Menteri kabinet tolak Negara Islam Malaysia
Majlisnya adalah majlis pelancaran MERDEKA STATEMENT atau Pernyataan Merdeka yang dianjurkan oleh CENTRE FOR PUBLIC POLICY STUDIES (CPPS) atau Pusat Kajian Dasar Awam iaitu badan induk Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) atau Institut Kepimpinan Stategi Asia yang diketuai Mirzan Mahathir.
Merdeka Statement ini merupakan WISH LIST atau senarai permintaan kepada kerajaan Malaysia yang diusahakan oleh 42 buah NGO sebagai simbolik sempena Hari Kemerdekaan ke arah pembentukan Agenda Malaysia Baru. Terdapat 8 teras permintaan yang terkandung dalam WISH LIST ini termasuklah isu yang melibatkan perpaduan nasional, memperkasakan eksekutif, legislatif dan kehakiman, reformasi pendidikan, membenteras rasuah dan lain-lain.
Menteri di JPM Bernard Giluk Dompok telah hadir untuk melancarkan majlis tersebut. Tiga buah akhbar (The Sun, The Star dan NST) yang sempat saya baca pagi ini (tidak terdapat dalam Utusan) turut melaporkan majlis ini dan petikan ucapan Dompok dan Mirzan.
Apa yang saya mahu tonjolkan di sini bahawa terdapat isu yang lebih penting yang diucapkan oleh Dompok dalam majlis tersebut tidak dilaporkan oleh mana-mana media arus tempatan. Bayangkan pemberita yang hadir, yang saya pasti mendengar dan mencatatkannya, tetapi ianya tidak lepas untuk dilaporkan dalam akhbar masing-masing.
Mengapa?
Apakah yang disebut Dompok itu sehingga tidak dilaporkan oleh mana-mana akhbar pun?
Menurut Malaysiakini dalam majlis tersebut Dompok (bekas pengasas Parti Bersatu Sabah PBS dan kini Presiden parti UPKO Sabah) telah berkata:
I think my colleagues in the government will forgive me for saying that I will not agree that we are an Islamic state. For all intents and purposes I think Malaysia was not meant to be an Islamic state. Knowing that the spirit on the formation of Malaysia, as far as I come from, is one of the central points, therefore I cannot subscribe to what has been claimed.
Saya rasa rakan-rakan saya dalam kerajaan akan memaafkan saya apabila saya mengatakan yang saya tidak dapat menerima yang negara ini adalah sebuah Negara Islam. Saya merasakan Malaysia tidak pernah dibentuk untuk menjadi sebuah Negara Islam. Setakat yang saya tahu, dan dari tempat asal saya (Sabah) begitulah semnat pembentukan Malaysia, oleh itu saya tidak dapat menerima pengisytiharan yang dibuat (baru-baru ini).
Jika inilah yang disebut oleh Dompok maka patutlah akhbar-akhabr media perdana tidak melaporkannya, kerana memang ada arahan dari pihak tertentu agar pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan bukannya negara sekular sebagaimana yang diucapkan oleh TPM Najib Tun Razak baru-baru ini tidak lagi dilaporkan, kononnya untuk mengelakkan ketegangan.
Sebelum arahan tersebut dikeluarkan banyak rakan komponan Umno dalam BN telah menyatakan bantahan termasuklah dari Gerakan dan MCA. Dan dengan kenyataan ini nampaknya seorang lagi pemimpin kerabat BN yang berstatus Menteri sanggup melawan arus dan menzahirkan pendiriannya.
Najib menyebut Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan tidak pernah dibentuk sebagai sebuah negara sekular manakala rakan kabinetnya yang beragama Krisitan ini menolak mentah-mentah kenyataan beliau dan malah mendakwa bahawa pembentukan Malaysia jelas dengan maksud negara ini adalah sebuah negara sekular!
(Untuk makluman jika kita masih ingat satu ketika dahulu menteri-menteri kabinet bukan Islam telah menyerahkan memorandum kepada PM berhubung tuntutan IFC berhubung isu kebebasan beragama. Kesemua menteri-menteri tersebut kemudiannya menarik kembali sokongan terhadap memo itu kecuali Dompok yang masih berpegang teguh padanya)
Nampaknya bukan sahaja dalam isu ekonomi dan sosial BN kelihatan longgar dan lesu malah lebih utama lagi dalam isu sesensitif agama dan bangsa juga BN terutama Umno kelihatan tidak berdaya dan bertenaga untuk menegaskan pendirian dan sikapnya.
Kalau beginilah keadaannya, bolehkah kita harapkan lagi mereka untuk membela dan mempertahankannya?
NOTA:
Perhatikan gambar Dompok di atas, inilah tenggolok yang sama yang digunakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (ketika itu Presiden Semangat 46) pada Pilihanraya Umum 1990, kononnya Umno ketika itu mendakwa Ku Li menggunakan tenggolok bermotif SALIB.
No comments:
Post a Comment