Monday, August 27, 2007

Tun Hanif bimbangkan PAS

Baru kira-kira dua minggu lepas saya menggunakan ruang di blog ini untuk memperkatakan darihal kehebatan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar yang telah secara berani menegur dan mengkritik kerajaan berhubung isu rasuah yang kini berada pada skala yang membimbangkan melalui ruangan beliau dalam akhbar The Sunday Star.

Dalam artikel terbaru beliau dalam akhbar yang sama minggu ini beliau terus melancarkan serangannya berkenaan isu rasuah dengan mencadangkan agar BPR perlu diperkasakan, benar-benar telus dan berdedikasi dalam menangani penyakit masyarakat yang serius ini. Katanya sejarah mengajar kita bahawa Kesultanan Melayu Melaka akhirnya kecundang lantaran bahana rasuah.





Artikel Tun kali ini yang bertajuk: MERDEKA! Lebih tertumpu kepada perjuangan menuntut kemerdekaan dan penglibatan parti-parti politik tanahair.

Walaubagaimanapun dalam diam-diam, tak semena-mena, Tun turut menyerang PAS. Kata beliau para pejuang kemerdekaan yang awal, Tunku dan lain-lain (pimpinan Umno ketika itu) menolak tuntutan beberapa kalangan ulama dalam Umno untuk menjadikan Malaya sebagai sebuah negara teokrasi berlandaskan syariah. Lalu ulamak ini tadi memilih untuk meninggalkan Umno dan menubuhkan PAS. Kerana itu kata beliau PAS sehingga ke hari ini masih memperjuangkan untuk mewujudkan sebuah negara teokratik bukan hanya sebuah negara Islam!

Saya kira kenyataan Tun dalam hal ini tidak tepat malah sama-sekali bertentangan dengan perjuangan PAS.

Apa itu Negara Teokrasi atau Theocratic State?

Menurut Easton's Bible Dictionary 1897:

Perkataan TEOKRASI mula-mula digunakan oleh Josephus untuk merujuk kepada kerajaan Yahudi yang berada terus di bawah kerajaan Tuhan. Kerajaan tersebut berada di bawah kekuasaan seorang Raja yang ghaib. Semua rakyatnya merupakan hamba kepada Jehovah, yang mentadbir segala urusan mereka samada yang berbetuk umum ataupun peribadi, melalui perantaraan nabi-bai. Mereka semua merupakan warganegara raja yang berada di langit bukannya di bumi. Mereka diperintah secara langsung oleh Jehovah
(Jehovah adalah Tuhan Yahudi)

Adakah PAS berjuang untuk menegakkan sebuah negara Malaysia seumpama itu?

Para pengasas PAS lebih 50 tahun dahulu bersusah payah mendaftarkan parti ini bagi memungkinkan ia bertarung dalam gelanggang demokrasi untuk memperolehi kuasa. Adakah mereka yang menganut faham teokrasi ada menyertai pilihanraya dalam sejarah dunia? Jelas bekas Ketua Polis Negara ini tidak pernah mengambil masa untuk mengkaji perlembagaan PAS, setahu saya beliau pernah berkhidmat di dalam Cwanagn Khas.

Tetapi saya merasakan lantaran kebencian beliau pada gerakan dan perjuangan Islam maka Tun menerbitkan kenyataan sedemikian rupa. Siapa yang tidak tergugat dengannya jika memegang jawatan Timbalan Pengerusi sebuah syarikat perjudian yang berlesen!

Saya menyatakan ini kerana dalam artikel itu Tun menulis bahawa penyertaan PAS di dalam BN selepas Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 telah mengakibatkan banyaknya penerapan nilai-nilai Islam di dalam sektor awam dan kehidupan masyarakat. Ternyata Tun sangat terganggu dengan perkembangan itu lantas menceminkan betapa sikap beliau terhadap PAS dan gerakan Islam.

Kita pun itdak meletakkan harapan yang tinggi kepada Hanif untuk bersimpatai pada PAS. Tetapi sekurang-kurangnya faham dan mengertilah Islam sikit. Diusia yang hampir maghrib itu jika tidak dijinak-jinakkan hati mulai sekarang takut terlambat.

No comments: