Syarahan Baginda berligar sekitar isu rasuah yang menurut Baginda mengganggu gugat kestabilan orde sosial di Malaysia. Titah Baginda:
Rasuah adalah penyakit sosial paling buruk. Amalan rasuah adalah punca kesengsaraan dan kehancuran negara membangun. Ia boleh menghapuskan sistem pentadbiran yang baik, melemahkan institusi, undang-undang dan menghalang perkembangan ekonomi. Rasuah wujud hanya untuk keinginan mendapatkan keuntungan peribadi. Sebab itu langkah konkrit perlu diambil untuk membenteras rasuah dan memperkenalkan amalan pengurusan berdasarkan kecekapan, ketelusan dan sikap bertanggungjawab.
Menurut Baginda lagi individu yang mempunyai latar belakang yang tidak baik, tidak bermoral termasuk terbabit dalam amalan rasuah tidak sepatutnya dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
Saya sangat berbangga apabila pihak istana bersikap proaktif dan menyentuh serta menegur berkenaan isu-isu negara dan kemasyarakatan. Benar pihak istana tidak sepatutnya campurtangan dalam hal-hal politik (walaupun anakanda seorang Sultan baru-baru ini dihebohkan menyertai Puteri Umno), akan tetapi hal-hal kemsyarakatan khususnya dalam bab menegakkan kebenaran dan keadilan, tidak sepatutnya luput dari perhatian mereka.
Saya masih ingat Allahyarham Ahmad Boestamam ada menyebut dalam tulisan beliau betapa seorang Sultan telah mengambil berta darihal kebajikan beliau ketika ditahan di bawah ISA oleh kerajaan British dahulu.

Status istana yang tinggi itu sepatutnya digunakan untuk mempertahankan hak dan kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya. Dan memang dalam sejarah kita Raja-raja Melayu yang dekat dihati rakyat sering disanjung dan dihormati sehinggalah setelah mereka berpindah ke alam lain.
Raja Muda Perak semalam mengingatkan rakyat agar menghalang individu yang tidak bermoral dari memegang jawatan, lalu wajarlah rakyat memberikan perhatian dalam hal ini. Mereka yang buruk akhlaknya, mereka yang terjeremus dalam najis rasuah perlulah dinafikan dari diberikan amanah untuk memimpin.
Dalam kemelut pertelegahan Raja Petra dan Mat Taib, contohnya, isu mutaah sebanyak RM12 juta yang dikatakan dibayar oleh Mat Taib ke kekanda Sultan Selangor suatu ketika dahulu sehingga kesaat ini tidak dijelaskan oleh Mat Taib. Raja Petra dan ramai lagi mempersoalak dari mana Mat Taib memperolehi wang sebanyak itu sedangkan beliau cuma seorang MB ketika itu?
Hari ini Mat Taib seorang ahli Dewan Negara, layakkah orang seperti ini dinobatkan sebagai pemimpin? Kata bekas PM Tun Dr Mahathir para perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu disogok sebanyak RM200 seorang untuk memastikan beliau tidak diundi sebagai perwakilan bahagian ke Perhimpunan Agung Umno, bagaimana kalau seluruh pemimpin dan anggota perwakilan Umno bahagian terpalit dengan najis rasuah ini?

Tahniah Tuanku kerana berani mengenengahkan isu ini secara terbuka. Teruskan bertitah atas perkara-perkara yang benar. Semoga nanti rakyat seluruhnya dipupuk semangat keberanian untuk melangkah membuat perubahan apabila tiba masanya.
No comments:
Post a Comment