Wednesday, August 29, 2007

Iktibar dari perkembangan di Turki

Bekas Menteri Luar Turki Abdullah Gul dari parti AKP pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan akhrinya berjaya dilantik oleh Parlimen Turki sebagai Presiden negara itu yang ke 11.




Perlantikan Gul ini menjadi kontroversial menurut standard Turki, kerana negara itu sejak era Turki moden pimpinan Mustapha Kamal Atarturk telah memilih pimpinan dikalangan mereka yang kuat menganuti faham sekular yang merupakan dasar negara separuh Asia separuh Eropah itu. Gul sebaliknya bukan hanya mewakili parti yang diketahui mirip kepada agenda Islam malah mengamalkan cara hidup Islam dengan isterinya berpakaian menutup aurat, sesuatu yang diharamkan disekolah-sekola awam, universiti dan poejabat-pejabat kerajaan termasuk istana Presiden!

Namun proses demokrasi telah memberikan mandat kepada Gul dan ini sekaligus membuktikan yang sebahagian besar rakyat negara sekular ini sudah mula faham dan mahu kembali kepada Islam walaupun dalam suasana penuh cermat dan berhati-hati. Sebelum itu rakyat Turki juga telah memberikan mandat besar kepada AKP pimpinan Erdogan dalam pilihnaraya umum negara tersebut.

Pihak tentera yang selama ini merupakan pengawal sistem sekular negara itu dilaporkan tidak selesa dengan kemenangan Gul ini. Para pegawai kanannya dilapor telah memboikot majlis angkat sumpah Presiden baru itu, dan Ketua Turus Tenteranya Jeneral Yasar Buyukanit dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa jahat (centres of evil) sedang cuba menggugat prinsip-prinsip asas penubuhan Turki Moden.

Walaubagaimanapun diperingkat ini pihak tentera tidak dijangka campur tangan dalam urusan kerajaan oleh kerana Turki di bawah kepimpinan AKP telah berjaya melonjak jauh ke hadapand ari sudut ekonomi dan pembangunan negara sehingga keperingkat dalam proses menyertai Kesatuan Eropah.

Perkembangan terbaru di Turki ini membuktikan yang Islam walau bagaimana ditekan dan ditindas sekalipun, namun jika terus diperjuangkan dengan sabar dan penuh hikmah dan istiqomah, insyallah akhirnya akan berjaya juga. Anehnya para pengkritik AKP dan Gul tidak pula mempertikaikan kelayakan Gul yang memiliki latarbelakang yang hebat. Beliau adalah lulusan doktor falsafah (Phd) dibidang ekonomi dan pernah berkhidmat selama 8 tahun di Bank Pembangunan Islam di Arab Saudi.

Seorang wanita Turki berusia 64 tahun (yang tidak memakai tudung) ditemui akhbar barat The Independent ketika diminta komen berkenaan perlantikan Gul berkata:

We have to accept the realities of Turkey. Many people are not religious but they are traditional. The mothers of many soldiers who have been killed wear headscarves. What matters is not what's on your head but whats in it.

Kita perlu menerima realiti di Turki. Ramai dikalangan kami mungkin tidak kuat agama namun ramai yang berpegang kepada tradisi. Ibu-ibu kepada ramai anggota tentera Turki yang terbunug semuanya memakai tudung (menutup aurat). Yang penting bukannya apa yang dipakai dikepala tetapi apa yang berada di dalamnya.

Yang penting barisan pimpinan AKP termasuklah Gul sendiri walaupun dikatakan Islamist namun kepimpinan mereka baik dan disenangi rakyat Turki, tiada rasuah, tiada salah guna kuasa dan Turki tetap maju mengatasi jiran-jiran terdekatnya. Segala-gala ini ternyata lahir dari disiplin Islam yang memandu mereka.

Kita di sini bagaimana? Mungkinkah rakyat Malaysia khasnya orang-orang Melayu yang bergama Islam samada mereka Islamist ataupun tidak akhirnya nanti akan menentukan yang cuma pimpinan yang bersih dan berakhlak mulia (bertaqwa) sahaja dikalangan mereka yang akan dinaikkan sebagai pemimpin satu hari nanti? Kalau Turki yang moden dan sekular itu boleh mengapa kita tidak?

No comments: