Wee Meng Chee berkemungkinan akan didakwa
Kabinet diberitakan telah menolak permohonan maaf dari Wee Meng Chee, anak Muar berusia 24 tahun yang kini menuntut disebuah universiti di Taiwan kerana mencipta dan menyanyikan sebuah lagu Negaraku versi rap yang mengandungi senikata yang menghina negara dan umat Islam.
Menurut Menteri di JPM Nazri Aziz, dalam kes Wee ini proses undang-undang perlu berjalan dan hanya Peguam Negara yang kelak akan menetukan samada beliau akan didakwa atau tidak setelah siasatan dilakukan.
Keputusan ini menunjukkan yang usaha MCA untuk campurtangan dan membela si budak yang telah menghina negara dan agama Islam itu tidak berjaya. Dan yang lebih malang lagi keputusan ini juga merupakan satu tamparan hebat kepad Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang tanpa banyak usul perikasa terus, turut ambil kesempatan menerima permohonan maaf Wee, Zainuddin ni faham atau tidak peraturan dan peruntukkan udnang-undang?
Sementara itu Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Rais Yatim sebagaimana dipetik oleh BERNAMA menegaskan bahawa walaupun Wee telah memohon maaf namun negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan dan ianya perlu dihormati.
Saya melihat MCA dalam keadaan merosot sokongannya dikalangan masyarakat Cina cuba bersungguh-sungguh menjuarai isu ini. Keputusan kabinet ini membuktikan cubaan MCA itu gagal, mungkinkah bermula krisis politik antara Umno dan MCA?
No comments:
Post a Comment