DAP buat laporan terhadap Kelab Penyokong Maya Umno
Semalam penasihat ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua telah membuat laporan polis di balai polis Damansara. Laporan tersebut adalah berkenaan laman web Kelab Penyokong Maya Umno yang dikatakan memaparkan artikel yang menghina agama dan penganut Kristian di Malaysia. Kata beliau artikel tersebut perlu diturunkan dari laman web berkenaan dan pemiliknya memohon maaf kepada penganut Krisitian di negara ini.
Syabas DAP kerana prihatin dan membela kepentingan masyarakat bukan Islam.
Jika benar laman web tersebut memuatkan artikel yang menghina mana-mana agama di Malaysia ini maka swajarnyalah mereka diambil tindakan atau sekurang-kurangnya memohon maaf kepada pihak yang berkenaan.
Cuma anehnya, semalam dan malah sehingga hari ini akhbar tempatan masih memperkatakan berkenaan lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam rentak rap oleh anak Cina dari Muar yang bernama Wee Meng Chee. Lagu itu yang dipostkan ke You Tube oleh anak Cina Muar ini melalui blognya jelas menghina bukan hanya negara malah masyarakat dan agam Islam, agam resmi negara kita Malaysia.
Jangankan DAP, Umno (Pemuda PAS bagaimana?) yang memperjuangkan bangsa Melayu itupun tidak mengambil pusing dan menurut Timbalan Ketua Polis Negara dalam akhbar tempatan hari ini polis pun tiada kuasa untuk menyiasat atau menahan pelajar berkenaan kerana kononnya perkara itu berlaku di luar negara.
Kata Timbalan KPN itu lagi bagaimanapun polis akan menjalankan siasatan jika ada pihak yang membuat laporan. Bermakna memang sehingga kesaat ini tidak ada mana-mana pihak yang ambil peduli akan kebiadapan anak Cina Muar ini.
Saya mungkin keterlaluan tetapi lain kali kalau sesiapa sahaja mahu menghina, merendahkan atau memperbodohkan agama-agama lain termasuklah Islam di Malaysia ini maka ikutlah jejak anak Cina Muar ini, kirimkan posting anda dari luar negara, dengan jaminan polis anda selamat, silalah mencuba.
No comments:
Post a Comment