Monday, August 20, 2007

Calon Bebas di Batu Talam muncul kembali

Masihkah anda mengingati nama Ng Chee Pang?




Pemuda 22 tahun ini mengejutkan persada politik Malaysia apabila bertanding sebagai calon Bebas mengunakan lambang bas, menentang calon BN di Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam pada bulan Januari lalu.

Macam-macam diperkatakan berkenaan beliau ketika itu. Calon tajaan parti ini dan itu. Namun anak muda ini terus bertanding dengan bantuan bapa dan keluarganya menentang gergasi BN dengan jentera dan senjata wang ringgitnya. Kesudahannya sudah diketahui umum, Chee Pang tewas dengan majoriti 5,857 undi. Chee Pang yang tanpa jentera dan kekuatan sebagaimana geragsi BN hanya meraih 5.9% dari undi yang dibuang atau 419 undi berbanding calon Umno dari BN yang memperolehi 88.6% atau 6,276 undi.

Kini sudah hampir 7 bulan berlalu, dimanakah Chee Pang?

Rupa-rupanya Chee Pang terus bergiat dalam politik. Anak muda ini kini aktif di dalam Kelab Penyokong PAS. Dan kini merupakan Timbalan Ketua Kelab tersebut untuk Negeri Sembilan.

Saya tertarik apabila dalam wawancaranya dengan Malaysiakini apabila beliau ditanya berkenaan pandangannya mengenai Negara Islam yang diperjuangkan PAS. Kata Chee Pang:

Haiya samada kamu sokong atau tidak kita kan kini dalam negara Islam!

Mudah-mudahan penyertaan Chee Pang akan membuka mata lebih ramai lagi rakyat khususnya dikalangan masyarakat Melayu Islam. Chee Pang dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS, rakan saya, Hu Pang Chow untuk makluman bukan beragam Islam. Hebat sungguh, orang yang tidak Islam ditakdirkan berani bangun menyokong perjuangan Islam, orang Melayu yang Islam bagaimana?

No comments: