Beliau dikatakan adalah Perdana Menteri defacto Malaysia. Beliau melangkah kepala kawan-kawannya untuk naik ke atas semata-mata kerana taji Pak Mertuanya yang dijunjung megah di atas kepalanya. Kerusi Naib Ketua Pemuda Umno dimenanginya apabila calon-calon lain yang lebih layak dan senior membacul lari apabila beliau mengisytiharkan diri bertanding.
Itulah Khairy Jamaluddin, 31 tahun, menantu PM yang Tun Dr M pernah gelar sebagai budak hingusan.
Dalam usia yang setahun jagung itu Khairy dikatakan begitu bernafsu besar untuk terus melangkah mana sahaja kepala yang lalu di hadapannya. Tidak berpuas hati dengan jawatan yang ada Khairy dikatakan akan merebut jawatan Ketua Pemuda dan kemudiannya besar kemungkinan bertanding di kerusi DUN di Negeri Sembilan untuk dinobatkan sebagai YAB MB negeri tersebut.
Kerana duduk di mahligai yangs erba mewah, berjawatan pula besar, Khairy begitu angkuh dan sombong dalam berpolitik walaupun disedari oleh ramai kalangan pimpinan Umno namun tidak ada siapa yang sanggup memberi nasihat atau menegur. (Kecualilah Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, baru-baru ini semasa berucap dalam Mesyuarat Agung Pemuda di bahagiannya).
Berikut adalah sedutan ucapan Khairy semasa merasmikan majlis penutup Kursus Gerak Gempur Pilihanraya Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan petang Ahad lalu. Cuba perhatikan ucapan beliau khas berkenaan PAS:
Saya telah minta Pemuda UMNO Kelantan untuk turun dan serang habis-habisan di Kelantan supaya PAS tidak kacau kita ditempat lain. Kita tumpu pada kubu mereka maka kelam kabutlah mereka untuk mempertahankan Kelantan.

Kita hanya memerlukan satu lagi kerusi DUN di Kelantan, Insyaallah dalam pilihan raya akan datang kita akan tamatkan zaman gelap pemerintahan PAS selama 18 tahun dan BN akan tawan semula Kelantan.
Sebelum itu beliau berkata:
Naib Presiden PAS Husam Musa membuat kenyataan meramalkan PAS akan menang 40 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang tetapi saya ada membuat komen pada media berhubung ramalan itu dengan menyatakan bahawa Husam Musa telah berkhayal kerana tertelan pil khayal. Saya rasa untuk PAS mempertahankan Kelantan pun sudah cukup susah kerana pelbagai isu dan skandal di negeri itu. Kalau dulu dia (PAS) tuduh kita main duit dan sebagainya, sekarang di Kelantan telah ada fenomena Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz telah jadi BISU dalam beberapa program, beliau hanya datang bersalam dan beredar.

Yang menjadi Menteri Besar sekarang adalah Husam Musa yang tidak diterima oleh golongan ulama PAS tetapi menjadi de facto MB di Kelantan. Dulu dia tuduh UMNO main duit tapi sekarang dia akan muncul dengan memberi duit beribu-ribu ringgit pada mangsa kebakaran atau ditimpa malapetaka, inilah yang dilakukan oleh pemimpin PAS sekarang. Sekarang sudah tidak ada haluan lagi, tidak ada pegangan pada agama Islam lagi semuanya pegangan pada fulus(duit), asalkan dapat fulus semua lulus.
Lihatlah betapa bongkak dan ringannya mulut budak mentah ini. Saya yakin rakyat Kelantan tahu siapa yang memimpin dan memerintah mereka. Tahu juga siapa Annuar Musa dan siapa Umno sebenarnya di Kelantan. Tok Guru Nik Abd Aziz disayangi, dihormati dan disegani oleh bukan hanya rakyat Islam di Kelabtan termasuklah juga yang bukan Islam. Sekurang-kurangnya tidak seperti Pak Mertua Khairy yang menjaja Islam Hadhari ke hulu ke hilir, Tok Guru menjelmakan Islam yang diperjuangkannya di dalam diri peribadi beliau, itu tidak ada siapa yang dapat menafikan.
Kalau manusia hingusan yang setahun jagung ini denganbongkak boleh mengelar Tok Guru sebagai telah menjadi BISU maka tahulah kita apa jenis manusia si Khairy ini! Mungkin beliau tidak sedar yang perangai, gelagat dan perlakuannya adalah faktor penyumbang ke arah tercemarnya kepimpinan Pak Mertua beliau.
Terima kasih Khairy kerana sekurang-kurangnya melalui ucapan anda ini dapat saya buktikan kepada para pembaca saya, dan dapat pula mereka forwardkan kepada rakan-rakan mereka manusia jenis apakah anda sebenarnya.

No comments:
Post a Comment