Lirik begini tak menghina lagi?
(Terima kasih walkman)
Saya baru menerima lirik sepenuhnya lagu rap Negaraku yang dinyanyikan oleh anak Cina biadap dari Muar itu. Berikut saya berikan bahagiannya yang saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam menanggap sangat menghina dan biadap terhadap agama saya:
5 in the morning
Theres even a morning call to wake me up
Sometimes a few of them will sing together
When you listen to it, its like a love duet
The voice ululates like an R&B song
Even though sometimes they sing until its out of tune
Even though sometimes they even sing until their voices break
Some sound like cockerels, but they wake up earlier than them
This way we can know the time to get ready for class and for work
Pukul 5 pagi
Malah ada yang memanggil untuk gerakkan aku diwaktu pagi
Kadangkala mereka menyanyi beramai-ramai
Bila didengar, macam duet lagu cinta
Suaranya bagaikan lagu R&B
Walaupun kadangkala nyanyiannya sumbang
Walaupun kadangkala mereka menyanyi sehingga pecah-pecah suara
Ada yang macam bunyi kokok ayam jantan, tetapi mereka bangun lebih awal (dari ayam jantan)
Lalu kita boleh tahu bila untuk bersiap sedia untuk ke kerja
Kalau laungan azan disamakan bagai orang menyanyi, menyanyi sumbang, macam ayam berkokok, ini bukan lagi ekspresi realiti seorang anak muda, ini kenyataan biadap dan kurang ajat. Tidak layak seorang warga Malaysia tidak menghormati agama sesama rakyat Malaysia.
Saya tidak pernah mendengar seorang Muslim Malaysia mempermainkan atau menghina agama Hindu, Buddha atau Kristian, dalam apa cara sekali pun lalu menganggapnya sebagai kebebasan bersuara dan ekspresi. Tetapi anak Cina dari Muar ini dipertahankan, dilindungi seolah-olah kita membuka pintu pagar untuk maki hamun dan mencaci sesama agama dan bangsa!
Saya difahamkan ada anak muda Melayu yang beragama Islam dari sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan menyokong lagu biadap ini dengan menanggap bahawa nyanyian itu mencerminkan luahan hati seorang anak muda terhadap realiti hidup di negara ini (anak Cina Muar ini dijemput pula menyertai partinya). Harap telitilah lirik lagunya baik-baik sebelum mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa.
Esok adalah hari Jumaat, saya harap akan adalah orang Islam yang prihatin bangkit membuat laporan polis terhadap sibiadap ini. Siapa lagi yang tinggal untuk mempertahankan maruah agama ini?
No comments:
Post a Comment