Konsensus bermaksud persepakatan ataupun ijmak. Dalam mana-mana badan yang ahlinya masing-masing memiliki hak untuk bersuara, satu-satu keputusan dalam badan tadi dicapai apabila semua pihak telah bersuara dan memberi pandangan. Jika terdapat persetujuan bersama maka itu dipanggil konsensus. Walaupun jika terdapat perbezaan pandangan, pandangan majoriti diterima sebagai konsensus semua pihak termasuklah yang telah tidak bersetuju diperingkat awal.
Konsensus itu perlu dihormati oleh semua ahli yang terlibat dalam mmembuat keputusan. Tambah-tambha pula jika badan itu adalah Kabinet, iaitu badan jemaah menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri yang menetapkan dasar, halatuju dan pendirian negara.
Rabu lepas kabinet rupanya membincangkan (menurut PM Dollah Badawi secara panjang lebar) isu lagu Negaraku versi rap yang dinyanyikan oleh seorang pelajar Malaysia di Taiwan yang dikatakan telah menghina negara dan agama Islam. Melalu laporan akhbar (setelah merujuk 5 akhbar utama) kita dapat merumuskan bahawa semasa membincangkan isu ini anggota kabinet dari MCA telah memaklumkan darihal permohonan maaf dari penyanyi berkenaan.
Kalau anda membaca kelima-lima akhbar pagi ini Utusan/BH/The Star/NST dan The Sun sukar untuk memahami adakah kabinet telah menerima permohonan maaf itu atau tidak. Yang jelasnya keputusan kabinet sebagaimana ditegaskan oleh Menteri di JPM Nazri Tan Sri Aziz adalah bahawa kabinet menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengarahkan penyiasatan dan menimbangkan jika terdapat kes maka penyanyi tadi mestilah didakwa.
Jadi isu samada kabinet telah menerima atau tidak permohonan maaf Wee Meng Chee tidak penting. Cuma apa yang saya mahu paparkan adalah sikap MCA sendiri yang duduk dalam kabinet. Kata Menteri Kesihatan yang juga Naib Presiden MCA sebagaimana dilaporkan dalam The Star hari ini, Wee seharusnya diberikan satu lagi peluang. MCA katanya akan terus memberikan bantuan kepada Wee.
Ini menunjukkan MCA seolah tidak menghormati konsensus kabinet.
Ternyata usaha MCA untuk menutup kes ini gagal apabila kabinet mengarahkan agar tindakan diambil terhadap Wee. MCA telah mempolitikkan isu ini dengan harapan melalui pengaruh mereka kes ini akan tutup dan masyarakat Cina akan memandang tinggi sumbangan mereka. Kini dengan keputusan kabinet ini, MCA dilihat tidak berupaya membela masyarakat Cina kerana itulah barangkali mereka terus melawan arus dan tidak menghormati konsensus kabinet itu.
Masyarakat Cina mungkin melihat, apa guna ada wakil dalam kabinet jika pandangan mereka tidak diterima, lebih baik undi DAP atau pembangkang, sekurang-kurangnya boleh membuat bising dari luar sebagai pressure group dan mempengaruhi keputusan kabinet.
Mungkinkah MCA nanti akan keluar BN sebagaimana MCA dahulu pernah meninggalkan Perikatan sekejap?
No comments:
Post a Comment