Sunday, August 19, 2007

Blogger pengecut pula

Kata Mat Taib yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia:

Penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta mengunakan laman web yang beralamat di luar negara.

Tambah beliau:

Sebab apa saya katakan mereka pengecut kerana mereka tidak berani mengunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya mengunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita.



gambar AGENDADAILY



Saya merasakan serangan Mat Taib ini dijurus ke arah seorang penulis sahaja iaitu Raja Petra pemilik laman web Malaysia Today. Sebelum ini kita dengan penulis blog dikatakan goblok, monyet dan terbaru dari Mat Taib ini pengecut pula.

Terdapat kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengatakan Umno telah tewas dalam peperangan di alam siber atau alam maya walaupun kononnya menang di alam nyata.

Bagi saya alam maya sebenarnya menjadi puaka bagi Umno kerana alam ini bebas, tiada kawalan, tiada sekatan. Bayangkan jika media massa yang ada, benar-benar sebebas sebagaimana alam maya? Kalau akhbar dan TV kita sebebas-bebasnya saya yakin Umno bukan hanya akan tewas dan kecundang di alam maya, di alam nyata pun mereka akan tersungkur!

Kalau Malaysia Today sahaja pengecut (mengikut Mat Taib) bermakna laman web dan penulis blog lain tidak pengecut. Maka sepatutnya semua yang lain lebih bersemangat dan terus menulis sebagaimana yang bekas PM Tun Dr Mahathir pernah pinta. Mat Taib hanya SINGLE OUT Raja Petra, oleh itu tidak secara langsung Mat Taib iktiraf yang lain tidak pengecut, ayuh terus menulis sahabat-sahabat yang lain.

No comments: