faham Mandarin kerana sebahagian ucapan Liow terutama bahagian melambaikan Perlembagaan itu disebut dalam bahasa Mandarin.
Kasihan Khairy.
Cuma yang saya tahu kalau tiba pilihanraya umum, kedua-dua Pemuda MCA dan Umno akan melambai-lambai perkara yang sama, siapa boleh teka?
No comments:
Post a Comment