Diambang ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50 ini rupanya kita sedang dilanda satu krisis diplomatik yang agak serius. Ini berikutan kejadian eberapa anggota polis kita yang telah membelasah Ketua Juri Kontihen Karate negara jiran Indonesia, Donald Pieters Luther Kolopita 23 Ogos lalu di Seremban.
Kolopita kononnya disyaki berkelakuan aneh lalu anggota polis berkenaan yang sedang menjalankan kerja rondaan telah menagkap dan membelasah beliau sehingga cedera para. Ada laporan mengatakan sehingga penglihatannya mungkin terjejas. Kejadian malang ini telah mencetuskan kemarahan Republik Indonesia dan menurut laporan beberapa siri protes telah dijalankan di sana terhadap tempat-tempat kepentingan kita termasuklah di hadapan Kedutaan Besar kita di Jakarta.
Gambar di bawah dari akhbar Indonesi menunjukkan seorang gadis dalam pakaian karate sedang bersedia untuk melontar telur ke arah bangunan kedutaan Malaysia di sana. Laman forum akhbar Kompas on line Indonesia penuh dengan komen-komen kesat yang mengutuk negara kita terutama atas keenganan Malaysia memohon maaf atas kejadian malang itu.
Antaranya:
Kamis, 30/08/2007 10:16 WIB
Saatnya kita bela harga diri bangsa. Ganyang Malaysia!
Saatnya kita bela harga diri bangsa. Ganyang Malaysia!
Saya yakin tidak ada rakyat Malaysia yang mahu melihat hubungan intim kedua buah negara rumpun Melayu ini terjejas dan menjadi tegang. Lalu kita menyeru kerajaan Malaysia agar segera memohon maaf, kes ini difahamkan sedang disiasat. Mereka yang berkenaan perlu segera diheret ke pengadilan.
Sepatutnya Menteri Luar kita diterbangkan khas (bukan dengan pesawat Nuri) ke sana untuk memohon maaf bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia. Insiden ini tidak mencerminkan layanan rakyat Malaysia terhadap saudara-saudara kita dari sana. Ianya cuma tindakan bodoh beberapa kerat mereka yang kurang siuman, malah kadangkala terhadap rakyatnya sendiri.
Saya tidak pasti apakah Presiden Indonesia yang dijangka turun bersama meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan kita esok akan membatalkan hasratnya atau tidak. Apa pun pamirkanlah kebesaran jiwa kita dan segera menghulurkan permohonan maaf.
Saya tidak pasti apakah Presiden Indonesia yang dijangka turun bersama meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan kita esok akan membatalkan hasratnya atau tidak. Apa pun pamirkanlah kebesaran jiwa kita dan segera menghulurkan permohonan maaf.
No comments:
Post a Comment